Agus Martowardojo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Agus Dermawan Wintarto Martowardojo (lahir 24 Jan 1956 di Amsterdam, Belanda) adalah CEO Bank Mandiri, bank terbesar di Indonesia. Pada Mei 2010, beliau dilantik menjadi Menteri Kewangan Indonesia, menggantikan Sri Mulyani Indrawati, Sri Mulyani Indrawati dilantik menjadi Pengarah Urusan Bank Dunia di Washington, Amerika Syarikat mulai 1 Jun 2010. Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono melantik beliau atas faktor ekonomi makro Indonesia perlu dibereskan selepas ekonomi mikro. Pada tahun 2013 dia menjadi Gabenor Bank Indonesia, dan jawatan Menteri Kewangan Indonesia diberikan pada Muhammad Chatib Basri.

Biodata[sunting | sunting sumber]

Agus belajar di Fakulti Ekonomi Universiti Indonesia pada 1984.

Kerjaya kewangan[sunting | sunting sumber]

Agus pernah bekerja di Bank of America (1984), Bank Niaga (1986-1994), Bank Bumiputera (Pengarah Utama; 1995-1998), Bank Exim (Pengarah Utama; 1998) dan BPPN (2002). Kemudian beliau dilantik menjadi Pengarah Utama Bank Mandiri sejak 2005 . Beliau berjaya membawa bank itu sebagai salah sebuah bank terkemuka di Indonesia.

Pada 19 Mei 2010, beliau dilantik mnejadi Menteri Kewangan Indonesia. Majlis angkat sumpah diadakan di Istana Negara di hadapan Presiden Indonesia. Pelantikan ini menamatkan kontroversi pengunduran menteri sebelumnya, Sri Mulyani Indrawati.

Beliau pernah dicalonkan sebagai Gabenor Bank Indonesia pada 2008, namun ditolak oleh Dewan Perwakilan Rakyat (DPR). Jawatan itu diberikan kepada Boediono yang kini merupakan Naib Presiden Indonesia.[1]

Beliau dicalonkan kembali sebagai Gabenor Bank Indonesia sebagai calon tunggal yang diajukan Presiden Yudhoyono pada tahun 2013 dan terpilih.

Rujukan[sunting | sunting sumber]