Arif Muazzim Abdul Rahman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Amar
Nama lahirArif Muazzim Abdul Rahman
Berasal dariMalaysia Malaysia
Pekerjaanpenasyid
Pengkarya berkait
Berkumpulan

Arif Muazzim Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai AMAR merupakan artis nasyid solo pertama Malaysia. Beliau amat meminati bidang seni sejak kecil lagi dan dipengaruhi oleh suasana keluarga seni, justeru, banyak menimba ilmu dan pengalaman berkaitan seni muzik, seni suara, lukisan dan sebagainya daripada keluarganya sendiri. Berasal daripada keluarga yang amat sederhana yang menjadikan AMAR juga sebagai seorang yang sederhana dari pelbagai aspek kehidupan.

Sifat semula jadinya yang suka menghiburkan khalayak telah merealisasikan impian beliau untuk bergelar artis solo nasyid setelah dilamar oleh syarikat rakaman Telaga Biru Sdn Bhd untuk menghasilkan albumnya. AMAR juga menampilkan kebolehannya dalam seni silap mata ketika di pentas kerana menurutnya, silap mata adalah seni yang paling halus dan dapat menghiburkan sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat, darjat dan usia.

Amar pernah menganggotai Kumpulan Sabda yang dahulunya dikenali sebagai Kumpulan Al-Faradis.

Konsep[sunting | sunting sumber]

AMAR selaku penerbit albumnya sendiri mengetengahkan konsep muzik dan lagu yang sederhana dan dapat mendamaikan jiwa agar dapat diterima ramai khususnya untuk seisi keluarga. Lagu-lagu yang terkandung di dalam album beliau kebanyakkannya bertemakan kasih-sayang sama ada kasih sayang di antara makhluk dan Pencipta atau kasih sayang sesama manusia.

Dari segi penampilan dan persembahan pula, AMAR membawa suatu kelainan dari segi penggunaan secara optimum bakat-bakat yang beliau miliki dengan melakukan sedikit gimik ‘magic show’, persembahan ‘live instrument’ dan memberi input ilmiah kepada penonton selain persembahan nyanyian.

Kesederhanaan menjadi tema penampilan beliau sebagai seorang artis solo nasyid yang membawakan lagu-lagu yang berbentuk dakwah dan bermesej. Kelainan lenggok suara beliau menambahkan lagi keserasian konsep lagu dan muzik yang diketengahkan. Konsep ini boleh dinamakan sebagai Song of Nature yang melambangkan kesederhanaan, kedamaiaan dan semulajadi.

Album[sunting | sunting sumber]

Album Kiasan Naluri
Album Diari Rindu
  • Kiasan Naluri (2003)
  • Diari Rindu (2005)
  • Diriku (2006)

Juga:

  • MTV Karaoke (2004), 3D AMAR (2006)
  • VCD IPT Magic (2005)[1]

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Amani
  • Bersatu Hati
  • Cebisan Kenangan
  • Harapan
  • Madah Pedoman
  • Madah Perjuangan
  • Melodi Bersama
  • Nurul Iman
  • Sahabat
  • Sahabat
  • Selawat Burdah
  • Sinaran Timur
  • Siti Munawirah
  • Unity

Sumbangan AMAR[sunting | sunting sumber]

  • Juara Pertandingan Akhir Nasyid Minggu Ini 2004 Anjuran JAKIM Dan RTM
  • Finalis Anugerah Industri Muzik 2004, Anugerah Carta Nasyid IKIM 2004, Anugerah Belia Remaja - Ikon Berita Harian, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003.
  • Anugerah Pelajar Paling Aktif Sek. Men. Keb. Agama Kedah 1998.
  • Buku Silap Mata (2006
  • Buku Motivasi (2006)
  • Buku Kartun Solo (2006)
  • Menghasilkan Muzik Latar, Muzik Tema dan Muzik Montaj untuk TV, Radio dan Jabatan Kerajaan dan Korporat. Antaranya untuk rancangan Salam Nusantara (RTM), Salam Timur Tengah (RTM), Salam OIC (ASTRO), Kembara Vietnam (RTM), Syahadah (RTM), lagu tema Lembaga Akreditasi Negara, lagu tema sekolah seperti Sek. Men. Keb Agama Kedah, Sek.Men. Keb. Agama Baling, Sek. Keb. Merbau Pulas dan lain-lain
  • Kartunis Sambilan Majalah berunsur Islam dan Dakwah
  • Mengadakan Persembahan Nyanyian termasuk Silap Mata di seluruh negara termasuk di negara-negara jiran seperti Indonesia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Elemen hiburan penting dalam berdakwah Utusan Online. 06/06/2006.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]