Akuatlon (gusti air)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Akuatlon (juga dikenali sebagai gusti air) merupakan sebuah sukan air dimana dua orang pesaing yang memakai topeng dan fin (kasut menyelam) bergelut di dalam air bagi mencabut reben pada pergelangan kaki pesaing. Mana-mana individu yang berjaya mencabut reben pihak lawan terlebih dahulu akan dikira sebagai pemenang. "Kombat" akan mengambil tempat dalam 5-meter (16 ka) cincin persegi di dalam kolam renang, dan terdiri daripada tiga pusingan tiga puluh saat, dengan pusingan keempat dimainkan jika berlaku seri. Sukan ini berasal dari USSR (kini Rusia pada tahun 1980-an dan pertama kali dimainkan di peringkat antarabangsa pada tahun 1993. Sukan ini telah diiktiraf oleh Confédération Mondiale des Activités Subaquatiques (CMAS) pada tahun 2008.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]