Awlad Haretna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Awlad Haretna
Umum
PengarangNaguib Mahfouz
Tajuk asal
أولاد حارتنا
NegaraMesir
Bahasabahasa Arab
GenreNovel
Penerbitan
Diterbitkan pada
1959
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 0-435-90225-3 (paperback edition)

Awlad Haretna (Arab: أولاد حارتنا, rumi: Awlād Ħāratinā, "Anak-anak Lorong Kita") merupakan sebuah novel bahasa Arab karangan Naguib Mahfouz. Ia merupakan suatu kisah alegori menggambarkan pertalian kuat antara agama-agama samawi iaitu Islam, Kristian dan Yahudi melalui seorang tua bernama Gebelawi dan lima anaknya.

Ia mula-mula diterbirkan secara bersiri dalam akhbar Al-Ahram pada tahun 1959. Pengkaryaan ini sangat ditentang para agamawan sana sehingga ia haram dibukukan di Mesir.[1] Sebaliknya, pembukuan kisah-kisah ini dibuat di Lubnan pada tahun 1967.

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Gebelaawi membina rumah besar di sebuah wahah gurun tandus yang menjadi punca pergaduhan lima anaknya dari generasi ke generasi.

Barisan watak[sunting | sunting sumber]

  • Gabalawi: ketua keluarga yang duduk di sebuah kejiranan lama Kaherah.
  • Adham (أدهم): anak emas Gabalawi. Watak ini merupakan kiasan kepada Nabi Adam.
  • Idris (إدريس): anak sulung Gabalawi. Watak ini kiasan Iblis.
  • Gabal (جبل): seorang anak Gabalawi. Watak ini kiasan Nabi Musa
  • Rifa'a (رفاعة): seorang anak Gabalawi. Watak ini kiasan Nabi Isa.
  • Qasim (قاسم): seorang anak Gabalawi. Watak ini kiasan Nabi Muhammad.

Senarai terjemahan[sunting | sunting sumber]

Versi bahasa Inggeris[sunting | sunting sumber]

  • Children of Gebelawi. Diterjemahkan oleh Philip Stewart. United Kingdom: Heinemann. ISBN 0-435-99415-8. 1981.
  • Children of our alley. Diterjemahkan oleh Peter Theroux. Amerika Syarikat: Doubleday. ISBN 0-385-42094-3. 1996.

Versi bahasa Melayu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hafez, Sabry: "Introduction" to The Cairo Trilogy. Cairo: American University in Cairo Press, 2001. pg xxxiv.