Alaipayuthey

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Alaipayuthey
Alaipayutheyms.jpg
PengarahMani Ratnam
PenerbitMani Ratnam
G. Srinivasan
PenulisMani Ratnam
Lakon layar olehMani Ratnam
Cerita olehMani Ratnam
R. Selvaraj
Dibintangi olehMadhavan
Shalini
Muzik olehA. R. Rahman
SinematografiP. C. Sriram
Disunting olehA. Sreekar Prasad
PengedarMadras Talkies
Ayngaran International
Mula ditayangkan
April 14, 2000
Tempoh tayangan
157 minutes
NegaraIndia
BahasaBahasa Tamil

Alaipayuthey (Ombak) adalah filem drama romantis berbahsa tamil tahun 2000. Mani Ratnam mengarahkan filem ini dan dibintangi oleh Madhavan dan Shalini.Plot filem ini meneroka ketegangan dalam kehidupan lepas perkahwinan dan kematangan cinta.Kesan bunyi dan runut bunyi bagi filem ini digubah oleh A. R. Rahman.Filem ini mendapat sambutan baik daripada pengkritik dan penonton. Alaipayuthey berjaya memecah box-office, terutamanya untuk muzik dan gambaran realistik percintaan dan kehidupan berkahwin.

Tayangan perdana Filem ini bagi kawasanEropah ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Berlin pada tahun 2001.Filem ini juga telah ditayangkan dalam pelbagai festival filem di peringkat antrabangsa dan India.Alaipayuthey kemudiannya dibuat semula dalam pawagam Hindi sebagai Saathiya, diarahkan oleh Shaad Ali pada tahun 2002, yang dibintangi oleh Rani Mukherjee dan Vivek Oberoi.

Plot[sunting | sunting sumber]

Karthik (Madhavan) adalah graduan kejuruteraan perisian yang bersama-sama dengan rakan-rakannya sedang membangunkan satu perisian untuk menjana duit. Semasa, Karthik menghadiri sebuah majlis perkhawinan dia tersempak dengan Shakthi (Shalini) dan menaruh perasaan terhadanya. Shakthi merupakan seorang pelajar perubatan. Selepas itu, kedua-dua kerap berjumpa di stesen kereta api dan mula jatuh cinta.Tetapi, cinta mereka ditolak oleh kedua-dua keluarga kerana berselisih faham.

Walaupun cinta mereka itolak, Karthik dan Shakthi kerap berjumpa dan sedar bahawa berapa dalam cinta mereka. Lalu, mereka menutuskan untuk meneruskan hubungan mereka dalam diam-diam, tanpa pengetahuan keluarga masing-masing.mereka memutuskan untuk berkahwin, tanpa memberitahu sesiapa, tetapi tidak melarikan diri dan terus tinggal bersama-sama ibu bapa masing-masing.

Dengan bantuan rakan-rakan mereka, dan kakak Shakthi ,Poorni (Swarnamalya), mereka berkahwin secara sah, dan mereka terus bertemu tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.Pada satu hari, Poorni mendapat satu cadangan pertunangan tidak lama kemudian. Poorni sanggup berkahwin peminang itu, Raghu (Hari Nair). Bapa bakal pengantin Poorni mencadangkan anak keduanya Shyam(Karthik Kumar)dikhawinkan kepada Shakthi. Ibu Shakthi, Saroja menggesa beliau untuk menerima cadangan perkahwinan itu, tidak menyedari hakikat bahawa Shakthi sudah berkhawin. Shakthi terpaksa memberitahu perkara benar. Karthik dan Shakthi dihalau dari rumah mereka.Dengan bantuan rakan-rakan, Shakti dan Karthik berpindah ke sebuah apartmen. Selepas beberapa bulan berpindah ke rumah baru, pasangan itu mula bertengkar pelbagai isu yang kedua-dua kelihatan begitu banyak lebih toleran sebelum mereka berkahwin. Pegaduhan mereka menjadi lebih tengang selepas mendapat tahu bapa Shakthi sakit. Shakthi dan Karthik memutuskan ia akan menjadi yang terbaik kepada mereka untuk melawat bapa Shakthi yang sakit. Setibanya mereka mendapat berita bahawa ayahnya telah meninggal dunia.Dengan rasa bersalah, kedua-dua mereka pulang ke rumah dan hubungan mereka berdua menjadi lebih teruk.Kedua-dua mereka berhenti bercakap antara satu sama lain.

Karthik kemudain bercadang untuk menyelesaikan masalah perkhawinan Poorni dan Raghu yang ditangguhkan . Dia mengatur blind date antara kedua-dua, yang pada mulanya gagal.Tetapi, selepas banyak percubaan Poorni dan Raghu menjadi lebih dekat.Perkembangan ini berlaku tanpa pengetahuan Shakthi. Dia dan suaminya telah lama tidak bertegur satu sama lain untuk masa yang lama.Karthik membuat keputusan untuk menunggu sehingga perkhawinan Poorni dan Raghu disahkan sebelum memberitahu Shakthi. Poorni yang gembira telah memeluk adik iparnya, Karthik dan insiden ini telah dilihat oleh Shakthi dan salah faham mengenai kejadian tersebut.Ia yang membawa kepada hujah yang lebih besar dan hubungan mereka berdua semakin teruk.

