Pergi ke kandungan

Anjing pembantu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing bantuan pendengaran ditepuk pada kepalanya

Anjing pembantu atau anjing penolong ialah anjing yang menerima latihan khusus untuk membantu individu kurang upaya dengan membantu dengan tugas seharian.[1] Bergantung pada negara, anjing pembantu mungkin perlu menjalani latihan formal dan pensijilan untuk menerima pengiktirafan undang-undang, lalu memberinya hak akses ke ruang awam, ke dalam tempat perniagaan yang melayan orang awam, kepada kaedah pengangkutan, dan ke tempat kerja.[1]

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

"Anjing pembantu" ialah istilah generik untuk anjing yang menyediakan bantuan kepada orang kurang upaya dan dilatih mengikut tugas untuk membantu meredakan kekurangan upaya pengendalinya.[2] Bergantung pada negara, anjing pembantu juga lazimnya dirujuk sebagai anjing khidmat.[3]

Anjing pembantu berbeza daripada anjing terapi. Istilah "anjing terapi" dapat menentukan anjing yang bekerja dengan profesional penjagaan kesihatan untuk melaksanakan terapi berbantu haiwan[3] atau menjadi anjing milik pengendali sukarela yang melawat hospital, rumah penjagaan, perpustakaan, atau sekolah.[4][5][6] Anjing terapi dapat dilatih secara spesifik dan diperakui, tetapi tidak dilindungi oleh undang-undang sama seperti anjing pembantu.[4]

Anjing khidmat juga berbeza daripada haiwan sokongan emosi. Istilah "haiwan sokongan emosi" ditakrifkan sebagai haiwan yang menyediakan sokongan kepada individu dengan kelainan upaya mental atau psikiatri.[7]

Jenis anjing pembantu

[sunting | sunting sumber]
Anjing bantuan mobiliti membantu pengendalinya berdiri

Pelbagai jenis anjing pembantu dilatih untuk mengimbangi pelbagai kekurangan upaya: anjing pandu membantu memimpin orang kurang upaya penglihatan, anjing mendengar dilatih untuk mendengar bunyi untuk orang kurang upaya pendengaran, anjing bantuan mobiliti membantu orang kurang upaya fizikal, anjing respons perubatan (untuk alergi, diabetes, dll.) dan anjing respons sawan dilatih untuk memberikan amaran dan menyediakan bantuan semasa episod perubatan, anjing bantuan psikiatri atau anjing bantuan autisme membantu pengendalinya mengatasi kelainan upaya psikiatri atau mental.[3][8]

Taksonomi Assistance Dogs International menggunakan tiga kategori: anjing pandu, anjing mendengar, dan anjing khidmat (yang merangkumi anjing yang membantu dengan kelainan upaya fizikal, respons perubatan, dan keadaan psikiatri).[9]

Proses pelatihan

[sunting | sunting sumber]
Anjing pembantu sedang berlatih memakai rompinya

Anjing pembantu dilatih secara tradisional oleh pertubuhan profesional. Di segelintir negara, seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Australia, anjing pembantu juga dapat dilatih oleh pengendalinya.[10][11][12] Walau bagaimanapun, di kebanyakan negara, hanya anjing yang dilatih dan diperakui oleh pertubuhan beriktiraf rasmi boleh diiktiraf sebagai anjing pembantu dan menerima manfaat daripada perlindungan undang-undang berkaitan.

Bakal calon anjing pembantu akan menjalani latihan sosialisasi dan penyahpekaan, bilamana anjing didedahkan kepada lokasi, bunyi, bau, dan rangsangan lain yang tidak dikenali. Latihan ini menetapkan asas untuk anjing pembantu kekal tertumpu semasa bekerja. Bakal anjing pembantu juga akan menjalani latihan kepatuhan untuk memastikan bahawa ia kekal dalam kawalan pengendali.[13]

Selepas menyelesaikan latihan kepatuhan, anjing pembantu memulakan latihan tugas khusus. Semasa latihan ini, anjing pembantu akan belajar untuk melaksanakan tugas yang akan membantu pengendali. Tugas yang perlu dilakukan oleh anjing pembantu sebagaimana yang dilatih akan berbeza berdasarkan kekurangan upaya dan keperluan pengendali.

