Azeotrop

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Keseimbangan wap-cecair bagi 2-propanol / air menunjukkan tingkah laku azeotrop.

Azeotrop ialah campuran dua cecair (atau lebih) yang komposisinya tidak boleh diubah melalui penyulingan biasa. Apabila ia dididihkan, komposisi juzuk di dalam cecair dan wap yang terhasil adalah sama. Oleh sebab itu ia juga dikenali sebagai campuran yang mempunyai takat didih yang malar. Istilah Azeotrop ini berasal daripada bahasa Greek yang membawa maksud ‘tiada perubahan apabila dididihkan’. Campuran dua (atau lebih) cecair yang membentuk azeotrop telah banyak diketahui dan dicatatkan. Sekiranya azeotrope itu terdiri daripada tiga atau lebih cecair yang berbeza, penyulingan berperingkat tidak lagi boleh digunakan. Terdapat dua jenis azeotrope: azeotrop didih minimum dan azeotrop didih maksimum.

Secara lazimnya larutan yang menunjukkan penyimpangan positif yang ketara terhadap hukum Raoult akan membentuk azetrop didih minimum pada satu komposisi tertentu. Contoh azeotrop didih minimum yang kerap digunakan ialah campuran etanol dan air. Apabila campuran ini disulingkan, satu larutan yang mengandungi 95% etanol akan terhasil. Sebaik sahaja komposisi ini dicapai, tiada lagi pengasingan juzuk berlaku. Manakala larutan yang menunjukkan penyimpangan negatif yang ketara terhadap hukum Raoult akan membentuk azeotrop didih maksimum. Campuran asid nitrik dan air antara salah satu contoh kepada azeotrop jenis kedua ini.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]