Shakthi akhirnya mendapat tahu tentang usaha suaminya mendapatkan kakaknya berkahwin, dan mahu mengucapkan terima kasih kepadanya. Karthik pergi ke stesen kereta api untuk mendapatkan isterinya. Beliau telah meninggalkan hospital di mana dia bekerja tetapi tidak dalam keretapi dia biasanya naik. Karthik menunggu isterinya.


Sementara itu, dengan Karthik mendapat satu perjanjian perisian untuk jumlah jumlah besar, Shakthi tergesa-gesa untuk bergegas pulang, bertemu dengan kemalangan , yang meninggalkan dia berjuang untuk hidupnya.Dia dilanggar oleh kereta yang dipandu oleh seorang wanita (Kushboo). Suami perempuan itu Pegawai IAS Ram (Arvind Swamy) memastikan bahawa Karthik dimaklumkan mengenai kemalangan itu.Akhirnya Karthik bertemu isterinya di hospital selepas banyak pergelutan. Sebaliknya peristiwa ini, Karthik memahami erti sebenar cinta. Shakthi kemudian sedar dari koma dan memeluk Karthik.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • R. Madhavan sebagai Karthik Varadharajan
  • Shalini sebagai Shakthi Selvaraj
  • Jayasudha sebagai Saroja
  • Swarnamalya sebagai Poorni
  • Vivek sebagai Sethu
  • Pyramid Natarajan sebagai Varadharajan
  • Raviprakash sebagai Selvaraj
  • Venu Arvind sebagai Arumugam
  • Arvind Swamy sebagai Ram (Penampilan Khas)
  • Kushboo sebagai Meena (Penampilan Khas)

Legasi[sunting | sunting sumber]

Filem ini memulakan kerjaya filem yang berjaya untuk Madhavan dan melancarkan beliau sebagai "hero romantik"[1].Dia telah pergi untuk menjadi sebahagian pelakon tetap dalam produksi Mani Ratnam dan dipaparkan dalam peranan utama dalam filem-filem seperti Dumm Dumm Dumm (2001), Kannathil Muthamittal (2002), Aaytha Ezhuthu(2004) and Guru (2007). Untuk Shalini, filem ini merupakan filem kedua ahkirnya kerana ingin bersara selap berkhawin dengan Ajith Kumar. Swarnamalya juga mendapat peluang belakon dalam beberapa filem selepas lakonannya dalam filem ini yang mendapat prestasi kritikal yang diiktiraf, tetapi beliau gagal melonjakan nama sebagai pelakon utama selepas itu selepas lapan daripada sepuluh filem lakonan beliau gagal dari segi kritikan dan kutipan. Filem ini mewujudkan semula minat untuk majlis perkahwinan yang diadakan di kuil.

Runut Bunyi[sunting | sunting sumber]

Alaipayuthey
Runut bunyi oleh A. R. Rahman
Dikeluarkan padaMarch 14, 2000
Dirakam padaPanchathan Record Inn
GenreRunut Bunyi
Masa42:52
SyarikatSa Re Ga Ma
PenerbitA. R. Rahman
Kronologi A. R. Rahman
Pukar
(2000)
Alaipayuthey
(2000)
Kandukondain Kandukondain
(2000)

Kesan bunyi dan runut bunyi bagi filem ini digubah oleh A. R. Rahman.Album fillem ini dipenuhi dengan pujian kritis yang meluas. Album filem ini juga diangap antara Album terbaik dalam Industri Perfileman Tamil dan ia membantu A.R Rahman untuk menang Anugerah Filmfare untuk Pengarah Muzik Terbaik pada tahun 2000.

Runut Bunyi ini mempunyai 10 lagu-lagu digubah oleh Rahman, dengan lirik oleh Vairamuthu, kecuali lagu tajuk "Alaipayuthey" (yang telah dicipta pada abad ke-18 oleh pemuzik Carnatic yang terkenal, Oothukkadu Venkata Subramanya Iyer).agu "Yaro Yarodi" kemudian muncul dalam filem Hollywood tahun 2008,The Accidental Husband.

Track listing
No. TajukSinger(s) Masa
1. "Endendrum Punnagai"  Clinton Cerejo, Srinivas, Shankar Mahadevan, A.R.Rahman 4:00
2. "Pachchai Nirame"  Hariharan, Clinton Cerejo, Dominique Cerejo  
3. "Kadhal Sadugudu"  S.P.B. Charan 4:35
4. "Evano Oruvan"  Swarnalatha 5:56
5. "Alaipayuthey"  Harini, Kalyani Menon, Neyveli Ramalaxmi 3:34
6. "Snehithane Snehithane"  Sadhana Sargam, Srinivas 6:05
7. "Maangalyam"  Clinton Cerejo, Srinivas, A.R.Rahman 1:41
8. "Yaro Yarodi"  Mahalaxmi Iyer, Vaishali Samant, Richa Sharma 5:46
9. "September Madham"  Asha Bhonsle, Shankar Mahadevan 5:08
10. "Snehithane Snehithane II"  Ustad Sultan Khan, Sadhana Sargam, Srinivas 6:05

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Festival Filem Antarabangsa Berlin untuk filem Asia terbaik
  • Anugerah Filmfare tahun 2000 untuk Pengarah Muzik Terbaik- A.r Rahman
  • Anugerah Filmfare tahun 2000 untuk Debut Lelaki Terbaik- Madhavan

Rujukan[sunting | sunting sumber]