Angkatan Bersenjata Mesir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Angkatan Bersenjata Mesir (Arab: القوات المسلحة المصرية‎) merupakan angkatan tentera bagi Republik Mesir dan ia adalah salah satu angkatan yang terbesar di Afrika dan Timur Tengah. Angkatan bersenjata ini telah ditubuhkan pada tahun 1922 dan ia terdiri daripada Tentera Mesir, Tentera Laut, Tentera Udara dan Angkatan Pertahanan Udara.

Komander tertinggi bagi Angkatan Bersenjata Mesir ialah Presiden Republik Mesir seperti yang dinyatakan dalam perlembagaan. Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata terdiri daripada 20 hingga 25 ahli, yang diketuai oleh Pemerintah Tertinggi dan Menteri Pertahanan serta timbalannya, Ketua Turus Angkatan Bersenjata, ahli-ahli majlis yang terdiri daripada ketua-ketua cawangan ketenteraan (Tentera, Tentera Udara, Tentera Laut, Angkatan Pertahanan Udara, Pengawal Sempadan) dan ketua bagi dua tentera (Tentera Kedua dan Ketiga), ketua-ketua kawasan ketenteraan, ketua badan atasan serta Penolong Setiausaha Pertahanan bagi Hal Ehwal Perlembagaan dan Undang-undang dan Ketua Setiausaha Jabatan Pertahanan (Setiausaha Majlis).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]