Abdullah bin Ahmad Badawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Abdullah Ahmad Badawi)

Abdullah Ahmad Badawi

DK (I) (Johor); DK (Kelantan); DK (Pahang); DUK (Kedah); SMN; SPMS, DSSA (Selangor); SUMZ (Terengganu); DBSJ, SSSJ (Perlis); SPSA (Perak); SSAP (Pahang); SPNS (NS); DUPN, DGPN (PP); SPDK (Sabah); DUNM (Melaka); SUMW (WP); DP (Sarawak); DJN (Pulau Pinang); KMN, AMN
عبد الله احمد بداوي
Abdullah Badawi 2007.jpg
Mantan Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi
Memegang jawatan
4 April 2009
Pegawai KhasDatuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab (2020-)
Dato' Haji Jefridin Haji Atan (2009-2020)
Malaysia Perdana Menteri Malaysia ke-5
Digelar sebagai
Bapa Pembangunan Modal Insan
باڤ ڤمباڠونن مودل انسان
Dalam jawatan
31 Oktober 2003 – 3 April 2009
RajaFlag of the Supreme Head of Malaysia.svg PerlisTuanku Syed Sirajuddin (2001 - 2006)
Flag of the Supreme Head of Malaysia.svg TerengganuTuanku Mizan Zainal Abidin (2006 - 2011)
TimbalanBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (2004-2009)
Didahului olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Tun Dr. Mahathir Mohamad
Digantikan olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-8
Dalam jawatan
8 Januari 1999 – 31 Oktober 2003
RajaFlag of the Supreme Head of Malaysia.svg Negeri SembilanTuanku Ja'afar (1994 - 1999)
Flag of the Supreme Head of Malaysia.svg SelangorSultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (1999 - 2001)
Flag of the Supreme Head of Malaysia.svg PerlisTuanku Syed Sirajuddin (2001 - 2006)
Perdana MenteriBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Tun Dr. Mahathir Mohamad
Didahului olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Datuk Seri Anwar Ibrahim
Digantikan olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Menteri Kewangan
Dalam jawatan
1 November 2003 – 23 September 2008
Didahului olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Tun Dr. Mahathir Mohamad
Digantikan olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kepala Batas, Pulau Pinang
Dalam jawatan
1978–2013
Didahului olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Mohamed Sopiee Sheikh Ibrahim
Digantikan olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Reezal Merican Naina Merican
Setiausaha Agung NAM
Dalam jawatan
31 Oktober 2003 – 15 September 2006
Didahului olehMalaysia Mahathir Mohamad
Digantikan olehCuba Fidel Castro
Pegawai Daerah Barat Daya
Dalam jawatan
28 Mei 1983 – 20 Disember 1988
Didahului olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Shekih Hamid
Digantikan olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Mohd Baharuddin Bahrain
Butiran peribadi
LahirAbdullah bin Ahmad Badawi
(1939-11-26) 26 November 1939 (umur 83)
Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang, Negeri-negeri Selat (kini Malaysia)
Parti politikKapalayar.jpg UMNO (Malaysia).svg


Barisan Nasional.png Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
Logo Perikatan Nasional.svg UMNO (Malaysia).svg

Perikatan Nasional
PasanganTun Endon Mahmood Ambak (k. 1965; m. 2005)
Tun Jeanne Abdullah (k. 2007)
Anak-anakKamaluddin Abdullah
Nori Abdullah
IbuDatuk Kailan Haji Hassan Kwantung
BapaHaji Ahmad Badawi Sheikh Abdullah Fahim
Saudara
  • Ibrahim Ahmad Badawi (Adik)
  • Mohd Tahir Ahmad Badawi (Adik)
  • Aminah Ahmad Badawi (Adik)
HubunganKhairy Jamaluddin (Menantu)
KediamanBait Badawi, Kampung Sungai Penchala
PendidikanIjazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Islam
Alma materUniversiti Malaya
PekerjaanMenteri
ProfesionAhli Politik

Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (Jawi: عبد الله بن احمد بداوي; lahir 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan bekas Presiden UMNO ke-6, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia, 1 September 2009, beliau dilantik menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).[1]

Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong 'Team B' dalam Majlis Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi sehingga 1991. Anwar Ibrahim, yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri, dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998. Pada tahun 1999 Abdullah dilantik sebagai Timbalan kepada Tun Dr. Mahathir, dan pada tahun 2003, Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan dalam keluarga yang warak di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang, beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Abdullah memulakan kerjayanya sebagai guru. Beliau pada mulanya ingin belajar Ekonomi di Universiti, namun setelah gagal dalam kertas Statistik, beliau tidak dibenarkan melanjutkan kursus kepujian dalam bidang ekonomi dan memilih untuk belajar Pengajian Islam.[2] Selepas menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya pada tahun 1964, beliau menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha dalam kementerian yang sama pada tahun 1974.[3][4][5][6][7]

Abdullah berkahwin dengan Allahyarhamah Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood pada tahun 1965 dan dikurniakan dua orang cahayamata dan empat cucu. Pada 20 Oktober 2005, Endon meninggal dunia selepas bergelut dengan penyakit barah payu dara sejak 2003.[8]

Dalam tempoh kurang daripada 2 tahun menduda, beliau berkahwin dengan Jeanne Abdullah dan melangsungkan akad nikah pada 9 Jun 2007.

Beliau dikatakan mementingkan menikmati makan malam bersama keluarga dan gemar makanan Jepun. Sebagai seseorang yang dibesarkan di Pulau Pinang, beliau amat gemar mencuba pelbagai jenis makanan.

Setiap hari, selepas sembahyang Maghrib, beliau akan mengaji Al-Quran. Adalah menjadi kebiasaan beliau menulis nota dalam Jawi. Karangan Shakespeare kegemaran beliau ialah Julius Caesar. Selain dari keluarga sendiri, tokoh yang banyak mempengaruhinya, yang beliau anggap sebagai mentor ialah Tun Abdul Razak.

Abdullah Ahmad Badawi sendiri pernah menulis sebuah Puisi "Ku Cari Damai Abadi" yang mendapat sambutan baik daripada para sasterawan Malaysia dan diterjemahkan ke lebih daripada 80 bahasa dunia (projek Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya yang dipimpin oleh Prof. Madya Dr. Victor Pogadaev). Dinsman dalam prakata kepada buku terjemahan puisi itu menulis: '... Puisi itu pun sebuah puisi yang baik mutunya. Dalam hanya beberapa untaian kata, dengan ungkapan-ungkapan yang bernas, ia berhasil menyampaikan mesej dan makna yang besar, mendalam, luas lagi suci.'[9]

Kulit Buku 'Ku Cari Damai Abadi'

Antara peristiwa dunia yang meninggalkan kesan yang mendalam pada diri beliau ialah peristiwa 9/11, yang telah mendorong beliau untuk memperjuangkan fahaman Islam yang sederhana. Beliau juga adalah pencetus Islam Hadhari.[10]

Beliau juga sangat berminat dengan kereta. Malangnya beliau tidak banyak berpeluang memandu kereta sendiri atas sebab-sebab keselamatan. Untuk menghilangkan lelah bekerja, beliau mungkin bermain golf, melakukan senaman atau meluangkan masa bersama cucu-cucunya. Abdullah juga gemarkan pertunjukan muzikal – My Fair Lady antara yang paling diminatinya – serta seniman klasik seperti Nat King Cole. Beliau juga mempunyai alat iPod Nano. Beliau menghargai hasil seni Malaysia, dan merupakan seorang pengumpul seni ukiran kayu, serta anyaman rotan.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Menyertai UMNO[sunting | sunting sumber]

Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Pada tahun 1978, beliau meletakkan jawatan untuk menjadi ahli parlimen Kepala Batas di Seberang Perai Utara (kawasan parlimen yang pernah diwakili oleh allahyarham ayahandanya) sehingga kini. Sejak 1981, Abdullah adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 - 2003.

