Pergi ke kandungan

Armadilo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Armadillo)

Armadilo
Julat zaman: Lewat Paleosen hingga kini
Dasypus novemcinctus
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Superorder:
Order:
Cingulata

Keluarga

Armadilo (Jawi: ارماديلو) ialah sejenis binatang daripada order Cingulata dengan badan yang bersisik tebal, mengorek tanah dan boleh digulingkan seperti bola apabila diserang. Haiwan jenis ini digolongkan dalam keluarga-keluarga Chlamyphoridae dan Dasypodidae[1] yang terdapat di benua Amerika.

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Belakang badan dan ekornya dilapik sisik-sisik keratin keras yang melindunginya, sisik-sisik ini disalurkan bekalan darah yang dialirkan daripada sistem badannya.[2]:32–33 Sisik-sisik di bahagian tengah atau toraks badannya disusun berbaris, baris-baris sisik ini saling disambungkan gentian kolagen yang boleh dikecutkan supaya melengkung ikut bentuk badan armadilo.[2]:32–33[3]:713–715 Kulit anak armadilo mengeras beberapa minggu selepas dilahirkan.[4]:781 Bahagian depan dan perutnya lembut dan penuh bulu halus.[4]

Kepalanya bermuncung tajam dengan biji mata yang kecil.[5] Telinganya panjang. Penglihatannya lemah, ia memburu dengan menggunakan deria bau yang tajam.[5]

Armadilo membina sarang panjang berukuran 0.6–4.5 meter di bawah tanah sedalam 2 meter, laluan masuknya berukuran garis pusat 18 sentimeter. Sarangnya dilapik rumput panjang untuk menyembunyikan diri daripada dilihat pemangsa.[4]:781–783

  1. ^ Schlitter, D.A. (2005). Wilson, D.E.; Reeder, D.M. (penyunting). Mammal Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference (ed. ke-3). Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat: Johns Hopkins University Press. m/s. 94-99. ISBN 978-0-8018-8221-0.
  2. ^ a b Yang, Wen; Chen, Irene H.; Gludovatz, Bernd; Zimmermann, Elizabeth A.; Ritchie, Robert O.; Meyers, Marc A. (Januari 2013). "Natural Flexible Dermal Armor" (PDF). Advanced Materials. 25 (1): 31–48. doi:10.1002/adma.201202713.
  3. ^ Chen, Irene H.; Kiang, James H.; Correa, Victor; Lopez, Maria I.; Chen, Po-Yu; McKittrick, Joanna; Meyers, Marc A. (July 2011). "Armadillo armor: Mechanical testing and micro-structural evaluation". Journal of the Mechanical Behavior of Biomedical Materials. 4 (5): 713–722. doi:10.1016/j.jmbbm.2010.12.013.
  4. ^ a b c Dickman, Christopher R. (1984). Macdonald, D. (penyunting). The Encyclopedia of Mammals. New York: Facts on File. m/s. 781–783. ISBN 978-0-87196-871-5.
  5. ^ a b "Armadillos". Animals. National Geographic. Dicapai pada 13 Mac 2025.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]