Waktu musim panas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Walaupun tidak digunakan oleh kebanyakan negara, waktu musim panas banyak digunakan oleh negara-negara di latitud utara.
  •      Negara yang sedang menggunakan DST
  •      Negara yang pernah tapi tidak lagi menggunakan DST
  •      Negara yang tidak pernah menggunakan DST
  • Waktu musim panas (Bahasa Inggeris: summer time) atau waktu jimat siang (daripada istilah Bahasa Inggeris: Daylight Saving Time, DST - khususnya di Amerika Syarikat, Kanada dan Australia[1][2]) ialah sistem yang bertujuan untuk "menyimpan cahaya siang hari" pada musim panas, di mana waktu rasmi sesuatu kawasan itu dimajukan satu jam lebih awal daripada zon waktu yang rasmi selama musim bunga dan musim panas. Hal ini bertujuan untuk lebih menyesuaikan waktu ketika hari masih terang dengan waktu kegiatan kerja dan sekolah. DST biasanya digunakan di wilayah yang suhunya sedrhana kerana perbezaan yang cukup besar antara waktu hari terang berbanding gelap sepanjang musim di wilayah-wilayah tersebut.

    Asal-usul[sunting | sunting sumber]

    Sistem waktu musim panas ini pertama kali dicadangkan oleh Benjamin Franklin dalam sepucuk surat kepada editor Journal of Paris. (Baca teks lengkapnya di [1].) Namun artikel ini lucu; Franklin tidak mencadangkan agar orang bangun lebih awal dan tidur lebih cepat.

    Gagasan ini pertama kali dikemukakan secara serius oleh William Willett dalam "Waste of Daylight", yang terbit pada 1907, namun ia tidak mampu mendorong kerajaan Britain menerimanya, meskipun beliau berusaha keras melobi.

    Gagasan waktu musim panas pertama kali diamalkan oleh kerajaan Jerman pada waktu Perang Dunia Pertama antara 30 April dan 1 Oktober 1916. Tidak lama kemudian Britain mengikutinya, mula-mula menjalankan DST antara 21 Mei dan 1 Oktober, 1916. Lalu pada 19 Mac 1918, Kongres Amerika Syarikat menetapkan beberapa zon waktu (yang sudah digunakan oleh jaringan kereta api dan kebanyakan kota sejak 1883) dan merasmikan DST (yang berlaku mulai 31 Mac) hingga Perang Dunia I berakhir. Sistem ini dijalankan selama tujuh bulan pada 1918 dan 1919. Namun yang nyatanya, peraturan ini sangat tidak popular (terutama disebabkan individu harus bangun dan tidur lebih awal daripada waktu biasanya) sehingga peraturan itu ditarik semula.

    Waktu musim panas di Malaysia[sunting | sunting sumber]

    Di Malaysia, waktu musim panas telah digunakan mulai 1 Januari 1933 dan dihentikan pada 31 Disember 1981.

    Rujukan[sunting | sunting sumber]

    1. ^ "Daylight Savings Time or Daylight Saving Time?". TimeandDate.com. 
    2. ^ Contoh yang diberikan bagi daylight saving time:
      • Richard A. Meade (1978). "Language change in this century". English Journal. 67 (9): 27. doi:10.2307/815124. 
      • Joseph P. Pickett; dll., para penyunting (2000). "daylight-saving time". The American Heritage Dictionary of the English Language (edisi ke-4). Boston: Houghton Mifflin. ISBN 0-395-82517-2. Diarkibkan daripada asal pada June 6, 2011. or daylight-savings time 
      • "daylight saving time". Merriam–Webster's Online Dictionary. Dicapai 13 Februari 2009. called also daylight saving, daylight savings, daylight savings time, daylight time 
      • Oxford Dictionaries "also daylight savings time"
      • "15 U.S.C. § 260a notes". Dicapai May 9, 2007. Congressional Findings; Expansion of Daylight Saving Time 

    Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

    Pautan luar[sunting | sunting sumber]