Contoh tugas termasuk memberikan amaran tentang penggera kebakaran atau loceng pintu, mengambil ubat semasa episod perubatan, menarik kerusi roda, mengutip item yang telah dijatuhkan oleh pengendali, dan menghidupkan lampu. Sesetengah tugas mungkin memerlukan anjing lebih besar dengan sendi sihat, sementara yang lain (cth., memberikan amaran tentang bunyi) dapat dilakukan oleh anjing dengan sebarang saiz.[14][15]

Rangka kerja undang-undang

[sunting | sunting sumber]

Bukan semua negara telah mengasaskan perundangan spesifik untuk anjing khidmat. Apabila terdapat perundangan, perundangan tersebut pada umumnya mengizinkan anjing khidmat untuk memasuki ruang awam yang di dalamnya anjing biasanya tidak diizinkan. Perundangan berbeza-beza mengenai pelatihan mandatori, pensijilan, peralatan, dan pendaftaran yang patut dimiliki oleh anjing khidmat untuk diiktiraf secara rasmi dan mendapat manfaat daripada hak akses awam. Walau bagaimanapun, anjing pembantu biasanya dijangkakan memenuhi kriteria berikut:

  1. Pengendali anjing memenuhi takrifan undang-undang bagi kekurangan upaya di negara atau di rantau berkenaan.
  2. Anjing dilatih untuk meredakan kekurangan upaya pengendali dalam sesuatu cara,--sebagai contoh, membuka pintu, mengesan gula darah tinggi atau alergen dan memaklumkan perkara tersebut, memberikan amaran tentang telefon berdering atau rangsangan boleh dengar lain, membantu pengendali dengan PTSD, membantu orang kurang upaya penglihatan, membantu individu kurang upaya dengan mobiliti terjejas, dan banyak lagi.[16]
  3. Anjing adalah jinak dan berkelakuan baik, serta bersih dan sihat.

Setiap negara dan rantau akan mempunyai undang-undang dan peraturan spesifik, dengan kriteria-kriteria antarabangsa ini yang mempunyai pengiktirafan meluas di seluruh dunia.[17][18][19]

Di seluruh dunia

[sunting | sunting sumber]

Amerika Syarikat

[sunting | sunting sumber]

Di Amerika Syarikat, Akta Orang Kurang Upaya Amerika menyatakan bahawa tiada perakuan atau pendaftaran formal yang dikehendaki untuk anjing menjadi anjing pembantu. Walau bagaimanapun, anjing berkenaan patut dilatih untuk melaksanakan tugas spesifik untuk orang kurang upaya.[15] Pemerintah negeri, pemerintah tempatan, perniagaan, dan pertubuhan bukan untung yang berkhidmat untuk orang awam mesti mengizinkan haiwan khidmat mengiringi orang kurang upaya di semua kawasan prasarana yang dapat biasanya dilawat oleh orang awam.

Dalam komuniti anjing khidmat, isu "anjing khidmat palsu" mewujudkan perdebatan berterusan tentang sama ada anjing khidmat patut menjalani pensijilan formal.[20]

Australia

[sunting | sunting sumber]

Secara teori, Akta Diskriminasi Orang Kurang Upaya Australia (1999/2009) mengiktiraf anjing/haiwan khidmat sebagai haiwan yang berakreditasi di bawah undang-undang, diakreditasi oleh pertubuhan pelatihan haiwan (diiktiraf oleh peraturan), dan memenuhi piawaian kebersihan dan tingkah laku wajar yang serasi dengan kemasukan ke ruang awam.[1]

Hong Kong

[sunting | sunting sumber]

Dua anggota Hong Kong dalam Assistance Dog International termasuk Persatuan Anjing Pandu Hong Kong dan Perkhidmatan Mata Melihat Hong Kong.[21][22] Ordinan Diskriminasi Orang Kurang Upaya melindungi individu kurang upaya penglihatan dan anjing pandu mereka.[21] Perkhidmatan Mata Melihat Hong Kong juga melencongkan anjing yang tidak memenuhi kriteria untuk menjadi anjing pandu untuk menjadi anjing teman.[23]

