Angela Beesley

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Angela Beesley

Angela Beesley (November 2005)
Lahir: 1977[1]
Norwich, England
Pekerjaan: Naib Presiden Wikia, Inc.[2]
Laman sesawang:wikiangela.com

Angela Beesley ialah seorang usahawan Internet dari United Kingdom. Dia merupakan pengasas bersama dan naib presiden hubungan masyarakat Wikia.

Terlibat dalam Wikipedia sejak 2003, Beesley dilantik menjadi ahli Lembaga Pemegang Amanah (Board of Trustees) pertubuhan bukan mencari keuntungan Yayasan Wikimedia pada 2004, dan dilantik semula pada 2005. Dalam tempoh ini, dia aktif dalam menyunting kandungan dan menyusun polisi, seperti polisi privasi, dalam Yayasan [3]. Selepas berkhidmat selama dua tahun, pada Julai 2006 Beesley meletakkan jawatan dari lembaga pengarah Yayasan Wikimedia [4].

Sejak 21 Februari 2006 Beesley merupakan ahli Jawatankuasa Perhubungan (ComCom) Yayasan Wikimedia [5]. Pembentukan jawatankuasa ini mendapat kebenaran Lembaga Pemegang Amanah, yang dia merupakan salah seorang ahli ketika itu [6]. Dia juga mempengerusikan Lembaga Penasihat Yayasan.

Pada Oktober 2004, bersama dengan Jimmy Wales, Beesley menubuhkan satu perkhidmatan hos Wiki mencari keuntungan yang dipanggil Wikia. Dia juga merupakan ahli lembaga penasihat arkib media Ourmedia. Selain itu, dia merupakan penulis bersama buku Wikis: Tools for information Work and Collaboration [7]. Dia juga pernah bekerja sebagai pakar runding untuk BBC [8].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.nndb.com/people/827/000124455/
  2. ^ Adam Turner (2005-11-22). "Quest for the universal Wiki". The Age. Text "accessdate-2006-07-13" ignored (bantuan)
  3. ^ http://www.riehle.org/computer-science/research/2006/wikisym-2006-interview.html
  4. ^ Wikimedia Foundation press release regarding Beesley resignation
  5. ^ Resolution creation communications committee
  6. ^ Members of the Board of Trustees in February 2006
  7. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-29. Dicapai pada 2007-03-30.
  8. ^ http://www.decadeofwebdesign.org/speakers.html

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikinews
Wikinews
Wikinews mempunyai berita-berita  
yang berkaitan dengan:
Angela Beesley