Udang galah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Udang galah
YosriUdangGalah.jpg
Udang galah
Status pemuliharaan
Terjamin
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Artropoda
Subfilum: Krustasea
Kelas: Malacostraca
Order: Decapoda
Suborder: Pleocyemata
Infraorder: Caridea
Keluarga: Palaemonidae
Genus: Macrobrachium
Spesies: M. rosenbergii
Nama binomial
Macrobrachium rosenbergii
de Man, 1879

Udang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii merupakan sejenis udang air tawar yang diternak secara komersial. Udang galah mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Udang ini boleh ditemui di kawasan tropika dan subtropika di rantau Indo-Pasifik, dari India ke Asia Tenggara dan Australia Utara. Ia adalah haiwan omnivor dan mempunyai kecenderungan untuk aktif pada waktu malam.

Malaysia adalah negara pertama yang menemui cara-cara untuk menternak udang galah pada era 1960-an. Ini menyebabkan banyak negara asing memberi nama timangan kepada udang galah sebagai "Udang Malaysia". Namun kini penghasilan udang galah di Malaysia lebih rendah berbanding dengan negara-negara lain seperti Bangladesh, Vietnam, Thailand, China, Indonesia dan Taiwan. Pengeluar udang galah terbesar di dunia adalah negara China diikuti oleh negara Bangladesh. Negara seperti Vietnam, Thailand, Taiwan dan Indonesia juga menghasilkan udang galah lebih banyak daripada Malaysia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]