Ali Sadikin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ali Sadikin
Ali Sadikin (1975).jpg
Ali Sadikin (1975)
Gabenor DKI Jakarta ke-9
Dalam jawatan
1966 – 1977
President Soekarno
Didahului oleh Dr. Soemarno
Digantikan oleh Tjokropranolo
Menteri Perhubungan Republik Indonesia
Dalam jawatan
13 November 1963 – 28 Mac 1966
President Soekarno
Didahului oleh R. Iskandar
Digantikan oleh Hidajat Martaatmadja
Ketua Umum PSSI ke-8
Dalam jawatan
1977 – 1981
President Soeharto
Didahului oleh Moehono
Digantikan oleh Sjarnoebi Said
Butiran peribadi
Lahir Ali Sadikin
Kerakyatan Indonesia Indonesia
Pasangan Nani Sadikin

Ali Sadikin (lahir di Sumedang, Jawa Barat pada 7 Julai 1927 dan meninggal dunia di Singapura pada 20 Mei 2008)[1] Beliau adalah seorang Leftenan Jenderal dalam pasukan Korps Komando Angkatan Laut dan dilantik oleh Presiden Indonesia Soekarno menjadi Gabenor DKI Jakarta pada tahun 1966.

Beliau pernah menjadi Timbalan Ketua Staf Angkatan Laut, Menteri Perhubungan Laut Kabinet Kerja, Menteri Koordinator Kompartemen Maritim/Menteri Perhubungan Laut Kabinet Dwikora dan Kabinet Dwikora yang disempurnakan di bawah pimpinan Presiden Soekarno. Ali Sadikin menjadi gabenor terkenal kerana usahanya memperjuangkan nasib rakyat marhain.Oleh itu penduduk Indonesia memanggilnya Bang Ali sementara istrinya, Ny. Nani Sadikin, seorang doktor gigi, disapa Mpok Nani.

Gabenor Jakarta[sunting | sunting sumber]

Ali Sadikin adalah gabenor DKI Jakarta yang diiktiraf berjaya membangunkan kota raya Jakarta menjadi sebuah kota metropolitan yang moden. Antaranya ialah Taman Ismail Marzuki, Kebun Binatang Ragunan, Projek Senen, Taman Impian Jaya Ancol, Taman Ria Monas, Taman Ria Remaja, kota satelit Pluit di Jakarta Utara, pelestarian budaya Betawi di kawasan Condet, dll. Pesta rakyat kota Jakarta disambut setiap 22 Juni. Pelbagai budaya Betawi dihidupkan kembali, seperti kerak telor, ondel-ondel, lenong dan topeng Betawi.

Di bawah pimpinan Bang Ali, Jakarta berkali-kali menjadi tuan rumah kejohanan kebangsaan. Beliau turut membenarkan kegiatan kelab malam yang mencetuskan kontroversi. Selain itu beliau membenarkan perjudian di kota Jakarta dan membangunkan kompleks Kramat Tunggak untuk aktiviti pelacuran.

Tempoh Ali Sadikin tamat pada 1977 dan dia digantikan oleh Leftenan Jenderal Tjokropranolo.

Petisi 50[sunting | sunting sumber]

Kritikan beliau menerusi Petisi 50 mendapat reaksi baik daripada orang ramai. Petisi 50 terdiri dari tokoh-tokoh militer dan swasta yang kritis terhadap pemerintahan mantan Presiden Soeharto.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Ali Sadikin meninggal dunia di Singapura pada hari Selasa, 20 Mei 2008. Dia meninggalkan lima orang anak lelaki dan isteri keduanya setelah Nani terlebih dahulu meninggal mendahuluinya. Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, anak sulung mantan presiden Soeharto, Siti Hardijanti Rukmana turut hadir semasa majlis pengkebumian. Jenazahnya dimakamkan di TPU Tanah Kusir.

Rujukan dan pautan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ali Sadikin Meninggal Dunia, Detik. Diakses pada 20 Mei 2008.