Di Jepun, Akta mengenai Anjing Pembantu untuk Orang Kurang Upaya (2003, dipinda pada 2007) mengizinikan orang kurang upaya untuk mempunyai anjing khidmat yang mengiringi mereka memasuki ruang awam dan perniagaan swasta yang berkhidmat untuk orang awam dan tempat kerja.[24] Undang-undang mengiktiraf tiga jenis anjing pembantu: anjing pandu, anjing khidmat, dan anjing mendengar.[25] Pasukan anjing khidmat perlu diperakui selepas pentaksiran. Anjing dinilai berdasarkan keramahan dan kepatuhan dan anjing sesuai dilatih untuk menjadi anjing khidmat. Penerima manfaat dinilai berdasarkan aptitud dan keperluan perubatan. Kemudian anjing dan pasangannya dipadankan dan menjalani latihan pasukan tambahan sebelum pensijilan akhir.[25] Bergantung pada jenis anjing pembantu, pertubuhan pelatihan anjing perlu berdaftar dengan pemerintah wilayah tempatan atau Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan dan pertubuhan yang memperakui anjing pembantu ditetapkan oleh Menteri Kesihatan, Buruh dan Kebajikan atau Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan.[25] Anjing pembantu dan pasangannya mesti membawa kertas perakuan dan anjing tersebut patut membawa tanda mandatori untuk mengakses ruang awam.[25]

Kesatuan Eropah

[sunting | sunting sumber]

Kesatuan Eropah tidak mempunyai arahan antarabangsa mengenai anjing khidmat, namun setiap negara mungkin mempunyai perundangan kebangsaan untuk anjing khidmat. Walau bagaimanapun, terdapat sebuah jawatankuasa Eropah yang sedang berusaha untuk memiawaikan tanggapan mengenai perbendaharaan kata, kebajikan anjing, kekompetenan profesional anjing pembantu, keperluan latihan anjing, dan syor untuk ketercapaian ruang awam dan swasta untuk pasukan anjing pembantu.[26][1] Norma yang terhasil daripada kerja jawatankuasa ini ialah norma CEN/TC 452.[27]

Di Perancis, orang kurang upaya yang mempunyai kad kurang upaya boleh meminta untuk mendapat manfaat daripada anjing khidmat. Hanya anjing yang dilatih dan diperakui oleh pertubuhan bukan untung yang diiktiraf oleh Negara mendapat manfaat daripada perlindungan undang-undang dan diizinkan untuk masuk ke mana-mana, termasuk di ruang awam dan dalam pengangkutan.[28][29] Pemilik anjing pembantu dalam keadaan tertentu boleh memohon untuk menerima bayaran untuk menampung makanan anjing dan penjagaan veterinar (sekitar €50 sebulan).[30][31]

Di Austria, anjing pembantu dipertimbangkan dalam Undang-undang Persekutuan Austria untuk Orang Kurang Upaya. Anjing pembantu memerlukan pengiktirafan pihak berkuasa penyelaras rasmi yang mempunyai kepakaran relevan dan dilantik oleh pemerintah. Sejak tahun 2014, Institut Penyelidikan Messerli ialah pihak berkuasa rasmi yang diasaskan oleh Republik Austria[1] dan menjadi tuan rumah kepada pusat pemeriksaan untuk anjing pembantu.[32] Perundangan Austria menyatakan syarat yang patut dipenuhi oleh anjing khidmat dari segi keadaan kesihatan, tingkah laku, dan prestasi kerja. Untuk menjadi layak dan diiktiraf sebagai anjing pembantu, calon anjing khidmat mesti lulus dalam dua pentaksiran: sebelum dan selepas diserahkan kepada pemilik terakhir. Anjing khidmat layak didaftarkan pada kad kurang upaya bagi pemiliknya, boleh memasuki bangunan awam, dan tidak perlu bercawak atau berberongsong.[1]

Pada tahun 2022, perundangan Rusia hanya mengiktiraf anjing pandu dan bukan jenis lain anjing pembantu. Pada tahun 2005, anjing pandu telah diiktiraf secara rasmi sebagai "teknologi bantu".[33] Perundangan ini tidak menawarkan takrifan rasmi bagi anjing pandu, tetapi menyatakan bahawa ia patut mempunyai "Pasport Anjing Pandu" untuk mempunyai hak akses awam (tiada peraturan mengenai akses ke tempat kerja).[33] Hanya pertubuhan yang diluluskan oleh Pemerintah Persekutuan Rusia boleh memperakui anjing pandu dan hanya dua buah sekolah pelatihan anjing pandu diiktiraf pada tahun 2022.[33] Pemilik anjing pandu dapat memohon untuk menerima bayaran tahunan untuk menampung penjagaan veterinar daripada Pemerintah Persekutuan.[33]

