Anugerah Lawak Warna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Anugerah Lawak Warna
Anugerah Lawak Warna.png
Penghargaan Majlis penghargaan dan pengiktirafan tahunan hiburan lawak jenaka dan komedi Malaysia
Negara Malaysia
Disampaikan oleh Astro
Anugerah pertama 2013
Laman web rasmi http://www.astrogempak.com.my/anugerahlawakwarna

Anugerah Lawak Warna adalah majlis penganugerahan tahunan yang dikhaskan untuk mengiktiraf bakat pelawak atau pelakon komedi yang bergiat aktif dalam industri hiburan Malaysia. Ia dianjurkan oleh Astro melalui saluran Astro Warna. Ia mengiktiraf dan menghargai usaha dan pencapaian cemerlang individu dan pihak produksi yang terlibat dalam bidang komedi sama ada di televisyen mahupun di layar perak. Anugerah ini menggabungkan elemen kualiti dan populariti dalam pemilihan pemenang. Menerusi 20 kategori yang dipertandingkan, sebanyak 16 kategori bakal diadili menerusi sistem penjurian profesional manakala empat kategori berdasarkan pilihan peminat menerusi undian SMS.

Senarai Penganjuran[sunting | sunting sumber]

Tahun Tarikh Tempat Siaran Pengacara Tema
ALW 2013 16 Ogos 2013 Istana Budaya, Kuala Lumpur
9.00 Malam
Astro Warna AC Mizal
Neelofa
-
ALW 2014 19 September 2014 Auditorium MBSA, Shah Alam
9.00 Malam
AC Mizal
Nabila Huda
-
ALW 2015 21 Ogos 2015 Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang
9.00 Malam
AC Mizal
Sherry Alhadad
Zulin Aziz
Celebration