Al-Ustaz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
al-Ustaz
Majalah-al-ustaz-edisi-1.jpg
Kulit majalah al-Ustaz edisi 1 sebagai hiasan sahaja.
EditorUstaz Mohamad Wahid Abd Hanif
KategoriMuslim
KekerapanBulanan
PenerbitTelaga Biru Sendirian Berhad
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Laman web{{URL|example.com|optional display text}}


Majalah al-Ustaz merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia. Ia diterbitkan secara bulanan.

Majalah al-Ustaz mengkhusus mengenai isu-isu berkait dengan Islam dan masyarakat. Ia berharga RM9.00 / RM11.00. Keluaran pertama (isu perdana) baru saja berlegar di pasaran bermula 10 April 2012. Ia majalah agama yang berkonsepkan soal-jawab yang merangkumi pelbagai subjek aqidah, fiqah, tajwid, kekeluargaan, dakwah, kewanitaan, remaja, hadith, muamalat, tasawuf, politik, dan sebagainya.

Ketua pengarang kumpulan ialah Ustaz Pahrol Mohammad Juoi dan editor ialah Ustaz Mohamad Wahid Abd Hanif. Antara kolumnisnya ialah Ustaz Dr Zahazan sendiri, Ustaz Mohd Azrul Ismail, Ustaz Mohd Aizam Mas’od, Dato’ Ustaz Ismail Kamus, Dr Muhayya Mohammad, Ustaz Mohammad Haidzir Husain, Ustaz Amly Asenar, Ustaz Mohd Adib Hasan Saari, Ustaz Ahmad Husni Abdur Rahman dan ramai lagi.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]