Pergi ke kandungan

Astro Warna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Astro Warna
Negara Malaysia
Kawasan penyiaran Malaysia
 Brunei
SloganDunia Tanpa Tekanan
Ingat Komedi, Ingat Astro Warna
(1 Jun 2009 - 10 Mei 2017)
Ibu pejabatKuala Lumpur Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Pengaturcaraan
BahasaMelayu
Format gambar16:9 HDTV (1080i)
Pemilikan
PemilikAstro Malaysia Holdings
Pertubuhan indukAstro
Saluran saudaraAstro Ria
Astro Prima
Astro Oasis
Astro Citra
Astro Rania
Astro Aura
Sejarah
DilancarkanMalaysia 1 Jun 2009; 16 tahun yang lalu (2009-06-01) (SD)
Malaysia 11 Mei 2017; 8 tahun yang lalu (2017-05-11) (HD)
DitutupMalaysia 11 April 2021; 4 tahun yang lalu (2021-04-11) (SD)
Brunei 31 Mac 2022; 3 tahun yang lalu (2022-03-31) (HD)
Malaysia 3 Disember 2024; 11 bulan yang lalu (2024-12-03) (HD)
Digantikan olehAstro Prima

Astro Warna ialah saluran televisyen satelit ke udara yang dimiliki oleh Astro dan dilancarkan pada 1 Jun 2009 bersama Astro Citra melalui pek "Mustika" (dibubarkan dan bergabung dengan Primary Pack pada November 2021). Astro Warna menyiarkan pengaturcaraan komedi dan variasi hiburan selama 24 jam yang mengabungkan drama-drama ringan, sitkom, bual bicara santai, permainan (game show) dan rancangan realiti tv yang berkaitan dengan komedi sahaja untuk semua peringkat umur.

Ia juga merupakan saluran pertama Astro yang disiar melalui StarHub TV, perkhidmatan TV kabel di Singapura oleh StarHub bersama Astro Sensasi. Setelah 15 tahun bersiaran, Astro mengesahkan bahawa Astro Warna rasmi ditamatkan pada 3 Disember 2024, jam 12:00 tengah malam. Sebelum ditamatkan, pada 20 November 2024 yang lalu, kandungan utamanya bersiaran secara berperingkat di Astro Prima sebelum kekal disiarkan di saluran itu.[1]

Kini, Astro Warna masih disiarkan sepenuhnya di Singapura sahaja melalui StarHub.

Astro Ria, Astro Prima, Astro Arena, Astro Warna, Astro Citra, Astro Ceria, Astro Rania, Astro Aura dan stesen radio dikawal oleh Astro yang mana siarannya berpusat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Perubahan nombor saluran

[sunting | sunting sumber]

Ini adalah perubahan nombor yang ada di Astro Warna:

Pada tanggal 1 Jun 2009, Astro Warna dapat boleh disaksikan melalui Astro di saluran 132.

Pada tanggal 11 Mei 2017, Astro Warna dapat boleh disaksikan melalui Astro akan menambahkan siaran kualiti HD di saluran 124.

Pada tanggal 1 April 2020, Astro Warna akan diubah nombor lagi menjadi saluran 107 untuk siaran format HD dan saluran 127 untuk siaran format SD.

Pada 12 April 2021, Astro Warna telah bersiaran menerusi saluran 107 (HD) dan saluran 127 (SD) telah rasmi ditamatkan.

Pada 3 Disember 2024, Astro Warna telah menamatkan siaran dan digantikan oleh Astro Prima, tetapi Astro Warna Singapura masih diteruskan di Starhub.

Astro Warna (Singapura)

[sunting | sunting sumber]
Astro Warna
Negara Singapura
Kawasan penyiaran Singapura
SloganDunia Tanpa Tekanan
Ingat Komedi, Ingat Astro Warna
(1 Januari 2015 - 11 Mei 2017)
Pengaturcaraan
BahasaMelayu
Format gambar16:9 HDTV (1080i)
Pemilikan
PemilikStarHub TV
Pertubuhan induk
Saluran saudaraAstro Sensasi
Sejarah
DilancarkanSingapura 1 Januari 2015; 10 tahun yang lalu (2015-01-01) (SD)
Singapura 11 Mei 2017; 8 tahun yang lalu (2017-05-11) (HD)
Ketersediaan
IPTV
Singapura StarHub TVSaluran 118 (HD)
Media penstriman
Singapura StarHub TVStarHub TV+

Rancangan

[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan rancangan dari Astro Warna adalah dari saluran asal atau kandungan arkib dari Astro Ria ataupun Astro Prima. Namun, setelah ditamatkan pada 3 Disember 2024 yang lalu, kebanyakan rancangannya yang lahir pada 2010-an hingga kini, dapat disiarkan ulang semula atau terbaharu melalui Astro Prima sepenuhnya dan salurannya di Singapura. Selain daripada itu, Muzikal Lawak Superstar (musim 5) telah rasmi dipindahkan sepenuhnya ke Astro Prima bermula 11 Oktober 2025 ia juga merupakan selepas setahun Muzikal Lawak Superstar (musim 4) kali terakhir bersiaran di saluran ini pada 17 November 2024 sebelum 17 hari saluran ini ditamatkan siarannya oleh pihak Astro pada 3 Disember 2024.[2]

Slot-slot di Astro Warna

[sunting | sunting sumber]

Astro Warna dahulunya disiarkan slot-slot sejak 2009 hingga 2017. Selepas Astro Warna dinaik taraf ke HD, slot itu telah rasmi penamat

Rancangan televisyen

[sunting | sunting sumber]

Skrin Komedia/Sitkom

[sunting | sunting sumber]

Hiburan/Realiti TV

[sunting | sunting sumber]

Game Show / Talk Show

[sunting | sunting sumber]

Antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Telefilem

[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]