Ace Attorney

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ace Attorney
Fail:Ace Attorney Logo.png
Genre
PembangunCapcom
PenerbitCapcom
PenciptaShu Takumi
Platform
Keluaran pertamaPhoenix Wright: Ace Attorney
12 Oktober, 2001[1]
Keluaran terkiniThe Great Ace Attorney Chronicles
27 Julai, 2021[2]

Ace Attorney[a] ialah francais permainan video pengembaraan dengan gaya permainan novel visual yang dibangunkan oleh Capcom. Dengan penceritaan yang dibuat seperti drama, ansuran pertama dalam siri ini, Phoenix Wright: Ace Attorney, telah dikeluarkan pada tahun 2001; sejak itu, lima permainan siri utama, serta pelbagai spin-off, prekuel dan pembuatan semula telah terbit. Selain itu, siri ini telah diasas ke dalam bentuk media lain, siri tv aksi dan anime, dan telah diadaptasi ke dalam manga, CD drama, muzikal maupun drama pentas.

Pemain mengambil peranan pelbagai peguam attorney, termasuk di antaranya Phoenix Wright, mentornya Mia Fey, dan muridnya Apollo Justice dan Athena Cykes, yang menyiasat sesebuah kes dan membela anak guam mereka di mahkamah. Mereka bertekad mencari kebenaran dengan menyoal balas saksi dan mencari percanggahan antara keterangan dan bukti yang mereka berjaya kumpulkan ke hadapan hakim. Kesemua kes itu berlangsung maksimum tiga hari, dengan hakim menentukan keputusan berdasarkan bukti yang ditunjukkan oleh peguam bela dan pendakwa.

Walaupun versi asal Jepun permainan berlatarkan Jepun, penyetempatan siri ini kemudian dilencongkan ke Los Angeles, Amerika Syarikat, walaupun unsur saki-baki budaya Jepun masih ada. Dalam siri ranting Ace Attorney Investigations, pemain mengambil peranan sebagai pendakwa baharu, Miles Edgeworth dan dalam siri prekuel The Great Ace Attorney Chronicles, daripada moyang Phoenix Ryunosuke Naruhodo.

Siri ini diasaskan oleh penulis dan pengarah Jepun, Shu Takumi. Semestinya dia mahukan siri ini ditamatkan selepas permainan ketiga, tetapi diteruskan sebab perintah daripada Capcom. Pada siri keempat, Ace Attorney Investigations: Miles Edgeworth (2009); jawatan penulis Ace Attorney diberikan kepada Takeshi Yamazaki. Takumi sebagai penulis awal yang telah bersara kembali menulis dan mengarahkan beberapa tajuk spin-off kerana gesaan penyokong. Francais ini diakui sebagai salah satu daripada francais permainan video terbaik Capcom. Sehingga 30 Jun 2023, seluruh ansuran permainan siri ini telah terjual sebanyak 10 juta item di seluruh dunia.[3]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Siri ini lebih dikenali di Jepun sebagai Gyakuten Saiban (Jepun: 逆転裁判, harafiah: Mahkamah Tiba-Tiba)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan fam aa1 gba tidak disediakan
  2. ^ "The Great Ace Attorney Chronicles – Details, Release Date, Time and Price". July 26, 2021.
  3. ^ "CapCom Game Series Sales". Capcom.co.jp. CapCom Co. Ltd. Dicapai pada 30 June 2020.