Anugerah Merdeka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Anugerah Merdeka merupakan anugerah mengiktiraf sumbangan cemerlang individu dan organisasi yang hasil kerja dan pencapaiannya memberikan kesan cemerlang kepada Malaysia dan rakyatnya. Perdana Menteri Malaysia menjadi penaung anugerah ini dan melancarkannya pada 27 Ogos 2007 sempena Jubli Emas kemerdekaan Malaysia ke-50. Panel penilai yang dilantik akan menilai sumbangan individu dan organisasi dalam pelbagai kategori yang bermakna dan mendalam kepada rakyat dan negara Malaysia

Penerima sulung[sunting | sunting sumber]

Anugerah Merdeka ini pertama kali diadakan pada 24 November 2008 dan disampaikan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur, Malaysia.

Penerima sulungnya ialah:

  1. Professor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid (kategori Pendidikan dan Komuniti)
  2. Persatuan Pencinta Alam Malaysia (kategori Alam Sekitar)
  3. Pasukan Penyiasat Penyakit Nipah Encephalitis daripada Fakulti Perubatan Universiti Malaya dan Professor Datuk Dr Khalid Abdul Kadir (penerima bersama kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi)
  4. Datuk Leslie Davidson (kategori Sumbangan Ulung Kepada Rakyat Malaysia).

Hadiah wang tunai RM500,000, sebuah piala dan sijil daripada Perdana Menteri diberi kepada penerima setiap kategori. Anugerah ini mendapat kerjasama daripada Petronas, ExxonMobil dan Shell.[1]