Pada awal tempoh khidmat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, satu pertikaian yang pahit terletus dalam UMNO dan membahagikan parti menjadi dua kem. Kumpulan yang menyokong Dr Mahathir digelar 'Team A' atau dikenali sebagai Team Wawasan, manakala kumpulan yang menyokong bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Musa Hitam digelar 'Team B'. Kemenangan Mahathir menyebabkan Tengku Razaleigh Hamzah dihalang daripada menyertai UMNO (Baru) yang baru ditubuh. Oleh sebab Abdullah seorang penyokong kuat kepada Musa Hitam, mentor politiknya, beliau dipecat sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet.

Abdullah dikembalikan jawatannya dalam kabinet pada 1991 dan diberikan jawatan Menteri Luar Negeri. Sehingga 1987, beliau pernah menjawat jawatan:

  • Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80)
  • Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81)
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84)
  • Menteri Pelajaran (1984-86)
  • Menteri Pertahanan (1986-87)
  • Menteri Luar Negeri (15 Mac 1991 - Januari 1999).

Sebagai Timbalan Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]

Kerjaya politiknya kembali sempurna dengan perlantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri pada Januari 1999, selepas pemecatan Anwar Ibrahim. Sebagai Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri, Abdullah membatalkan pengharaman Kitab Iban.

Seterusnya, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999, sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003. Selain itu, Abdullah juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Sebagai Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]

Abdullah Ahmad Badawi dengan George W. Bush

Sejak menjadi perdana menteri, Abdullah telah berjanji mengetatkan kawalan rasuah dengan memberikan lebih kuasa kepada agensi-agensi pencegah rasuah serta memudahkan rakyat untuk mendedahkan amalan rasuah kepada pihak berkuasa. Beliau juga membuat tuduhan rasuah ke atas beberapa tokoh masyarakat dari zaman Mahathir, satu tindakan yang dipuji oleh orang ramai.

Abdullah juga mengemukakan Islam Hadhari, satu tafsiran Islam yang mengatakan bahawa perkembangan ekonomi dan teknologi adalah secocok dengan ajaran Islam. Selain itu, pentadbirannya menumpukan pemulihan sektor pertanian Malaysia. Pada 10 September 2004, Abdullah, sebagai Menteri Kewangan, mengemukakan belanjawan sulungnya yang dianggap oleh orang ramai sebagai berorientasi pengukuhan dan penyelenggaraan berbanding dasar pertumbuhan yang ditekankan oleh Dr Mahathir. Abdullah juga terkenal kerana menekankan keselamatan dalam negeri, selepas menyaksikan pertumbuhan amalan rasuah seperti penyogokan dalam pasukan polis.

Dikenali dalam lingkungan orang Melayu di Malaysia sebagai Pak Lah (singkatan untuk "Pak Cik Abdullah"), kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa Abdullah harus tidak dirujuk dengan nama panggilannya dalam dokumen rasmi serta dalam surat khabar; bagaimanapun, nama panggilan tersebut masih boleh digunakan secara tidak rasmi. Sebenarnya, Abdullah sering menggunakan nama panggilan itu untuk merujuk kepada diri sendiri dalam perhimpunan awam. Sejak menjadi Perdana Menteri, Abdullah telah menjawat jawatan pengerusi untuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Bermula dari 2005, beliau juga menjadi pengerusi untuk ASEAN.

Pasca Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]

Abdullah bersama Jemaah Menteri 2006.

