Akademi Sweden

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Akademi Sweden
150px
Moto Snille och Smak
(Bakat dan citarasa)
Pembentukan 20 Mac 1786
Ibu pejabat Stockholm, Sweden
Ahli 18 orang
Setiausaha Kekal
Sara Danius
Laman sesawang http://www.svenskaakademien.se
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Akademi Sweden (Bahasa Sweden: Svenska Akademien) merupakan salah satu Akademi Diraja Sweden yang didirikan oleh Raja Gustav III pada tahun 1786. Akademi ini dikenali atas peranannya mengumumkan pemenang untuk Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan tahunan yang diberikan sebagai memperingati pengasasnya, Alfred Nobel.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bangunan Akademi Sweden di Stockholm

Akademi ini didirikan pada tahun 1786 oleh Raja Gustav III berdasarkan model Académie française dengan keanggotaan sebanyak 18 orang ahli. Moto Akademi ini ialah "Bakat dan Citarasa" (bahasa Sweden: "Snille och Smak"). Tujuan utama Akademi ini adalah untuk "menjaga, memperkasakan serta memperindahkan bahasa Sweden" ("Svenska Språkets renhet, styrka och höghet") (Walshe, 1965).

Atas tujuan ini, Akademi ini telah menerbitkan dua buah kamus:[1] kamus pertama ini adalah sebuah daftar istilah satu jilid bertajuk Svenska Akademiens ordlista (SAOL), manakala kamus yang kedua adalah sebuah kamus multi-jilid yang disunting mengikut prinsip-prinsip sama dalam Oxford English Dictionary iaitu Svenska Akademiens Ordbok (SAOB). Kamus SAOL telah mencapai edisi ke-14 manakala jilid SAOB yang pertama telah diterbitkan pada tahun 1898, di mana kerja-kerja kini telah dilakukan selewat tahun 2017 untuk penambahan perkataan yang bermula dengan huruf "V".

Anugerah dan hadiah[sunting | sunting sumber]

Sejak 1901, Akademi ini pada setiap tahun memutuskan siapa yang bakal memenangi Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan yang diberikan sempena memperingati Alfred Nobel.

Akademi ini menganugerahi hampir 50 hadiah dan biasiswa yang berbeza setiap tahun, kebanyakan daripadanya untuk penulis tempatan Sweden. Anugerah-anugerah ini diberikan tanpa sebarang persaingan mahupun permohonan. Hadiah terbesar yang diberikan Akademi ini iaitu Hadiah Dobloug yang bernilai sebanyak $40,000 merupakan hadiah yang diberikan untuk karya cereka Sweden dan Norway yang terbaik.[2][3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Store norske leksikon (2005–2007). "Svenska Akademien". Store norske leksikon. 
  2. ^ Website of the Swedish Academy describing the prize (Swedish language))
  3. ^ Store norske leksikon (2005–2007). "Doblougprisen". Store norske leksikon. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]