Augusta, Maine

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Augusta, Maine
Bandar Augusta
Sungai Kennebec mengalir berhampiran pusat bandar Augusta
Sungai Kennebec mengalir berhampiran pusat bandar Augusta
NegaraAmerika Syarikat
NegeriMaine
Luas
 • Jumlah58.0 batu persegi (150.3 km2)
Ketinggian
70 ft (20 m)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah19,136
 • Kepadatan300/batu persegi (130/km2)
Zon waktuUTC-5 (EST)
 • Musim panas (DST)UTC-4 (EDT)
Laman webhttp://www.augustamaine.gov/

Augusta ialah ibu negeri Maine, Amerika Syarikat di Daerah Kennebec.[1]

Kawasan ini diterokai buat pertama kalinya oleh Kumpulan Penjajah Popham malang pada September 1607. Untuk tempoh yang lama dalam sejarah Augusta, kawasan perniagaan utama berdekatan dengan Jalan Air di tebing barat Sungai Kennebec. Augusta terletak di 44°18′26″U 69°46′54″B, maka tempat ini merupakan ibu negeri yang paling timur di Amerika Syarikat. Berdasarkan bancian pada tahun 2010, terdapat 19136 penduduk, iaitu 8802 rumah tangga dan 4490 keluarga yang mendiami bandar ini.

Augustra ditadbir dengan ketua bandar dan sistem majlis-pengurus. Terdapat 5 sekolah awam, 1 sekolah swasta, 1 kolej dan 2 perpustakaan awam di Augusta. Antara tempat-tempat menarik di sini ialah Rumah Blaine, Kubu Barat, Pusat Hak Asasi Manusia dan Holokus di Universiti Maine di Augusta, dan Perpustakaan Awam Lithgow.

Rujukan[sunting | sunting sumber]