United Kingdom

[sunting | sunting sumber]
Papan tanda "Anjing Pembantu Dialu-alukan" di Bolton Priory

Di United Kingdom, Akta Kesamarataan 2010 melarang diskriminasi terhadap orang yang menggunakan anjing pembantu di ruang awam.[34]

Walaupun anjing pembantu diiktiraf secara undang-undang di United Kingdom, pertubuhan yang mengawal atur anjing pembantu, iaitu Assistance Dogs UK (ADUK), dianggap sebagai gabungan sukarela dan badan amal berdaftar (1119538) dengan akreditasi oleh Assistance Dogs International (ADI) dan The International Guide Dog Federation (IDGF).[34][35]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c d e f Bremhorst, Annika; Mongillo, Paolo; Howell, Tiffani Josey; Marinelli, Lieta (26 Julai 2018). "Spotlight on Assistance Dogs—Legislation, Welfare and Research" [Lampu Sorot pada Anjing Pembantu—Perundangan, Kebajikan, dan Penyelidikan]. Animals (dalam bahasa Inggeris). MDPI. 8 (8): 129. doi:10.3390/ani8080129. hdl:11577/3273813. ISSN 2076-2615. PMC 6115927. PMID 30049995. S2CID 51725694.
  2. ^ "Terms and Definitions" [Istilah dan Takrifan] (dalam bahasa Inggeris). Assistance Dogs International. Dicapai pada 28 Februari 2026.
  3. ^ a b c Parenti, Lindsay; Foreman, Anne M.; Meade, Barbara Jean; Wirth, Oliver (2013). "A revised taxonomy of assistance animals" [Taksonomi semakan haiwan pembantu]. Journal of Rehabilitation Research and Development (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Hal Ehwal Veteran Amerika Syarikat. 50 (6): 745–756. doi:10.1682/jrrd.2012.11.0216 (Tidak aktif 28 Februari 2026). ISSN 1938-1352. PMC 4540185. PMID 24203538. S2CID 17698943.CS1 maint: DOI inactive as of 2026 (link)
  4. ^ a b "General FAQs" [Soalan Lazim Umum] (dalam bahasa Inggeris). Assistance Dogs International. Dicapai pada 25 Januari 2026.
  5. ^ "Three Steps to Making Your Dog a Therapy Dog" [Tiga Langkah untuk Menjadikan Anjing Anda Anjing Terapi] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 26 Oktober 2017. Dicapai pada 25 Januari 2026.
  6. ^ Karetnick, Jen (2 Disember 2019). "How to Train a Therapy Dog" [Cara untuk Melatih Anjing Terapi] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 25 Januari 2026.
  7. ^ Carroll, Joshua D.; Mohlenhoff, Brian Scott; Kersten, Charlie M.; McNiel, Dale E.; Binder, Renée L. (16 September 2020). "Laws and Ethics Related to Emotional Support Animals" [Undang-undang dan Etika yang Berkaitan dengan Haiwan Sokongan Emosi]. Journal of the American Academy of Psychiatry and the Law (dalam bahasa Inggeris). American Academy of Psychiatry and the Law. 48 (4): 509–518. doi:10.29158/JAAPL.200047-20 (Tidak aktif 28 Februari 2026). ISSN 1943-3662. PMID 32938644. S2CID 221769314.CS1 maint: DOI inactive as of 2026 (link)
  8. ^ "Types of Service Dogs and How They Benefit People with Disabilities" [Jenis Anjing Khidmat dan Cara Ia Memberikan Manfaat kepada Orang Kurang Upaya] (dalam bahasa Inggeris). United Disabilities Services Foundation. 15 Februari 2020. Dicapai pada 25 Januari 2026.
  9. ^ Winkle, Melissa Y.; Linder, Deborah E. (1 Disember 2018). "Animal-Assisted Interventions: Taxonomy and Best Practices" [Campur Tangan Berbantu Haiwan: Taksonomi dan Amalan Terbaik]. Human–Animal Interaction Bulletin (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Psikologi Amerika. 6 (Special edition): 24–36. doi:10.1079/hai.2018.0014. ISSN 2333-522X. S2CID 252884959 Check |s2cid= value (bantuan).