Selepas melepaskan jawatan perdana menteri dan presiden UMNO, beliau berehat sebentar di luar negara dan pada 1 September 2009, beliau dilantik menjadi pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Sebagai Pengerusi Barisan Nasional[sunting | sunting sumber]

Apabila Tun Dr. Mahathir berundur dari arena politik, beliau telah menggantikan beliau sebagai pucuk pimpinan parti pemerintah, Barisan Nasional.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 yang merupakan pilihan raya sulung Abdullah sejak menjadi Perdana Menteri, beliau mencapai kemenangan besar untuk Barisan Nasional, parti campurannya, dengan pencapaian 198 daripada 220 kerusi di Parlimen. Di Terengganu, partinya menewaskan PAS yang merupakan kerajaan negeri itu serta hampir-hampir menawan kubu PAS di Kelantan. Kemenangan ini dianggap secara meluas sebagai tanda berkenan kepada visi Islam yang sederhana berbanding fundamentalisme agama serta sokongan kepada dasar-dasar pencegah rasuahnya.Pada September 2004, sewaktu dilepaskan dari penjara, bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang telah dikurung oleh bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir, memuji Abdullah di khalayak ramai kerana tidak campur tangan sewaktu mahkamah mengubah keputusan tentang sabitan liwatnya.

Selepas kecemerlangan besar dalam penggal pertama beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia apabila menyapu banyak kerusi pada Pilihanraya Umum Malaysia 2004, beliau menerima tamparan dan ujian hebat apabila Barisan Nasional yang diketuainya pada Pilihan raya umum Malaysia 2008 telah gagal mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan kehilangan kuasa pemerintahan di 4 buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, dan Perak kepada parti pembangkang serta sekali lagi gagal merampas balik kuasa di Kelantan dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008. Oleh ini, bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Abdullah harus mempertimbangkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah kegagalan besar Barisan Nasional dalam pilihanraya tersebut.[11]

Melepaskan jawatan Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]

Abdullah tidak menawarkan diri untuk menjadi calon Presiden pada pemilihan Agung UMNO pada 2009. Ini kerana beliau ingin menyerahkan jawatan tersebut kepada pengganti beliau sebagai Presiden UMNO sekaligus sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6.

Modal Insan sentiasa mendapat tempat di hati Tun Abdullah Ahmad Badawi sepanjang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Ini kerana beliau percaya modal insan merupakan aset terpenting untuk memacu negara ke hadapan. Selain itu pemahaman Islam Hadhari juga menyumbangkan kepada pembangunan modal insan ini. Itulah legasi Abdullah kepada Malaysia selepas mengundurkan diri sebagai pemimpin No. 1 negara. Oleh itu, beliau telah dikenali sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Setelah gerakan untuk menuduh orang-orang kenamaan seperti Eric Chia dan Isa Abdul Samad dengan rasuah, usaha pentadbiran Abdullah untuk membanteras rasuah dikatakan menjadi kurang jelas. Masih dibahaskan sama ada Abdullah masih terus melawan rasuah secara diam-diam ataupun dia telah sengaja melambatkan usaha dalam menghapuskan rasuah.

Walaupun Abdullah mengatakan bahawa beliau mengalu-alukan pandangan atau kritikan yang membantu memperbaiki pentadbirannya, beliau telah memberi amaran kepada Mukhriz Mahathir yang mengkritik dasar ekonominya pada Mesyuarat Agong UMNO 2006.[12] Kerajaannya juga cuba mengawal sumber-sumber "bawah tanah" seperti laman web, forum dan blog, menganggap mereka yang menyebarkan maklumat secara maya sebagai "tidak punya kredibiliti".[13] Di bawah Bill of Guarantee MSC, kebebasan Internet dijamin oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu sebarang usaha untuk menyekat kebebasan bersuara di Internet dilihat sebagai usaha sia-sia.

