Arashi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Arashi
Latar belakang
Nama asalあらし
Berasal dariJepun Tokyo, Jepun
GenrePop,[1] rock, R&B,[2] hip hop
Tahun aktif1999 (1999)–kini
Syarikat rakaman
Pony Canyon (1999-2001)
J Storm (2001-kini)
Laman sesawang
johnnys-net.jp
AhliSatoshi Ohno
Sho Sakurai
Masaki Aiba
Kazunari Ninomiya
Jun Matsumoto

Arashi (Jepun: , makna harfiah: Ribut) merupakan sebuah kumpulan muzik lelaki yang berasal dari negara Jepun. Kumpulan muzik ini pada asalnya berada dibawah naungan syarikat Pony Canyon serta telah melancarkan satu album studio dan enam buah single sejak tahun kemunculan sulung pada 1999. Mereka kemudiannya berpindah ke subsidiari Johnny & Associates, J Storm pada tahun 2001.[2] Walaupun single penampilan sulung mereka, A·RA·SHI berjaya menduduki tangga teratas carta mingguan Oricon dengan jualan melebihi setengah juta salinan, kumpulan muzik ini menghadapi kemerosotan jualan pada keluaran seterusnya.

Dengan pelancaran single kelapan belas iaitu, "Love So Sweet" (Cinta Sangat Manis), Arashi mula meraih kejayaan apabila lagu tersebut dijadikan sebagai lagu tema pembukaan drama Hana Yori Dango 2 (Jejaka Bunga 2),[3] menjadikannya salah satu daripada lima single terlaris di Jepun pada tahun 2007. Untuk dua tahun berikutnya, Arashi meraih beberapa pencapaian dan rekod kerana mereka menjadi artis pertama yang berjaya meletakkan dua keluaran mereka berada di tangga teratas untuk carta tahunan Oricon selama dua tahun berturut-turut dengan single "Truth/Kaze no Mukō e" (Kebenaran/Melepasi Sisi Angin) dan "One Love" (Satu Cinta) pada tahun 2008 serta "Believe/Kumorinochi, Kaisei" (Percaya/Mendung ke Cuaca Cerah) dan "Ashita no Kioku/Crazy Moon ~Kimi wa Muteki~" (Kenangan Hari Esok/Bulan Gila ~Kau Yang Tak Terkalahkan~) pada tahun 2009.[4] Mereka juga secara serentak berada di kedudukan teratas untuk carta single Oricon 2009, carta tahunan DVD muzik dan album serta menjadi artis ketiga dalam sejarah Oricon untuk memonopoli tiga single terlaris tahun ini.[5][6] Pada 2010, kesemua enam single Arashi menduduki sepuluh teratas dalam carta single tahunan Oricon dan album studio mereka yang berjudul Boku no Miteiru Fūkei menjadi album terlaris tahun ini di Jepun.

Ahli[sunting | sunting sumber]

Nama ahli Pengenalan ringkas
Satoshi Ohno
  • Nama : Ohno Satoshi (大野智, おおのさとし)
  • Tarikh lahir : (1980-11-26) 26 November 1980 (umur 43)
  • Tempat lahir : Jepun Tokyo
Masaki Aiba
  • Nama : Aiba Masaki (相葉雅紀, あいばまさき)
  • Tarikh lahir : (1982-12-24) 24 Disember 1982 (umur 41)
  • Tempat lahir : Jepun Chiba
Sho Sakurai
  • Nama : Sakurai Sho (櫻井翔, さくらいしょう)
  • Tarikh lahir : (1982-01-25) 25 Januari 1982 (umur 42)
  • Tempat lahir : Jepun Tokyo
Kazunari Ninomiya
  • Nama : Ninomiya Kazunari (二宮和也, にのみや かずなり)
  • Tarikh lahir : (1983-06-17) 17 Jun 1983 (umur 40)[7]
  • Tempat lahir : Jepun Tokyo
Jun Matsumoto
  • Nama : Matsumoto Jun (松本潤, まつもとじゅん)
  • Tarikh lahir : (1983-08-30) 30 Ogos 1983 (umur 40)
  • Tempat lahir : Jepun Tokyo

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Album terbaik[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Japanese teen pop Top Artists" (dalam bahasa Inggeris). last.fm. Dicapai pada 26 Disember 2012.
  2. ^ a b "Biografi Arashi" (dalam bahasa Inggeris). AllMusic. Dicapai pada 17 Mei 2009.
  3. ^ "Hana Yori Dango 2 ratings". Artv. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-01. Dicapai pada 5 Februari 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "(年間ランキング) 嵐、19年ぶりのシングル1位、2位独占" (dalam bahasa Jepun). Oricon. 11 Disember 2008. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  5. ^ "Arashi sweeps 2009 sales rankings". Tokyograph. 18 Disember 2009. Dicapai pada 18 Disember 2009.
  6. ^ "嵐、史上初の"CD、DVD4 冠"達成~シングルTOP3独占は光GENJI以来21年ぶり" (dalam bahasa Jepun). Oricon. 18 Disember 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-19. Dicapai pada 18 Disember 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  7. ^ "Kazunari Ninomiya - IMDb" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Februari 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]