  10. ^ "Frequently Asked Questions about Service Animals and the ADA" [Soalan Lazim tentang Haiwan Khidmat dan ADA] (dalam bahasa Inggeris). Bahagian Hak Sivil Jabatan Keadilan Amerika Syarikat. Dicapai pada 25 Januari 2026. Q5. Does the ADA require service animals to be professionally trained?
  11. ^ "Training an Assistance Dog" [Melatih Anjing Pembantu] (dalam bahasa Inggeris). Assistance Dogs UK. 25 Julai 2024. Dicapai pada 25 Januari 2026.
  12. ^ "Assistance dog" [Anjing pembantu] (dalam bahasa Inggeris). Healthdirect Australia. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 September 2024. Dicapai pada 25 Januari 2026. While many dogs are trained by an assistance dog organisation, you can also train your dog privately. You can find out more about assistance dog training in your state and territory from the Australian Government's Disability Gateway website.CS1 maint: unfit URL (link)
  13. ^ Karetnick, Jen (20 Mei 2022). "Service Dog 101: Everything You Need to Know" [Anjing Khidmat 101: Semua yang Perlu Anda Ketahui] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 25 Januari 2026.
  14. ^ Froling, Joan (16 April 2001). "Assistance Dog Tasks" [Tugas Anjing Pembantu] (dalam bahasa Inggeris). International Association of Assistance Dog Partners. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Ogos 2018. Dicapai pada 25 Januari 2026.
  15. ^ a b "ADA Requirements: Service Animals" [Syarat ADA: Haiwan Khidmat] (dalam bahasa Inggeris). Bahagian Hak Sivil Jabatan Keadilan Amerika Syarikat. Dicapai pada 25 Januari 2026.
  16. ^ "Tasks performed by Guide, Hearing & Service Dogs" [Tugas yang dilaksanakan oleh Anjing Pandu, Anjing Mendengar, dan Anjing Khidmat] (dalam bahasa Inggeris). International Association of Assistance Dog Partners. 28 April 2022. Dicapai pada 25 Januari 2026.
  17. ^ "Assistance dogs: A guide for all businesses" [Anjing pembantu: Panduan untuk semua perniagaan] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Assistance Dogs UK. Mac 2017. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 22 Ogos 2017. Dicapai pada 25 Januari 2026.
  18. ^ "Standards" [Piawaian] (dalam bahasa Inggeris). Assistance Dogs International. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Januari 2015. Dicapai pada 25 Januari 2026.
  19. ^ "IAADP Minimum Training Standards" [Piawaian Latihan Minimum IAADP] (dalam bahasa Inggeris). International Association of Assistance Dog Partners. 11 April 2022. Dicapai pada 25 Januari 2026.
  20. ^ Mills, Meghan L. (26 Jun 2023). "'Fake Dogs Hurt Real Dogs': boundary work and discrimination in the Service Dog Community" ['Anjing Palsu Menyakiti Anjing Sebenar': kerja sempadan dan diskriminasi dalam Komuniti Anjing Khidmat]. Disability & Society (dalam bahasa Inggeris). Taylor & Francis. 39 (10): 2658–2678. doi:10.1080/09687599.2023.2227336. ISSN 1360-0508. S2CID 259709414 Check |s2cid= value (bantuan).
  21. ^ a b "Why it's so hard to train guide dogs in Hong Kong" [Sebabnya ada kesukaran untuk latih anjing pandu di Hong Kong] (dalam bahasa Inggeris). Hong Kong Free Press. 21 Mei 2016. Dicapai pada 28 Februari 2026.
  22. ^ "Member Search" [Pencarian Anggota] (dalam bahasa Inggeris). Assistance Dogs International. Dicapai pada 28 Februari 2026.
  23. ^ Ng, Sue (24 April 2024). "Companion dogs comfort Hong Kong's seniors through new programme aimed at combating elderly loneliness, improving mental health" [Anjing pendamping menenangkan warga tua Hong Kong melalui program baharu yang disasarkan pada memerangi kesepian, memperbaik kesihatan mental] (dalam bahasa Inggeris). Young Post Club. Dicapai pada 28 Februari 2026.
