Michael Wittmann

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Michael Wittmann
Bundesarchiv Bild 146-1983-108-29, Michael Wittmann.jpg
Michael Wittmann
Nama samaranBlack Baron (Baron Hitam)
Kelahiran(1914-04-22)22 April 1914
Vogelthal Kingdom of Bavaria German Empire
Meninggal dunia8 Ogos 1944(1944-08-08) (umur 30)
Between the towns of Cintheaux and St. Aignan de Cramesnil near the farm of Gaumesnil[1]
DisemadikanTanah perkuburan tentera Jerman La Cambe (dikebumikan semula)
KesetiaanJerman Nazi Jerman Nazi
PerkhidmatanFlag of the Schutzstaffel.svg Waffen-SS
Tahun perkhidmatan1934 – 1944
PangkatSS-Hauptsturmführer Collar Rank.svg SS-Hauptsturmführer (Kapten SS)
UnitDivisyen 1 Panzer SS Leibstandarte SS Adolf Hitler dan Batalion 101 Panzer Berat SS
PertempuranPerang Dunia II
AnugerahKnight Cross berserta Daun Oak dan Pedang

Michael Wittmann (22 April 1914 - 8 Ogos 1944) merupakan seorang komander kereta kebal Waffen-SS Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Wittmann naik ke pangkat SS-Hauptsturmfuhrer (Kapten SS) dan telah menerima pingat Knight Cross of the Iron Cross. Beliau telah dikredit dengan memusnahkan 138 buah kereta kebal dan 132 buah meriam anti kereta kebal, berserta dengan kereta perisai lain yang tidak diketahui jumlahnya, menjadikan beliau salah seorang wira panzer terbaik Jerman, bersama-sama dengan Johannes Bolter, Ernst Barkmann, Otto Carius dan Kurt Knispel yang merupakan 'ace' terbaik peperangan dengan 168 kereta kebal dimusnahkan.

Serangan hendap Wittmann yang paling terkenal ialah keatas elemen-elemen Divisyen 7 Armor British semasa Pertempuran Villers-Bocage pada 13 Jun 1944. Sewaktu memimpin sebuah kereta kebal Tiger I, beliau memusnahkan sebanyak 14 buah kereta kebal dan 15 buah pengangkut anggota bersama dengan 2 buah meriam anti kereta kebal dalam masa 15 minit.

Keadaan disebalik kematian Wittmann telah menyebabkan beberapa perdebatan dan perbincangan selama bertahun-tahun, tetapi ia telah diterima bahawa Truper Joe Ekins, jurumeriam dalam sebuah kereta kebal Sherman Firefly dari Rejimen 1 Northamptonshire Yeomanry, melepaskan tembakan yang memusnahkan kereta kebal Wittmann bersama krewnya. Bagaimanapun, dalam beberapa tahun kebelakangan, beberapa orang sejarawan melaporkan yang anggota-anggota Rejimen Sherbrooke Fusiliers mungkin bertanggungjawab diatas kematian Wittmann.

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Pg416 tidak disediakan