Avro Avis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Avro 562 Avis
Peranan Pesawat ringan sayap berkembar
Negara pengeluar United Kingdom
Pengeluar Avro
Penerbangan pertama 1924
Dihentikan 1931
Jumlah dibina 1

Avro 562 Avis ialah pesawat sayap berkembar (biplane) ringan dengan dua tempat duduk yang direka dan dibina oleh AVRoe dan Company Limited di Hamble untuk Percubaan Pesawat Ringan Lympne 1924.

Reka bentuk dan pembangunan[sunting | sunting sumber]

Avis ialah pesawat sayap berkembar tak berperingkat janis ruangan tunggal dengan aileron rentang penuh pada kedua-dua sayap atas dan bawah. Ia mempunyai gear pendaratan tetap dengan skid ekor dan boleh dikuasakan oleh enjin Bristol Cherub II 32 kuasa kuda atau enjin omboh jejarian Blackburne Thrush. 35 kuasa kuda [1] yang dipasang di hidung. Ia mempunyai kokpit tandem terbuka. Pada mulanya iat telah diterbangkan dengan enjin Thrush sebagai ujikaji, kemudian ia telah dipasang semula dengan enjin Cherub dan pertama kali diterbangkan dengan enjin ini oleh Bert Hinkler di Lympne pada 30 September 1924. Pada hari berikutnya ia memenangi Piala Grosvenor dengan catatan kelajuan 65.87 batu sejam. [2]

Untuk ujian pada tahun 1926 ia telah dipasangkan semula dengan enjin Blackburne Thrush 38 kuasa kuda, disingkirkan selepas pendaratan kecemasan. Pada tahun 1927, enjinnya telah digantikan semula dengan enjin Bristol Cherub I dan diserahkan kepada pemilikan persendirian sehingga ia dileraikan pada tahun 1931. [3]

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Lukisan 3-pandangan Avro Avis daripada NACA-TM-289

Data dari Avro Aircraft since 1908.[4]

Ciri-ciri umum

  • Krew: one (pilot)
  • Kapasiti: one (passenger)
  • Panjang: 24 ka 0 in (7.32 m)
  • Rentang sayap: 30 ka 1 in (9.17 m)
  • Tinggi: 9 ka 0 in (2.74 m)
  • Luas sayap: 246 ka2 (22.9 m2)
  • Berat kosong: 590 lb (268 kg)
  • Berat kasar: 995 lb (451 kg)
  • Janakuasa: 1 × Blackburne Thrush three-cylinder air-cooled radial engine , 35 hp (26 kW)

Prestasi

  • Halaju maksimum: 75 mph (120 km/j, 65 kn)


Pesawat setanding

Rujukan[sunting | sunting sumber]

 

  1. ^ Jackson 1990, p. 222.
  2. ^ Jackson 1990, pp. 222–223.
  3. ^ Jackson 1990, p. 224.
  4. ^ Jackson 1990, p. 225.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]