  24. ^ Matsunaka, Kumiko; Koda, Naoko (2013). "Japanese Business Organizations' Level of Familiarity with Assistance Dog Legislation and Their Acceptance of These Dogs in the Workplace" [Tingkat Keterbiasaan Pertubuhan Perniagaan Jepun dengan Perundangan Anjing Pembantu dan Penerimaan Anjing Ini di Tempat Kerja]. Anthrozoös (dalam bahasa Inggeris). Taylor & Francis. 26 (4): 557–568. doi:10.2752/175303713X13795775535977. ISSN 1753-0377. S2CID 70503900.
  25. ^ a b c d Takayanagi, Tomoko; Yamamoto, Mariko (21 Jun 2019). Christopher, Mary M. (penyunting). "The Use of Service Dogs for People With Physical Disabilities in Japan in Accordance With the Act on Assistance Dogs for Physically Disabled Persons" [Penggunaan Anjing Khidmat untuk Orang dengan Kelainan Upaya Fizikal di Jepun Bertepatan dengan Akta mengenai Anjing Pembantu untuk Orang Kurang Upaya Fizikal]. Frontiers in Veterinary Science (dalam bahasa Inggeris). Frontiers Media. 6. doi:10.3389/fvets.2019.00198. ISSN 2297-1769. PMC 6598092. PMID 31294038. S2CID 195185615. Unknown parameter |article-number= ignored (bantuan)
  26. ^ "CEN/TC 452 - Assistance Dogs" [CEN/TC 452 - Anjing Pembantu] (dalam bahasa Inggeris). Jawatankuasa Pemiawaian Eropah. Dicapai pada 28 Februari 2026.
  27. ^ "EN 17984-1: A new step towards European standardization for assistance dogs" [EN 17984-1: Langkah baharu ke arah pemiawaian Eropah untuk anjing pembantu] (dalam bahasa Inggeris). Jawatankuasa Pemiawaian Eropah. 7 November 2024. Dicapai pada 28 Februari 2026.
  28. ^ "LOI n° 2005-102 du 11 février 2005 pour l'égalité des droits et des chances, la participation et la citoyenneté des personnes handicapées (1)" [UNDANG-UNDANG bil. 2005-102 pada 11 Februari 2005 mengenai hak dan kesempatan sama rata, penyertaan, dan kewarganegaraan bagi orang kurang upaya (1)] (dalam bahasa Perancis). Légifrance. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Januari 2025. Dicapai pada 28 Februari 2026.
  29. ^ "Le chien guide d'aveugle ou le chien d'assistance: les compagnons du quotidien" [Anjing pandu orang buta atau anjing pembantu: pendamping seharian] (pdf) (dalam bahasa Perancis). Kementerian Peralihan Ekologi. Mei 2025. Dicapai pada 28 Februari 2026.
  30. ^ "La prestation de compensation du handicap (PCH)" [Faedah pampasan kurang upaya] (dalam bahasa Perancis). Mon Parcours Handicap. 6 Mei 2020. Dicapai pada 28 Februari 2026.
  31. ^ Burel, Séverine (16 Disember 2025). "Aides handicap" [Bantuan kurang upaya] (dalam bahasa Perancis). Aide-Social.fr. Dicapai pada 28 Februari 2026.
  32. ^ "Messerli Research Institute for Human-Animal Interaction" [Institut Penyelidikan Messerli untuk Interaksi Manusia–Haiwan] (dalam bahasa Inggeris). Universiti Perubatan Veterinar Vienna. Dicapai pada 28 Februari 2026.
  33. ^ a b c d Sedova, Polina (23 Jun 2022). "Assistance dogs in Russia: legal environment review and perspectives" [Anjing pembantu di Rusia: ulasan dan perspektif persekitaran undang-undang]. Disability & Society (dalam bahasa Inggeris). Taylor & Francis. 39 (4): 995–1013. doi:10.1080/09687599.2022.2090899. ISSN 1360-0508. S2CID 250034030 Check |s2cid= value (bantuan).
  34. ^ a b "Assistance dogs: issues" [Anjing pembantu: isu] (dalam bahasa Inggeris). Parlimen United Kingdom. 12 Ogos 2016. Dicapai pada 28 Februari 2026.
  35. ^ "About ADUK" [Tentang ADUK] (dalam bahasa Inggeris). Assistance Dogs UK. Dicapai pada 28 Februari 2026.

Templat:Kotak pandu arah kehilangan upaya

Templat:Haiwan pekerja