Azlan Mubin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mohd Azlan Bin Abdul Mubin lahir pada 1 Mac 1983 merupakan bekas pemain sepak takraw Malaysia.[1]

Azlan Mubin
Maklumat peribadi
Nama kelahiranMohd Azlan Bin Abdul Mubin
NegaraMalaysia
Lahir (1983-03-01) 1 Mac 1983 (umur 41)
Kulim, Kedah
Tahun aktif2001-2007
AcaraSepak Takraw

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Azlan dilahirkan pada 1 Mac 1983 di Kulim, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Keladi (1990-1995) dan seterusnya melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim (1996-2000) sembelum diterima di Sekolah Sukan Bukit Jalil pada tahun 2001. Beliau sekarang memiliki Kelulusan Bachelor Pendidikan Jasmani dari Universiti Putra Malaysia.

Kerjaya beliau bermula apabila beliau menyertai pasukan pelapis kebangsaan dalam acara sepak takraw ketika masih berusia 18 tahun (2001) dan kemudianya diserap masuk ke dalam pasukan kebangsaan sepenuhnya pada tahun 2003.[2]

Beliau membawa pulang pingat perak di kejohanan Sukan Asia Tenggara 2003 dan di Kejohanan Sukan Asia 2006 bagi acara regu dan pasukan regu.[3]

Pada tahun 2005, beliau memperoleh pingat gangsa di kejohanan Sukan Asia Tenggara 2005.

Kejatuhan karier[sunting | sunting sumber]

Tahun 2007 menjadi tahun terakhir Azlan beraksi di gelanggang. Ketika pertandingan, Azlan mengalami kecederaan ACL dan menyebabkan Azlan terpaksa mengundur diri dari menjadi atlet.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Disangka Hidup Berakhir Selepas Cedera". JatuhBangun. Dicapai pada 28 Mei 2021.
  2. ^ "Salam Satu Malaysia". Blogspot. Dicapai pada 28 Mei 2021.
  3. ^ "Pingat diraih di Sukan Asia". Beatsports. Dicapai pada 28 Mei 2021.
  4. ^ "Disangka Hidup Berakhir Selepas Cedera". JatuhBangun. Dicapai pada 28 Mei 2021.