Mamalia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mamalia
Julat zaman: Trias Akhir–kini; 225 atau 167–0 Ma
פארק הכרמל 5 - גנים לאומיים בצפון הארץ - אתרי מורשת 2016 (706).jpg
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Mammalia

Linnaeus, 1758
Subbahagian hidup

Mamalia (Jawi: ماماليا) ialah haiwan vertebrata berbulu atau berambut dalam kelas Mammalia; haiwan-haiwan betinanya yang menghasilkan susu daripada kelenjar mamari untuk memberi makan (menyusukan anak. Nama kelas ini dijejak kepada perkataan bahasa Latin iaitu mamma "payudara".[1]

Kira-kira 6,400 spesies mamalia yang masih wujud telah digambarkan dan dibahagikan kepada 29 order. Order yang paling besar ialah rodensia, kelawar dan Eulipotyphla (landak susu, tikus mondok, tikus kesturi, dan lain-lain); tiga order besar yang seterusnya ialah Primat (termasuk manusia, mawas, monyet dan lain-lain), Artiodactyla (setasea dan lain-lain), dan Carnivora (kucing, anjing, anjing laut dan lain-lain).

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Ciri-ciri mamalia adalah seperti berikut :-

  • Mempunyai saraf tunjang.
  • Bertulang belakang.
  • Mempunyai jantung dengan 4 ruang.
  • Badan dilitupi oleh bulu.
  • Mempunyai cuping telinga.
  • Mempunyai kelenjar peluh.
  • Mamalia betina melahirkan dan menyusukan anak, kecuali mamalia yang sangat primitif seperti platipus dan sesetengah tenggiling.
  • Bernafas melalui peparu.
  • Berdarah panas (suhu badan tetap).

Contoh-contoh haiwan mamalia :-

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lewis, Charlton T.; Short, Charles (1879). "mamma". A Latin Dictionary. Perseus Digital Library.