Anak Gadis Kapten

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anak Gadis Kapten
Halaman pertama versi serial asal
Umum
PengarangAleksandr Pushkin
Tajuk asal
Капитанская дочка
NegaraRusia
BahasaRusia
GenreNovel sejarah
Tarikh penerbitan
1836
Jenis media
Cetak (kulit keras & kulit lembut)
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 0-394-70714-1
OCLC1669532

Anak Gadis Kapten (Rusia: Капитанская дочка, Kapitanskaya dochka) ialah sebuah novel sejarah karya penulis Rusia Alexander Pushkin. Ia pertama kali diterbitkan dalam tahun 1836 dalam judul keempat jurnal kesusasteraan Sovremennik. Novel ini merupakan cerita Pemberontakan Pugachev (1773-1774 M) yang diolahkan secara romantis.

Plot[sunting | sunting sumber]

Pyotr Andreyich Grinyov ialah satu-satunya anak anak lelaki yang masih hidup seorang pegawai tentera bersara. Apabila Pyotr mencapai usia 17 tahun, bapanya menghantarnya menyertai perkhidmatan tentera di Orenburg. Semasa dalam perjalanan ke sana Pyotr tersesat dalam ribut salji dan diselamatkan oleh seorang yang penuh misteri. Sebagai tanda penghargaan, Pyotr menghadiahkan baju kotnya yang diperbuat daripada kulit arnab kepada lelaki tersebut.

Sebaik tiba di Orenburg, Pyotr melaporkan diri kepada pegawai memerintah dan ditugaskan ke Kubu Belogorsky, di bawah kapten Ivan Mironov. Kubu tidak lebih daripada pagar yang melilingi sebuah kampung, dan orang yang sebenarnya berkuasa ialah isteri kapten, Vasilisa. Pyotr berbaik-baik dengan seorang lagi pegawai, Shvabrin, yang telah dibuang ke sana selepas perang tandingnya mengakibatkan kematian lawannya. Apabila Pyotr menjamu selera dengan keluarga Mironov, belaiau bertemu anak gadis Mironov, Masha, dan jatuh cinta dengannya. Ini menyebabkan pergeseran antara Pyotr dengan Shvabrin keran Masha telah menolak lamaran Shvabrin. Apabila Shvabrin memperlekeh kehormatan Masah, Pyotr dan Shvabrin berperang tanding, dan Pyotr mengalami kecederaan. Pyotr meminta kebenaran bapanya untuk mengahwini Masha, akan tetapi tidak mendapat izin.

Tidak lama kemudian, kubu dikepung oleh seorang pemberontak, Yemelyan Pugachev, yang mendakwa beliau seorang maharaja yang dibunuh, Peter III. Oraang kossak yang berpangkalan di kubu berpaling tadah dan menyertai angkatan Pugachev, dan beliau menawan kubu dengan mudah. Pugachev menuntut agar Kapten Mironov memberikan sumpah setia kepadanya, dan apbila Mironov enggan berbuat demikian, Pugachev menggantung Kapten itu dan membunuh isterinya. Apabila sampai pula giliran Pyotr, kelihatan yang Shvabrin juga telah berpaling tadah, dan atas nasihatnya, Pugachev memerintahkan yang Pyotr juga digantung. Walau bagaimanapun nyawa Pyotr diselamatkan kerana Pugachev sebenarnya juru pandu yang menyelamatkan Pyotr semasa tersesat dalam ribut salji, dan beliau dapat mengecam Pyotr yang masih diingatinya dengan kenangan baik.

Pada malam berikutnya, Pyotr dan Pugachev berbual secara peribadi. Pyotr memberi kesan positif terhadap Pugachev dengan keikhlasan hujahnya yang beliau tidak dapat berkhidmat dengan Pugachev. Pugachev memutuskan untuk membnarkan Pyotr pulang ke Orenberg. Beliau diarah untuk menyampaikan pesanan kepada Gabenor yang Pugachev akan mara menuju kota itu. Kubu ditinggalkan di bawah pemerintahan Shvabrin, yang mengambil kesempatan untuk memaksa Masha mengahwininya. Pyotr bergegas untuk menghalan perkahwinan in, sakan tetapi ditawan oleh tentera Pugachev. Selepas menerangkan keadaan kepada Pugachev, kedua-dua mereka berangkat ke kubu.

Selepas Masha dibebaskan, beliau dan Pyotr pergi ke tanah milik bapa Pyotr, akan tetapi mereka dipintas tentera. Pyotr membuat keputusan untuk tinggal bersama tentera dan menghantar Masha kepada bapanya. peperangan dengan Pugachev berterusan dan Pyotr menyertai tentera semula. Akan tetapi, pada saat kekalahan Pugachev, Pyotr ditangkap kerana berbaik-baik dengan Pugachev. Shvabrin memberi keterangan yang Pyotr seorang pengkhianat sewaktu soal siasat Pyotr. Oleh sebab Pyotr tidak mahu mengheret Masha ke mahkamah, Pyotr tidak dapat menangkis tuduhan dan menerima hukuman mati. Dan walaupun Maharani Catherine Agung melepaskannya daripada hukuman mati, Pyotr masih kekal menjadi tahanan.

Masha memahami mengapa Pyotr tidak dapat mempertahankan dirinya dan membuat keputusan untuk pergi St. Petersburg, untuk menyampaikan petisyen kepada Maharani. Di Tsarskoye Selo, beliau bertemu seorang pembesar wanita dari istana dan memberitahu wanita tersebut tentang rancangannya untuk berjumpa Maharani bagi pihak Pyotr. Pada mula-mulanya wanita itu enggan membantu dengan alasan yang Pyotr seorang pengkhianat, akan tetapi Masha dapat menerangkan segala hal tenatang Pyotr. Tidak lama kemudian, Masha menerima jemputan untuk bertemu Maharani, dan terperanjat apabila beliau mengecam Maharani sebagai wanita istana yang beliau ketemui sebelum itu. Maharani telah diyakini Masha tentang ketakbersalahan Pyotr dan telah memerintahkan agar Pyotr dibebaskan. Pyotr menyaksikan hukuman penggal kepala yang dikenakan terhadap Pugachev. Beliau dan Masha berkahwin.