Presiden

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Eksekutif
Sebahagian daripada siri Politik
Portal Politik · sunting

Presiden ialah jawatan yang dipegang oleh kebanyakan ketua-ketua organisasi, syarikat, universiti, dan juga negara. Perkataan presiden ialah pinjaman bahasa Inggeris, president yang merupakan pinjaman daripada bahasa Latin prae- "sebelum" dan sedere "menduduki") atau orang yang menduduki tempat tertinggi sebagai ketua. Pada asalnya, terma ini merujuk kepada pegawai yang mengetuai upacara atau mesyuarat (misalnya Pengerusi); tetapi hari ini ia merujuk kepada pegawai berkuasa eksekutif.

Selain itu, Presiden ialah pangkat bagi ketua negara sebuah negara republik, yang dipilih oleh rakyat, dipilih oleh penggubal undang-undang atau kolej pilihanraya khas. Ramai diktator kerap mengambil pangkat Presiden.

Sejarah moden[sunting | sunting sumber]

Pada asalnya, jawatan ini merujuk kepada pengerusi sebuah jawatankuasa atau badan berkanun governing body di Britain. Kemudian, ia digunakan oleh pemimpin politik. Contoh-contoh awal termasuklah Universiti-universiti Oxford dan Cambridge (sejak 1464); Presiden pengasas "the Royal Society" William Brouncker pada 1660; ketua-ketua koloni British (pada asalnya di Virginia pada 1608); dan ketua pegawai eksekutif bank (sejak 1781).

Terma ini telah diguna pakai sebagai gelaran bagi "pegawai berkuasa Kongres Kontinental" pada 1774, bilamana George Washington telah dilantik sebagai Presiden AS yang pertama.

Apabila negara-negara lain mengikuti jejak langkah Revolusi Amerika, lalu menumbangkan monarki mereka, ketua negara republik yang baru telah diberi gelaran Presiden. Presiden Eropah yang pertama ialah Presiden Perancis, sebuah jawatan yang direka sewaktu Republik Perancis Kedua pada 1848. Semasa bermulanya Republik Perancis Pertama, eksekutif yang berasingan tidak wujud dan hanya terdapat lima orang Pengarah Perancis dan kemudian kerajaannya telah mengguna pakai sistem Republik Rom kuno dengan melantik tiga orang konsul sebagai ketua negara.

Pada hari ini, kebanyakan republik mempunyai Presiden sebagai Ketua Negara.