Akuakultur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Menangkap Ikan Duri yang diternak di Mississippi

Akuakultur ialah proses menternak spesies mati (haiwan dan tumbuhan) air tawar, air payau atau air masin di dalam persekitaran yang terkawal. Selain itu, akuakultur juga merangkumi segala aktiviti pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran produk hidupan air.

Matlamat utama akuakultur dijalankan adalah untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti ternakan serta menggunakan sepenuhnya sumber tanah dan perairan yang sedia ada. Antara kawasan-kawasan yang boleh dimajukan untuk akuakultur adalah tasik, bekas lombong, empangan, kolam, konkrit, muara sungai dan laut serta akuarium.

Antara spesies yang boleh dijalankan akuakultur ialah tilapia, keli, baung, patin, temoleh, jelawat, lampam, kap, haruan, udang galah dan ikan hiasan untuk perairan air tawar dan kerapu, siakap, jenahak, udang harimau, tiram dan siput sudu untuk perairan air payau dan laut.