Angsa Tompok Kapas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seekor angsa Tompok Kapas

Angsa Tompok Kapas atau Cotton Patch adalah satu baka angsa daripada selatan Amerika Syarikat. Ia dinamakan sedemikian kerana secara tradisinya ia digunakan untuk mengawal rumpai di ladang kapas, jagung dan bijiran yang lain.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sehingga tahun 1950an, angsa Tompok Kapas banyak dibela di kawasan ladang dan rumah ladang di selatan Amerika Syarikat sebagai unggas pelbagai-guna untuk mengawal rumpai, daging, telur, bulu down, dan gris. Tabiat makannya membuatkan ladang-ladang bebas dari rumput-rumpai dan dedaun lain, tanpa menjejaskan bijiran dan mengurangkan jumlah buruh yang diperlukan. Selepas pertengahan kurun ke-20, racun rumpai mengantikan penggunaannya di ladang-ladang Amerika, menyebabkan populasinya mula berkurangan. Ia kini dianggap kritikal diancam oleh Pemeliharaan Baka Ternakan Amerika, Persatuan untuk Pemeliharan Unggas Antik dan Persatuan Unggas Amerika. Kehilangannya secara besar-besaran di ladang-ladang selatan Amerika Syarikat di mana ia dahulunya mudah ditemui. Angsa Tompok Kapas juga dimasukkan ke dalam Ark of Taste oleh Slow Food USA, sebuah katalog makanan warisan yang diancam kepupusan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • "Cotton Patch Goose". albc-usa.org. American Livestock Breeds Conservancy.
  • James, Lamar (Jul 21, 2004). "The hunt for 'cotton patch' geese". Delta Farm Press. Diarkibkan daripada yang asal pada February 20, 2005. Dicapai pada October 18, 2008.
  • "Cotton Patch Geese". feathersite.com.
  • "Cotton Patch Goose". Ark of Taste. Slow Food USA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-23. Dicapai pada 2021-07-20.

Templat:Goose-stub