Kebebasan media[sunting | sunting sumber]

Abdullah juga sering dikritik oleh penulis blog Malaysia dan media luar negara kerana sentiasa mendiamkan diri dengan kritikan terhadapnya. Dia telah bersumpah untuk bertindak keras ke atas penunjuk-penunjuk perasaan yang pro-demokrasi dan memberi sokongannya kepada polis untuk menghapuskan pertunjukan perasaan dan menangkap peserta dalam pertunjukan perasaan.[14] Ini telah diikuti oleh suatu siri larangan media berkenaan beberapa perhimpunan pro-demokrasi bersifat aman seperti Perhimpunan Bersih 2007 yang diadakan pada 10 November 2007. Media tempatan yang dikawal oleh kerajaan Malaysia tidak menyiarkan hal itu (dengan penuh) sedangkan ia telah diperihalkan oleh media luar negara seperti Al-Jazeera, Reuters, BBC dan CNN. Abdullah kemudian menyatakan bahawa dia pantang dicabar.[15]

Pembubaran Parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008[sunting | sunting sumber]

Abdullah Ahmad Badawi sekali lagi dikritik mengamalkan tabiat menipu oleh ahli-ahli politik pembangkang, setelah beliau mengumumkan pembubaran Parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008.[16] Ini kerana beliau telah berjanji pada 12 Februari 2008 bahawa pembubaran Parlimen tidak akan berlaku pada hari keesokan.[17]

Walau bagaimanapun, ketika ditanya wartawan mengapa Parlimen dibubarkan pada 13 Februari sedangkan beliau pada hari sebelumnya menafikan akan membubarkan Parlimen, Abdullah Badawi mengatakan beliau tidak boleh memberi sebarang bayangan mengenai pembubaran parlimen.[18]

Fakta bercelaru tentang daya saing Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Januari 2008, Abdullah Badawi mendakwa bahawa Malaysia di tangga kelapan dunia dalam konteks daya saing negara berdasarkan Laporan Daya Saing Dunia 2007 (World Competitiveness Yearbook 2007). Dakwaan itu hanya betul di kalangan kategori negara-negara yang mempunyai populasi 20 juta penduduk ke-atas, manakala keseluruhannya Malaysia hanya menduduki tempat ke-23 di dalam dunia.[19]

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim mengatakan bahawa Abdullah Badawi sengaja memutarbelitkan hakikat dan keputusan Abdullah untuk mengeluarkan fakta yang bercelaru ini adalah usaha yang sangat lemah untuk menyembunyikan fakta bahawa asas-asas ekonomi Malaysia telah gagal bergerak di bawah pemerintahannya. Menurut Anwar, daya saing Malaysia semakin merosot dan dalam keadaan di mana ekonomi Malaysia dulunya setaraf dengan Singapura dan Hong Kong, Malaysia sekarang di kedudukan ke-23 di seluruh dunia, manakala Singapura di kedudukan kedua dan Hong Kong ketiga.

Anwar berpendapat bahawa Malaysia memerlukan kepimpinan yang lebih berwibawa sekiranya Malaysia ingin memperkasakan ekonominya sebagai gagasan ekonomi bertaraf global.[20]

Usul undi tidak percaya[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Julai 2008, ketua pembangkang Wan Azizah Wan Ismail mengetuai 14 Anggota Parlimen dari PKR, PAS dan DAP mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2). Usul itu "Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan tidak percaya terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia dan jemaah menteri beliau dalam menjalankan urus tadbir negara disebabkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan." Bagaimanapun usul itu ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia dengan alasan peraturan 18(7).[21] SAPP pimpinan Yong Teck Lee bertindak keluar dari Barisan Nasional kerana tidak lagi mempercayai Abdullah. UPKO juga hendak mengikut jejak SAPP tetapi membatalkan hasrat itu.[22]

Serah 'blok minyak RM320b' kepada Brunei[sunting | sunting sumber]

