Astrokompas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Astrokompas ialah alat pandu arah untuk penentuan arah utara benar melalui kedudukan pelbagai jasad astronomi.

Ada keadaan tertentu apabila kompas dan girokompas magnet tidak boleh diharap. Yang paling jelas adalah di rantau kutub, tempat daya yang bertindak pada jarum kompas magnet hampir mencancang dan girokompas menjadi tidak stabil kerana putaran Bumi. Kompas magnet juga terdedah kepada gangguan daripada medan magnet selain milik Bumi, seperti yang dihasilkan oleh badan sesetengah kenderaan atau lancang logam. Sebelum penciptaan bantuan pandu arah elektronik seperti GPS, cara paling boleh harap untuk menentukan utara dalam keadaan sedemikian adalah melalui penggunaan astrokompas.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]