Andrew Khoo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Andrew Khoo Chin Hock merupakan seorang peguambela dan peguamcara di Malaysia dan dilantik sebagai Pengerusi Bersama Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam Malaysia. Majlis Peguam Malaysia merupakan badan guaman bertauliah yang menyelia 17,000 ahli sama ada peguam baru atau lama.[1] .

Beliau banyak menyumbang rencana dalam halaman web Bar Malaysian, dan juga akhbar online seperti 'Malaysiakini' dan 'The Nut Graph', serta suratkhabar Wall Street Journal di Amerika Syarikat. Beliau pernah belajar dan/atau bekerja di beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, England, Jamaica, Singapura dan Uganda, selain daripada Malaysia.

Dalam satu forum 'Aktivisme Politik Baru dan Penjajaran Semula: Implikasi Ke Atas PRU-13 Malaysia' di Petaling Jaya, Andrew Khoo mendakwa akan kecewanya rakyat Malaysia jikalau pembangkang berjaya berkuasa selepas PRU-13 tetapi tidak dapat menyelesaikan isu-isu dalaman di antara PKR, PAS dan DAP. Walaupun dasar bersama ada dalam Buku Jingga tetapi 'Kabinet Bayangan' tidak ada.[2]

Memperkasakan hak asasi manusia di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Andrew berkata ada negara-negara Islam di dunia turut mendesak Malaysia melindungi hak etnik dan agama minoriti serta mengambil lebih perhatian terhadap isu hak asasi manusia dan kebebasan bersuara serta berpersatuan. Mereka tidak menggunakan keagamaan Islam sebagai alasan tidak mengiktiraf kesejagatan hak asasi manusia.

Dia menyokong tuntutan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam isu proses semakan berkala sejagat (UPR) pada Oktober 2013 untuk memperkasakan hak asasi manusia di Malaysia.

Dilarang masuk ke Vietnam[sunting | sunting sumber]

Pada 8 September 2014, Andrew Khoo dilarang daripada memasuki bandaraya Hanoi, ibu negeri Vietnama sejurus selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hanoi. Beliau diiring kembali ke pesawat yang dinaikinya dan tidak diberikan sebarang alasan berhubung larangan itu. Beliau dibawa ke pejabat imigresen di lapangan terbang selepas pasportnya dicop. Kakitangan lapangan terbang sibuk mengisi borang tertentu, membuat panggilan telefon dan pasportnya disalin beberapa kali. Kemudian dia dimaklumkan bahawa dia dilarang masuk ke Vietnam, cop masuk dibatalkan dan diiring semula ke pesawat Malaysian Airlines MH753 jelasnya menerusi Facebook.[3] Ini berkaitan dengan usahanya dalam tahun 2013 ingin memantau kes terhadap peguam hak asasi manusia Vietnam Le Quoc Quan yang dibawa ke mahkamah kononnya kerana tuntutan cukai yang tidal dibayar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]