Pada 30 April 2010, bekas perdana menteri Mahathir Mohamad mendakwa penggantinya, Abdullah Badawi telah menyerahkan kepada Brunei dua blok pengeluaran minyak luar pantai, Blok L dan Blok M yang kaya dengan minyak sebelum bersara awal pada 2008 seperti yang dilaporkan oleh The Edge Financial Daily (22 April) dan Brunei Times sebagai pertukaran dengan daerah Limbang, Sarawak.[23] Ia 'dinafikan' oleh beliau yang berkata bahawa sumber di 'blok L dan M' di Laut China Selatan yang dirujuk oleh Dr Mahathir, kini dikongsi bersama oleh Malaysia dan Brunei di bawah perjanjian wilayah dan komersil yang ditandatangani pada 16 Mac 2009 untuk tempoh 40 tahun, bertujuan untuk menyelesaikan isu sempadan antara kedua negara.[24]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Nama Anugerah Daripada
2010 MY-FED Darjah Mahkota Wilayah - Grand Knight - SUMW.svg Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) - Datuk Seri Utama Wilayah Persekutuan
2009 MY Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara (Defender of the Realm) - SMN.svg Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) - Tun Persekutuan
2007 Bintang Republik Indonesia Adipradana rib.svg Bintang Republik Indonesia Adi Pradana Indonesia
2006 MY-KEL Royal Family Order - Star of Yunus - DK.svg Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) Kelantan
2005 MY-TER Order of Sultan Mizan Zainal Abidin of Terengganu - Supreme class - SUMZ.svg Darjah Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.U.M.Z.) Terengganu
2004 Ijazah Doktor Persuratan (Honoris Causa) Universiti Jamia Millia Islamia, New Delhi, India
2004 Ribbon jose marti.png Pingat Jose Marti (Jose Marti Order) Cuba
2004 MY-MAL Exalted Order of Malacca.svg Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M.) - Datuk Seri Utama Melaka
2004 Most Esteemed Royal Family Order of Johor - ribbon bar.svg Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K.I) Johor
2003 MY-SAR Order of the Star of the Hornbill (Bintang Kenyalang) - 1. Knight Grand Commander (DP).svg Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P.) - Datuk Patinggi Sarawak
2003 MY-PERA Perak Family Order of Sultan Azlan Shah - SPSA.svg Darjah Paduka Sultan Azlan Shah (S.P.S.A.) - Dato' Seri Diraja Perak
2001 Fellowship Kehormat Institute of Engineers Malaysia
2001 MY-PERL Order of the Gallant Prince Syed Sirajuddin Jamalullail - Knight Grand Companion - SSSJ.svg Darjah Seri Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (S.S.S.J.) - Dato' Seri Diraja Perlis
2000 MY-NEG Order of Loyalty to Negeri Sembilan.svg Darjah Seri Paduka Negeri Sembilan (S.P.N.S.) - Dato’ Seri Utama Negeri Sembilan
2000 MY-SEL Order of the Crown of Selangor - Knight Grand Commander - SPMS.svg Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) - Dato' Seri Selangor
1999 Fellowship Kehormat London Chartered Institute of Marketing
1999 MY-PAH Order of Sultan Ahmad Shah of Pahang - Grand Knight - SSAP.svg Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.) - Dato' Sri Pahang
1999 MY-SAB Order of Kinabalu - SPDK.svg Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) - Datuk Seri Panglima Sabah
1997 Орден дружбы КНДР.png First Class Order of Friendship Of DPRK Republik Rakyat Demokratik Korea (Korea Utara)
1997 MY-PEN Order of the Defender of State - Commander - DGPN.svg Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N.) - Dato’ Seri Pulau Pinang
1994 Order of the White Elephant - 1st Class (Thailand) ribbon.svg A Knight Grand Cross, First Class Of The Most Exalted Order Of The White Elephant Thailand
1994 CHL Order of Merit of Chile - Grand Cross BAR.svg Grand Cross of The Order of Merit Chile
1992 MY-SEL Order of Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah - Knight Companion - DSSA.svg Darjah Kebesaran Dato' Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A.) - Dato' Selangor
1992 Order of Diplomatic Service Merit (Class 1) Grand Gwanghwa Medal ribbon.gif Anugerah "Gwang Hwa Chang" dari Republik Korea Republik Korea (Korea Selatan)
1991 Ribbon Order of the Sacred Treasure.png Grand Cordon Of The Order Of The Sacred Treasure Jepun
1987 Kedoktoran Kehormat oleh Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat Amerika Syarikat
1983 Order of Diplomatic Service Merit (Class 2) Gwanghwa Medal ribbon.gif Diplomatic Service Merit, The Gwangha Medal oleh Presiden Republik Korea, Chun Doo Hwan Republik Korea (Korea Selatan)
1981 MY-PEN Order of the Defender of State - Companion - DMPN.svg Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (D.M.P.N.) - Dato’ Pulau Pinang
1979 MY-PEN Order of the Defender of State - Member - DJN.svg Darjah Johan Negeri (D.J.N.) Pulau Pinang
1974 Kesatria Mangku Negara.png Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) Persekutuan
1971 MY Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara (Defender of the Realm) - SMN.svg Ahli Mangku Negara (A.M.N) Persekutuan

