Hawker Cygnet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cygnet
Hawker Cygnet G-EBMB di Muzium RAF, Cosford
Peranan pertandingan pesawat ringan
Pengeluar Hawker Engineering Co.
Direka oleh Sydney Camm
Penerbangan pertama 1924
Jumlah dibina 2

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1924, Kelab Aero Diraja menganjurkan Pertandingan Pesawat Ringan . Wang tunai sebanyak £3000 ditawarkan sebagai hadiah. Hawker Aircraft telah menyertainya dengan pesawat Cygnet yang direka bentuk oleh Sydney Camm. Dua pesawat telah dibina ( G-EBMB dan G-EBJH ) dan telah menyertai pertandingan anjuran TOM Sopwith dan Fred Sigrist yang diadakan di Lympne Aerodrome. Pesawat itu masing-masing berjaya mendapat tempat ke-4 dan ke-3. Pada tahun 1925, G-EBMB telah menyertai semula Perlumbaan Handikap Antarabangsa 100 mi (161 km) , kali ini diterbangkan oleh George Bulman dan menang pada kelajuan 75.6 mph (121.7 km/j). Pada pertemuan yang sama, Cygnet mendapat tempat ke-2 dalam Perlumbaan Kapal Terbang Ringan50 mi (80 km). Seterusnya pada tahun 1926, kedua-dua pesawat telah menyertai pertandingan dipandu oleh Bulman dan Pegawai Terbang Ragg, masing-masing menduduki tempat pertama dan kedua.

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Pesawat itu daripada binaan kayu dan fabrik, fiuslajnya merupakan empat batang yang lebih panjang. Bahagian sayap pula mempunyai dua kotak spar dengan rusuk kekuda jenis Warren. Pada mulanya kedua-dua pesawat itu dikuasakan oleh enjin Anzani dan enjin ABC Scorpion (kedua-dua enjin jenis silinder berkembar bertentangan). Pada tahun 1926 enjin dalam kedua-dua Cygnets telah ditukar kepada Bristol Cherub III, sejenis enjin silinder berkembar. Kerangka pesawat ini sangat ringan iaitu 270 lb, dan beratnya apabila kosong hanyalah 373 lb.

Sejarah selepas perang[sunting | sunting sumber]

Cygnet yang masih selamat dipamerkan dalam keadaan layak terbang di Lapangan Terbang Coventry pada tahun 1954
Hawker Cygnet (Koleksi Shuttleworth, replika 1993)

G-EBMB telah disimpan oleh Hawker dalam simpanan sehingga 1946, apabila ia telah diperbaharui dan dipasang semula di Hawker's Langley Aerodrome. Ia kemudiannya dipindahkan ke kemudahan baru mereka di Dunsfold, di mana ia disimpan dan diterbangkan ke pelbagai pameran serta pertunjukan udara sehingga tahun 1972. Baru-baru ini ia telah dipindahkan ke tapaknya di RAF Cosford di Shropshire, di mana ia kini boleh dilihat. [1] Sebuah replika mampu terbang juga dipamerkan di Koleksi Shuttleworth, Old Warden, Bedfordshire . [2]

Lukisan 3-pandangan Hawker Cygnet daripada NACA-TM-289

Data dari Hawker Aircraft since 1920 [3]

Ciri-ciri umum

  • Krew: 2
  • Panjang: 20 ka 5 in (6.22 m)
  • Rentang sayap: 28 ka 0 in (8.53 m)
  • Lebar: 8 ka 0 in (2.44 m) (folded)
  • Tinggi: 5 ka 10 in (1.78 m)
  • Luas sayap: 165 ka2 (15.3 m2)
  • Berat kosong: 373 lb (169 kg)
  • Berat kasar: 950 lb (431 kg)
  • Janakuasa: 1 × Bristol Cherub III 2-cylinder piston engine, 34 hp (25 kW)

Prestasi

  • Halaju maksimum: 82 mph (132 km/j, 71 kn) at sea level
  • Had khidmat: 8,900 ka (2,700 m) (absolute ceiling)
  • Masa ke altitud: 11 min 20 s to 5,000 ka (1,500 m)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Related lists

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Hawker Cygnet airplane pictures & aircraft photos – RAF Museums Diarkibkan 2008-07-06 di Wayback Machine" RAF Museum. Retrieved 16 August 2008.
  2. ^ Aircraft: 1924-Hawker Cygnet. Shuttleworth Collection. Retrieved 16 August 2008.
  3. ^ Mason 1991, p.111.

Nota[sunting | sunting sumber]

 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]