Aleksandr Kolchak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aleksandr Vasiliyevich Kolchak
Kesetiaan Empayar Rusia
PerkhidmatanTentera Laut Rusia
Tahun perkhidmatan1895-1920
PangkatLaksamana (dari 1917)
PertempuranPerang Rusia-Jepun
Perang Dunia Pertama
Perang Saudara Rusia
AnugerahOrder of St. Stanislaus 2nd class
Order of St. Anne 4th class
Order of St. George 4th class
Order of St. Vladimir 4th class

Aleksandr Vasiliyevich Kolchak (Rusia: Алекса́ндр Васи́льевич Колча́к),16 November [G.L.: 4 November] 1874 – 7 Februari 1920)} ialah seorang laksamana tentera laut Rusia, penjelajah kutub utara dan ketua Tentera Putih yang anti-komunis semasa Perang Saudara Rusia. Beliau juga adalah seorang pakar periuk api laut dan anggota Persatuan Geografi Rusia.

Awal Kehidupan dan Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kolchak dilahirkan di kota St.Petersburg pada tahun 1874 dan adalah anak kepada seorang jeneral mejar yang bertempur dalam Perang Krimea pada 1854. Kolchak menerima pelajarannya dari Kor Kadet Tentera Laut Rusia dan selepas itu berkhidmat di bandar Vladivostok di Rusia Timur. Semasa Perang Rusia-Jepun, beliau dijadikan komandan sebuah bot torpedo dan selepas itu, sebuah pasukan meriam pantai apabila berlakunya Kepungan Port Arthur.

Apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pula, Kolchak berkhidmat sebagai seorang kapten dalam Armada Baltik Rusia dan dinaikkan pangkat selepas kematian komandan angkatan laut itu. Kemudian, dia dijadikan komandan Armada Laut Hitam pada tahun 1916 oleh Maharaja Rusia iaitu Tsar Nicholas II.

Perang Saudara Rusia[sunting | sunting sumber]