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia[25][26]
Tahun Perlembagaan Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1978 Kepala Batas Abdullah Ahmad Badawi (UMNO) 12,645 62.41% Musa Mohd. Yatim (PAS) 7,616 37.59% 5,029 Tidak diketahui
1982 Abdullah Ahmad Badawi (UMNO) 16,759 68.51% Mohamad Sabu (PAS) 4,115 16.82% 25,277 12,644 80.29%
Khoo Siew Hoe (DAP) 3,589 14.67%
1986 Abdullah Ahmad Badawi (UMNO) 15,463 69.33% Ahmad Hasan Salahuddin (PAS) 6,841 30.67% 22,900 8,622 75.81%
1990 Abdullah Ahmad Badawi (UMNO) 17,025 70.35% Ahmad Awang (S46) 7,174 29.65% 24,931 9,851 80.25%
1995 Abdullah Ahmad Badawi (UMNO) 22,521 82.77% Naser Mohd Radzi (S46) 4,687 17.23% 28,301 17,834 78.39%
1999 Abdullah Ahmad Badawi (UMNO) 19,985 69.40% Abd Khalid Rasid (PAS) 8,810 30.60% 29,413 11,175 81.22%
2004 Abdullah Ahmad Badawi (UMNO) 25,403 77.72% Abd Khalid Rasid (PAS) 7,281 22.28% 33,356 18,122 84.19%
2008 Abdullah Ahmad Badawi (UMNO) 23,445 65.78% Subri Md Arshad (PAS) 12,199 34.22% 36,328 11,246 84.45%

Garis masa[sunting | sunting sumber]

Garis masa sebagai Ahli Parlimen[sunting | sunting sumber]

Garis masa sebagai Ahli Parlimen yang telah berkhidmat selama lebih daripada 30 tahun

Rohani Abdul KarimRohani Abdul KarimDouglas Uggah EmbasTan Kok WaiTan Kok WaiJoseph Pairin KitinganJoseph Pairin KitinganJoseph Pairin KitinganTan Seng GiawLeo Michael ToyadTan Seng GiawMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinRafidah AzizKarpal SinghKarpal SinghAbdul Kadir Sheikh FadzirAbdullah Ahmad BadawiNajib RazakNajib RazakRais YatimRais YatimSamy VelluLeo MoggieLeo MoggieSulaiman DaudLing Liong SikRazaleigh HamzahRazaleigh HamzahRazaleigh HamzahLim Kit SiangLim Kit SiangLim Kit SiangAbdul Taib MahmudAbdul Taib MahmudGhafar BabaGhafar BabaMahathir MohamadMahathir MohamadMahathir MohamadMahathir MohamadMahathir Mohamad

