Asia Timur Laut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peta Asia Timur Laut.

Asia Timur Laut ialah subkawasan geografi Asia merangkumi daratan timur laut dan pulau-pulau sekitarnya yang dibatasi oleh Lautan Pasifik.

Istilah Asia Timur Laut dipopularkan pada tahun 1930-an oleh ahli sejarah dan saintis politik Amerika iaitu, Robert Kerner. Menurut Kerner, "Asia Timur Laut" termasuk Dataran Tinggi Mongolia, Dataran Timur Laut China, Semenanjung Korea, kepulauan Jepun dan kawasan pergunungan di Timur Jauh Rusia, dari Sungai Lena di barat hingga Lautan Pasifik di timur.[1]

Takrifan[sunting | sunting sumber]

Definisi Asia Timur Laut bukanlah tetap tetapi sering berubah mengikut konteks di mana ia dibincangkan. Dalam penggunaan biasa, istilah Asia Timur Laut biasanya merujuk kepada wilayah yang merangkumi China Utara.[2][3] Negara dan wilayah lain yang membentuk Asia Timur Laut ialah Timur Jauh Rusia, Mongolia, Jepun, Korea Utara dan Korea Selatan.[4] Institut Penyelidikan Ekonomi untuk Asia Timur Laut mentakrifkan rantau ini sebagai Rusia, Mongolia, Jepun, Korea dan China. Laut Kuning, Laut Okhotsk, dan Laut China Timur juga termasuk dalam perbincangan rantau ini.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Narangoa 2014, m/s. 2.
  2. ^ "Northeast Asia dominates patent filing growth." Dicapai pada Ogos 8, 2001.
  3. ^ "Paper: Economic Integration in Northeast Asia." Dicapai pada Ogos 8, 2011.
  4. ^ Gilbet Rozman (2004), Northeast asia's stunted regionalism: bilateral distrust in the shadow of globalization. Cambridge University Press, pp. 3-4
  5. ^ Economic Research Institute for Northeast Asia (1999). Japan and Russia in Northeast Asia: Partners in the 21st Century. Greenwood Publishing Group. m/s. 248.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Narangoa, Li (2014). Historical Atlas of Northeast Asia, 1590-2010: Korea, Manchuria, Mongolia, Eastern Siberia. New York: Columbia University Press. ISBN 9780231160704.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]