Alan Shadrake

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Alan Shadrake (75) merupakan penulis / wartawan bebas dari Britain yang ditahan di polis Singapura kerana mengecam dasar-dasar kerajaan Singapura dalam bukunya 'Once a Jolly Hangman: Singapore Justice in the Dock'. Pada 18 Julai 2010, beliau ditahan di hotelnya ketika dalam kembara dari Malaysia dan Singapura.[1]

Pihak Berkuasa Pembangunan Media kerajaan telah membuat laporan polis berhubung fitnah dalam buku tersebut. Pejabat peguam negara Singapura juga menuntut dakwaan menghina mahkamah ke atas Shadrake kerana bukunya mempersoalkan kesaksamaan, integriti dan kebebasan sistem kehakiman. Perbicaraan diadakan pada 30 Julai 2010.[2] Beliau juga dituduh menghina mahkamah .Peguam beiau ialah M Ravi.

Beliau dibebaskan dari penjara Singapura setelah membayar jaminan S$10,000 (£4500) . Dia tidak dibenarkan meninggalkan Singapura sehingga hari perbicaraan pada 30 Julai 2010. Buku hasil tulisannya sepatutnya dilancarkan pada hari Sabtu, 24 Julai 2010.


Perbandingan[sunting | sunting sumber]

Bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew beberapa kali menggunakan taktik menggunakan mahkamah kepada ahli pembangkang yang cuba memfitnah beliau. Cara ini ternyata berkesan untuk membersihkan namanya dari sebarang fitnah.

Kerajaan Singapura menjatuhkan hukuman mati atas kesalahan membunuh dan pengedaran dadah. Kadar jenayah di Singapura yang berpenduduk 5 juta itu adalah yang terendah di dunia.[3] Shadrake telah membicarakan integriti hukuman mati dan temubual dengan Darshan Singh dan Margaret John dari Amnesty International Canada.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Singapura tahan penulis Britain[pautan mati kekal]
  2. ^ "Penulis buku kena tahan di Singapura". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-21. Dicapai pada 2010-07-20.
  3. ^ British author Alan Shadrake freed from Singapore prison
  4. ^ British writer freed from Singapore jail