Anjing antikereta kebal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah pelatihan anjing kenteteraan Soviet, 1931.

Anjing antikereta kebal (Bahasa Inggeris: anti-tank dogs; Bahasa Rusia: собаки-истребители танков, sobaki-istrebiteli tankov atau противотанковые собаки, protivotankovyje sobaki; Bahasa Jerman: Panzerabwehrhunde atau Hundeminen, "periuk api anjing") merupakan anjing yang diajar untuk membawa bahan letupan kepada kereta kebal, kenderaan berperisai dan sasaran ketenteraan lain. Ia dilatih dengan intensif oleh pihak tentera Soviet dan Rusia pada antara 1930 dengan 1996 dan digunakan pada 1941–1942 melawan kereta kebal Jerman pada Perang Dunia II. Sungguhpun rutin pelatihan anjing asal adalah untuk meninggalkan bom dan melarikan diri supaya bom berkenaan diledakkan oleh pemasa, rutin ini gagal dan digantikan dengan tatacara peledakan hentaman yang mengorbankan anjing berkenaan dalam proses tersebut. Pihak tentera Amerika Syarikat melatih anjing antikereta kebal pada 1943 untuk kegunaan melawan perkubuan, tetapi tidak pernah menggunakannya. Anjing yang dipasang dengan bahan letupan gagal digunakan oleh pemberontak Iraq pada 2000-an.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]