Pergi ke kandungan

Asalan (matematik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Asalan (nombor))
Asalan bagi suatu sistem koordinat Cartes.

Dalam matematik, asalan (kata dasar اصلasal serapan Arab: أَصْل, rumi: aṣl "pangkal; umbi"[1]) bagi suatu ruang Euclides ialah satu titik khas, biasanya ditandai dengan huruf O, digunakan sebagai satu titik rujukan tetap untuk geometri ruang sekeliling.

Koordinat Cartes[sunting | sunting sumber]

Dalam sistem koordinat Cartes, asalan ialah titik persilangan paksi-paksi sistem itu.[2] Asalan membahagi setiap paksi tersebut kepada dua, separa paksi positif dan separa paksi negatif.[3] Kemudian, titik boleh diletakkan dengan rujukan asalan dengan memberikan koordinat berangkanya—iaitu, kedudukan-kedudukan unjurannya di sepanjang setiap paksi, sama ada pada arah positif atau negatif. Kesemua koordinat asalan sentiasalah sifar, contohnya (0,0) dalam dua dimensi dan (0,0,0) dalam tiga dimensi.[2]

Sistem koordinat lain[sunting | sunting sumber]

Dalam sistem koordinat kutub, asalan mungkin juga dipanggil kutub. Ia sendiri tidak mempunyai koordinat kutub jelas, kerana koordinat kutub bagi titik menyertakan sudut yang dibuat oleh paksi x positifi dan sinar dari asalan ke titik itu, dan sinar ini adalah tidak jelas untuk asalannya sendiri.[4]

Dalam geometri Euclides, asalan mungkin dipilih dengan bebas sebagai mana-mana titik rujukan sesuai.[5]

Asalan bagi satah kompleks boleh dirujuk sebagai titik persilangan antara paksi benar dengan paksi khayalan. Lain kata, ia merupakan nombor kompleks sifar.[6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 12. ISBN 967-65-7321-3.
  2. ^ a b Madsen, David A. (2001), Engineering Drawing and Design, Delmar drafting series, Thompson Learning, m/s. 120, ISBN 9780766816343.
  3. ^ Pontrjagin, Lev S. (1984), Learning higher mathematics, Springer series in Soviet mathematics, Springer-Verlag, m/s. 73, ISBN 9783540123514.
  4. ^ Tanton, James Stuart (2005), Encyclopedia of Mathematics, Infobase Publishing, ISBN 9780816051243.
  5. ^ Lee, John M. (2013), Axiomatic Geometry, Pure and Applied Undergraduate Texts, 21, American Mathematical Society, m/s. 134, ISBN 9780821884782.
  6. ^ Gonzalez, Mario (1991), Classical Complex Analysis, Chapman & Hall Pure and Applied Mathematics, CRC Press, ISBN 9780824784157.