16 November
Jump to navigation
Jump to search
<< | November | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
2019 |
16 November merupakan hari ke-320 (hari ke-321 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 45 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
- 1272 - Dalam perjalanan ke Sicily, Edward I menjadi Raja England apabila ayahandanya Henry III mangkat, namun tidak kembali ke England hingga hampir dua tahun.
- 1384 - Jadwiga dimahkotakan sebagai "Raja Poland", walaupun beliau merupakan seorang kanak-kanak perempuan.
- 1532 - Penaklukan Empayar Inca oleh Sepanyol: Inka Qhapaq Atahualpa ditangkap (gambar) oleh konkuistador Francisco Pizarro dalam serangan mengejut di Cajamarca, Peru.
- 1885 - Pemimpin pemberontak Métis Kanada dan "Bapa Manitoba" Louis Riel menjalani hukuman mati kerana derhaka besar.
- 1938 - Drug psikedelik LSD disintesis buat pertama kali oleh Albert Hofmann di Makmal Sandoz di Basel, Switzerland.
- 1979 - Laluan pertama Metro Bucharest, Laluan M1 dibuka di Bucharest, Romania.
- 2002 - Kes pertama penyakit Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) direkodkan di Guangdong, China.
- 2011 - Selepas perletakan jawatan Silvio Berlusconi, Mario Monti dilantik menjadi Perdana Menteri Itali.
Kelahiran[sunting | sunting sumber]
- 1890 - Elpidio Quirino, Presiden Filipina ke-6
- 1974 - Paul Scholes, pemain bola sepak Manchester United F.C.
Kematian[sunting | sunting sumber]
- 1885 - Louis Riel, seorang pemberontak di Kanada