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ ""Pak Lah dilantik Pengerusi IKIM", Utusan Online. 29 Ogos 2009". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-03. Dicapai pada 2009-09-02.
  2. ^ http://www.pmo.gov.my/WebNotesApp/PMMain.nsf/hv_PMKiniSemasaNew/D63C3C4E562A452548256EB000304EB7
  3. ^ Backman, Michael. Asia Future Shock: Business Crisis and Opportunity in the Coming Years, Palgrave Macmillan, 2008, ISBN 978-0-230-00677-5, p. 133.
  4. ^ PM meets relatives from China, The Star Online, 22 Disember 2003.
  5. ^ "UMNO man and that 'immigrants' remark suspended"[pautan mati kekal].
  6. ^ http://radaris.asia/p/Su/Chiang/
  7. ^ "Chinese/Native intermarriage in Austronesian Asia".
  8. ^ "Tun Abdullah Ahmad Badawi: Full Biography". Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mac 2012. Dicapai pada 26 Julai 2012.
  9. ^ Abdullah Ahmad Badawi. Ku Cari Damai Abadi. I Seek Eternal Peace. In 80 Languages. Advisor Dato' Dr. Haji Ahmad Kamal Abdullah. Editor Assoc. Professor Dr. Victor Pogadaev. Kuala Lumpur: Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2008, p. XV
  10. ^ [1]
  11. ^ [2]
  12. ^ Mukhriz dikecam gara-gara kritik ucapan Pak Lah Diarkibkan 2008-02-25 di Wayback Machine, mStar on-line.
  13. ^ Nihaz Mohd Yusoff (8 Disember 2007). "Media Perdana VS Media Maya". MYKMU NET. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-29. Dicapai pada 2008-02-10.
  14. ^ [3]
  15. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-22. Dicapai pada 2021-09-22.
  16. ^ [4][pautan mati kekal] [sumber tak boleh dipercayai?]
  17. ^ [5]
  18. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-13. Dicapai pada 2008-02-27.
  19. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2007-06-14. Dicapai pada 2007-06-14.
  20. ^ [6] Diarkibkan 2008-03-05 di Wayback Machine [sumber tak boleh dipercayai?]
  21. ^ Usul Undi Tak Percaya Terhadap PM Ditolak, Anggota Pembangkang Bertindak Keluar Dewan
  22. ^ "UPKO akan kaji semula sokongan kepada SAPP". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-12. Dicapai pada 2009-11-08.
  23. ^ "Dr M: Pak Lah serah 'blok minyak RM320b' pada Brunei", Malaysiakini.com. 30 April 2010.
  24. ^ "Ini penjelasan Pak Lah...", Malaysiakini.com. 30 April 2010.
  25. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". SPR. Dicapai pada 4 February 2017. Angka peratusan berdasarkan jumlah pemilih.
  26. ^ "Pilihanraya Umum Malaysia". Data Pilihanraya Umum Malaysia undiinfo. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Keputusan hanya boleh didapati di pilihan raya umum 2004.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Perdana Menteri Malaysia
1 November 20032 April 2009
Penyandang Kemudian
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Razak
Penyandang Terdahulu Presiden UMNO
30 Oktober 200328 Mac 2009
Penyandang Kemudian
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Razak
Penyandang Terdahulu Timbalan Perdana Menteri Malaysia
8 Januari 199931 Oktober 2003
Penyandang Kemudian
Dato' Seri Anwar Ibrahim Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Razak
Penyandang Terdahulu Menteri Kewangan Malaysia
1 November 2003 – [[]] 2008
Penyandang Kemudian
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Razak
Penyandang Terdahulu Menteri Pertahanan Malaysia
[[]] 2008 – 2009
Penyandang Kemudian
Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Razak Dato' Seri Dr. Zahid bin Hamidi
Penyandang Terdahulu Menteri Keselamatan Negara Malaysia
[[]] 20048 Mac 2008
Penyandang Kemudian
jawatan dicipta jawatan dimansuhkan
Penyandang Terdahulu Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri Malaysia
[[]] [[]] – 21 Mac 2004
Penyandang Kemudian
[[]] jawatan dimansuhkan