Al-Waqidi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Cendekiawan Islam
Zaman Kegemilangan Islam
Nama: Abu Abdillah Muhammad bin Umar bin Waqid al-Aslami
Gelaran: Al-Waqidi
Lahir: ca. 130 H/748 M di Madinah
Wafat: 207 H/822 M
Bidang: Fikah, sejarah Islam
Karya: Kitab al-Tarikh wa al-Maghazi ("Buku tentang Sejarah dan Peperangan")
Pengaruh: Ibnu Sa'ad


Abu Abdullah Muhammad bin Umar bin Waqid al-Aslami (Bahasa Arab: أبو عبد الله محمد بن عمر بن واقد ‏;;c. 130 – 207 H; c. 748 – 822 M), lebih dikenali sebagai al-Waqidi (Arab: الواقدي) ialah seorang sejarawan awal Islam. Nama keluarganya datang daripada nama datuknya, Waqid, dan dengan itu beliau menjadi masyhur sebagai "al-Imam al-Waqidi".[1] Al-Waqidi seorang ahli sejarah Muslim awal dan seorang penulis sirah Nabi Muhammad SAW dengan pengkhususan terhadap kempen-kempen ketenteraan baginda. Al-Waqidi berkhidmat sebagai kadi (hakim) Khalifah-khalifah Harun al-Rasyid dan Al-Ma'mun. Buku-buku sejarahnya merupakan buku sejarah Islam yang terawal dan yang paling terperinci.

Buku-buku lain yang dikaryakan al-Waqidi termasuk:

  • Al-Maghazi an-Nabawi (Kempen-kempen perang atau ghazwah Nabi)
  • Fath Ifriqiyah (Pembukaan [Penaklukan] Afrika Utara)
  • Fath al-Ajam (Pembukaan [Penaklukan] Iran)
  • Fath Misr wal-Iskandriyah (Pembukaan [Penaklukan] Mesir dan Iskandariah)
  • Akhbar Makkah (Penceritaan tentang Makkah)
  • At-Tabaqat (Generasi)
  • Futuh al-Iraq (Pembukaan [Penaklukan] Iraq)
  • Sirah Abi Bakr wal-Wafat (Kehidupan dan kewafatan Abu Bakar)
  • Kitan as-Sardah (Keputeraan Nabi)
  • Tarikh al Faqaha (Sejarah Ahli Fikah)
  • Kitab al-Jamal (Pertempuran Unta)
  • Kitab as-Saffin (Pertempuran Siffin)
  • Maqtal al-Husayn (Pembunuhan al-Husain)
  • Tafsir Al-Quran

Buku-buku sejarah al-Waqidi disanjung tinggi. Beliau hidup pada zaman Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Ja'far al-Sadiq di Madinah dan oleh itu beliau dapat bertemu anak-anak dan cucu-cucu para Sahabat.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Islamic Conquest of Syria A translation of Fatuhusham by al-Imam al-Waqidi Translated by Mawlana Sulayman al-Kindi Page x-xi [1]