Afea Deanna Baharudean (lahir 22 Disember 2000) atau lebih dikenali sebagai Afea Deanna ialah seorang pelawak dan pelakon Malaysia. Beliau bersama abangnya telah membuat jenaka di pentas Awesome Raja Lawak sehinggakan beliau mendapat tawaran berlakon daripada pihak produksi Awesome TV memulakan kerjayanya sebagai pelakon.
Beliau mula dikenali di pentas Awesome Raja Lawak terbitan Awesome TV sebagai pelawak dalam kumpulan sedare bersama abangnya. Beliau dan abangnya berjaya bertahan dari minggu 1 hingga akhir tetapi mendapat tempat kelima pada minggu akhir Awesome Raja Lawak. Walau tidak berjaya mendapat tempat pertama, pihak produksi Awesome TV memberikan beliau tawaran untuk memulakan kerjaya sebagai pelakon. Beliau terima dan memulakan kerjaya lakonanmya secara pelakon solo.