Amelia Edwards

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Amelia Ann Blanford Edwards
Amelia B Edwards 1890 in Amerika.jpg
Edwards pada 1890
Kelahiran(1831-06-07)7 Jun 1831
Meninggal dunia15 April 1892(1892-04-15) (umur 60)
DikebumikanSt Mary's Church, Henbury

Amelia Ann Blanford Edwards (7 Jun 1831 - 15 April 1892), juga dikenali sebagai Amelia B. Edwards,[1] ialah seorang novelis, wartawan, dan ahli egiptologi England. Karya-karya sasteranya yang berjaya termasuk kisah "The Phantom Coach" (1864), novel Barbara's History (1864) dan Lord Brackenbury (1880), dan A Thousand Miles up the Nile (1877). Pada tahun 1882, beliau menubuhkan Egypt Exploration Fund. Beliau juga menyunting antologi puisi yang diterbitkan pada tahun 1878.[2]

Karya cereka[sunting | sunting sumber]

Pada awal tahun 1850-an, Edwards mula menumpukan perhatian sebagai penulis.[3] Novel panjang penuh pertamanya ialah My Brother's Wife (1855). Novel-novel yang ditulis awalnya diterima dengan baik, tetapi sebuah novel berjudul Barbara's History (1864), merupakan novel yang menaikkan reputasinya. Edwards menulis beberapa cerita hantu, termasuk "The Phantom Coach" (1864).[4][5] Latar belakang dan watak dalam banyak karyanya dipengaruhi oleh pengalaman peribadinya. Sebagai contoh, Barbara's History (1864) berlatarkan bandar Suffolk, yang beberapa kali beliau kunjungi selama cuti musim panas pada zaman kanak-kanaknya.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Author Profile". Goodreads.
  2. ^ A Poetry-book of modern poets.
  3. ^ O'Neill, Patricia (2009). "Destination as Destiny". Frontiers: A Journal of Women Studies. 30: 52–53. doi:10.1353/fro.0.0048.
  4. ^ Jack Bleiler (1986). The Penguin Encyclopedia of Horror and the Supernatural. Viking. ISBN 0-670-80902-0.
  5. ^ E. F. (1985). Supernatural Fiction Writers. Scribner's. ISBN 0-684-17808-7.
  6. ^ Rees, Joan (1998). Amelia Edwards Traveller, Novelist & Egyptologist. London: The Rubicon Press. m/s. 25–31.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]