Akselerometer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Akselerometer atau meter pecut ialah sejenis peranti yang mengukur pemecutan wajar,[1] yakni, pecutan (atau kadar perubahan halaju) sesebuah jasad dalam rangka rehat seketikanya sendiri.[2] Pecutan wajar ini tidak sama seperti pecutan berselaras yang tetap dalam sistem koordinat. Sebagai contoh, pecutan hasil graviti Bumi menegak terus diukur akselerometer yang kekal di atas permukaan Bumi pada g ≈ 9.81 m/s2. Sebaliknya, pecutan dalam jatuh bebas (jatuh ke arah pusat Bumi pada kadar sekitar 9.81 m/s2) akan disukat sebagai sifar.

Aplikasi[sunting | sunting sumber]

Peranti ini digunakan untuk mengukur pecutan dan getaran pada kenderaan, mesin, bangunan, sistem pengawalan proses dan pemasangan keselamatan. Ia turut digunakan untuk tujuan pengawasan keadaan jentera bagi melaporkan getaran dalam jentera yang menjejaskan perubahan kepada lokasi syaf galas alat-alat yang berputar seperti turbin, pam,[3] kipas,[4] penggiling,[5] pemampat,[6][7] atau galas[8] yang barangkalinya boleh memakan kos pembaikkan yang mahal jika tidak diamati dengan baik.

Kamera perakam mudah alih dipasangkan dengan akselerometer agar gambar yang dirakamkan boleh distabilkan daripada gerakan pemakai bagi mengurangkan kesan kabur pada imej akhir. Kamera digital, komputer tablet dan telefon pintar turut diterapkan dengan teknologi ini untuk menjajarkan pandangan pada skrin apabila alat dipegang pada posisi tertentu, sama ada dalam "mod potret" (portrait mode) yang menegak atau "mod lanskap" (landscape mode) yang mendatar.

Alat kawalan pada konsol permainan video tertentu seperti Wii milik Nintendo atau PlayStation 3 milik Sony mengunakan meter pecut berpaksi tiga untuk menerapkan input dari pergerakan fizikal pemain agar ia dapat dibaca konsol lalu diterjemahkan kepada output kawalan yang terpapar dalam permainan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tinder, Richard F. (2007). Relativistic Flight Mechanics and Space Travel: A Primer for Students, Engineers and Scientists. Morgan & Claypool Publishers. m/s. 33. ISBN 978-1-59829-130-8.  Extract of page 33
  2. ^ Rindler, W. (2013). Essential Relativity: Special, General, and Cosmological (edisi illustrated). Springer. m/s. 61. ISBN 978-1-4757-1135-6.  Extract of page 61
  3. ^ Klubnik, Renard; Sullivan, Ron. "Know the Age of your Pumps" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 14 November 2012. 
  4. ^ Wilcoxon Research. "Guidance for mounting 4–20 mA vibration sensors on fans" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 12 September 2014. Dicapai 11 September 2014. 
  5. ^ Klubnik, Renard; Sullivan, Ron. "Know the Health of your Pumps" (PDF). Diarkibkan daripada original (PDF) pada 14 November 2012. Dicapai 11 September 2014. 
  6. ^ "Low Frequency Vibration Measurements on a Compressor Gear Set" (PDF). wilcoxon research. 14 November 2014. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 14 November 2012. Dicapai 2014-09-11. The gear set on a critical turbo-compressor was monitored with a standard industrial accelerometer at very low frequencies... 
  7. ^ "Gearbox tutorial" (PDF). Wilcoxon Research. 11 September 2014. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 14 November 2012. 
  8. ^ "Bearing Failure: Causes and Cures Bearing Failure: Causes and Cures" (PDF). wilcoxon.com. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 12 September 2014. Dicapai 2014-09-11.