Ghazwah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ghazi atau ghazah (kata nama (mufrad maskulin): غازي ghazi; kata kerja (mufrad maskulin): غزا ghaza daripada غزو ghazwa) ialah istilah Arab yang bermaksud 'menyerbu/serbuan'. Daripadanya terbit perkataan 'Ghazwah' (غزوة) (atau 'Ghazwat' dalam bentuk jamak) yang digunakan khusus untuk pertempuran yang diketuai Nabi Muhammad (SAW).[1]

Perkataan in lazim hadir sebagai 'razzia' dalam bahasa Inggeris. Dalam konteks peperangan antara Rusia dan orang Islam di Caucasus yang bermula pada abad ke-18, perkataan ini mengambil bentuk 'gazavat' (газават).[2]

Ghazwah sebagai serbuan[sunting | sunting sumber]

Dalam masyarakat Badwi Zaman Pertengahan, ghazwah merupakan satu bentuk peperangan terbatas yang lebih mirip penjarahan. Pertembungan sedimikian mengelak daripada pihak yang bertelagah bertemu dalam pertembungan berdepan-depan tetapi sebaliknya menitikberatkan penjarahan, lazimnya melibatkan binatang ternakan. Penyair Badwi zaman Umayyah, ak-Kutami, menulis syair berikut:"Urusan kami ialah membuat serbuan terhadap musuh, terhadap jiran dan saudara kami, sekiranya kami tidak menjumpai sesiapa yang dapat diserbu melainkan saudar kami".[3][4] (Serbuan separa-rasmi tidak unik kepada Badwi; ahli antropologi Soviet mengambil perkataan Kazakh 'barymta' bagi memerikan kejadian sama di kalangan penduduk Steppe Eurasia.[5])

Persuratan Maghāzī[sunting | sunting sumber]

'Maghazi', yang secara harfiah bermaksud which 'kempen', lazim digunakan dalam pensejarahan Islam bagi merujuk kepada kempen ketenteraan yang dilakukan Nabi Muhammad dalam fasa pasca-Hijrah riwayat baginda. Catatan berkaitan kempen-kempen ini merupakan genrenya tersendiri dalam penulisan biografi (sirah) Rasulullah Contoh masyhur genre ini ialah Maghazi karya al-Waqidi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Aboul-Enein, H. Yousuf and Zuhur, Sherifa,"Islamic Rulings on Warfare", Strategic Studies Institute, US Army War College, Diane Publishing Co., Darby PA, ISBN 1-4289-1039-5 pg. 6.
  2. ^ The Background of Chechen Independence Movement II: The Sufi Resistance
  3. ^ Paul Wheatley (2001). The places where men pray together: cities in Islamic lands, seventh through the tenth centuries. University of Chicago Press. m/s. 11. ISBN 978-0-226-89428-7. 
  4. ^ A. J. Cameron (1973). Abû Dharr al-Ghifârî: an examination of his image in the hagiography of Islam. Royal Asiatic Society : [distributed] by Luzac. m/s. 9. ISBN 978-0-7189-0962-8. 
  5. ^ Anatoly Michailovich Khazanov (1984). Nomads and the outside world. Univ of Wisconsin Press. m/s. 156. ISBN 978-0-299-14284-1. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

[1]


Templat:Link GA