Pergi ke kandungan

Muzik rock

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Rock)
Konsert muzik rock di Johor, Malaysia

Rock ialah sejenis muzik popular yang menonjolkan nyanyian (sering dengan keharmonian vokal), gitar elektrik, gitar bes, serta rentak genap yang kuat. Alat muzik yang lain, seperti keyboard (organ, piano, pensintesis, dan hon (saksofon, trompet, trombon) biasa juga digunakan dalam sesetengah gaya, tetapi hon tidak lagi digunakan dalam subgenre muzik rock yang lebih baru sejak 1990-an. Bilangan genre rock adalah banyak, dan sempadannya ditakrifkan secara kurang tepat, dengan genre-genre yang tidak begitu berkaitan, seperti muzik soul, kekadang juga dimasukkan.

Satu pengaruh pembentukan rock yang utama ialah rock 'n' roll, sehingga kedua-dua istilah kekadang digunakan dengan saling boleh tukar. Pada awal 1960-an ketika rock 'n' roll tidak menjadi fesyen lagi, permulaan rock British telah menyebabkan desakan untuk menggunakan istilah muzik rock. Dengan "Penaklukan British" itu, gaya muzik yang dicergaskan semula ini tersebar kembali ke Amerika Syarikat, dan menjadi fenomena kebudayaaan antarabangsa yang berpanjangan dengan kesan sosial kepada dunia. Tuntutan-tuntutan yang bersaingan telah menghargai muzik ini kerana menamatkan perang-perang dan menyebabkan keamanan dan toleransi, tetapi ada juga yang mendakwa bahawa muzik rock tidak berakhlak dan merosakkan moral, termasuk juga persetubuhan secara rambang. Rock kini telah menjadi popular di kebanyakan negara di seluruh dunia, dan telah berkembang dengan banyak gaya yang amat berbeza.

Asal[sunting | sunting sumber]

Rock and Roll dalam berbagai-bagai samaran datangnya daripada penggabungan pelbagai budaya muzik, dan pengaruhnya pula memulangkan kesan kepada budaya-budaya itu dalam proses saling meminjam, mempengaruh, serta menukarkan gagasan baru yang terus memperkembangkan muzik rock. Rock and Roll ialah muzik gabungan dua benua iaitu Eropah dan Afrika yang bertemu dan bercampur di benua Amerika bermula pada sekitar abad ke 19. Muzik oran-orang kulit putih dari Eropah seperti country dan folk bercampur dengan muzik orang-orang Afrika Amerika seperti blues gospel dan soul menjadi muzik generasi baru dan terkenal keseluruh dunia pada tahun 1950an.

Pempelbagaian Rock 'n' Roll[sunting | sunting sumber]

Rock 'n' Roll mencapai kejayaan yang cemerlang di Amerika Syarikat dan dengan cepatnya membawa muzik yang dipengaruhi oleh rhythm and blues kepada peminat-peminat antarabangsa. Bagaimanapun, kejayaan muzik rock ini telah mengakibatkan pengeceran ketika penganjur-penganjur menggunakan label ini untuk pop komersil yang lain, dan bintang-bintang asal seperti Elvis Presley dialihkan ke balada untuk memeliharakan gagasan pop yang lalu. Keterangsangan dan dorongan muzik tidak terlupa tetapi sebaliknya, terdapat pempelbagaian yang lebih meluas.

Sejarah Lagu Rock di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pengaruh muzik Rock di Malaysia mula berkembang pada pertengahan tahun 1980-an. Pada waktu itu, muncul kumpulan-kumpulan rock tempatan sebagai hasil daripada pengaruh budaya muzik rock barat, terutamanya daripada kumpulan Led Zeppelin, Van Halen, Deep Purple, Black Sabbath dan lain-lain. Kemunculan kumpulan rock tempatan menjadi semakin galak dengan penganjuran pelbagai pertandingan muzik rock peringkat kebangsaan seperti Juara Rock, Batu-Batu Perjuangan, Pesta Hiburan Kingsway, Festival Rock dan Battle Of The Bands 1 & 2 dan lain-lain.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]