Antologi Cerpen ....Aarrgghh, Kantoinya Aku !

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fail:COVER DEPAN.jpeg
Kulit Buku Antologi Cerpen Komedi ....Aarrgghh Kantoinya Aku !!

Buku Antologi Cerpen Komedi ….Aargghh, Kantoinya Aku ! adalah sebuah buku antologi yang mengandungi 10 cerpen berbentuk komedi, hasil karya Maharatu Rafidah Mohamad dan merupakan terbitan ketiga yang diterbitkan oleh Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 2011. Antologi Cerpen Komedi ini memuatkan 10 buah cerpen komedi yang bertajuk seperti ;

  1. Sekeping Kertas Puisi Lusuh
  2. Jamal Bertanya, Daud Menjawab
  3. Bersalahkah Majalah Sepak Mula itu
  4. Isteriku yang Tersayang, Jangan Tinggal Daku
  5. Askar Menyerang, Telinga Pula Kena Tarik
  6. Sepohon Kelapa Sempadan Rumah
  7. Semuanya Kerana Bilik Untuk Disewa
  8. Sue, Satu Menu Istimewa Yang Luar Biasa Keistimewaannya
  9. Berbalas Pantun Pukul Tiga
  10. Aarrgghhh, Kantoinya Aku!

Salah sebuah cerpen yang ada di dalam antologi ini yang bertajuk Aarrgghhh, Kantoinya Aku! mengisahkan tentang Zaini yang diajukan beberapa soalan daripada anaknya yang sedang menyiapkan kerja sekolah. Anak Zaini mula bertanya sedikit mengenai pekerjaan ayahnya tanpa menyedari Zaini sudah terperangkap di dalam jerat yang dibuat oleh anaknya sendiri. Zaini tidak menyedari bahawa ketika ini, dia berada di rumah isteri pertama dan segala percakapannya asyik sahaja tersasul menyebut nama isteri dan anaknya sendiri. Malah Zaini juga terperangkap apabila anaknya bertanya mengenai gaji yang diperoleh iaitu sebanyak RM 1000 seperti yang diperkatakan oleh Pak Akob, majikan Zaini. Isterinya Tijah memberitahu bahawa gaji ayahnya cuma RM 500 sahaja. Zaini mempertahankan bahawa Pak Akob yang bermain-main dengan anaknya dan perkara itu tidak betul. Walau bagaimanapun, Zaini akhirnya terkantoi apabila anaknya memberitahu bahawa namanya bukan Anuar tetapi sebaliknya adalah Imran dan juga memberitahu bahawa ayah Anuar juga adalah pekerja tersayang Pak Akob. Isterinya Tijah yang menyedari bahawa dia sudah dimadukan hampir 10 tahun dengan pantas sahaja melayangkan penumbuk sulung kepada suaminya Zaini.