BTS (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
BTS
BTS at the 31st Golden Disk Awards.jpg
BTS di Anugerah Golden Disc pada 14 Januari 2017
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
  • Bangtan Boys
  • Bulletproof Boy Scouts
  • Beyond The Scene
  • Bangtan Sonyeondan
Berasal dariKorea Selatan Seoul, Korea Selatan
GenreK-pop, Hip hop, R&B, Tarian, EDM
Tahun aktif2013–kini
Syarikat rakaman
Laman sesawang
bts.ibighit.com
bts-official.jp
Ahli
BTS (kumpulan muzik)
Hangul방탄소년
Hanja防彈少年
Perumian SemakanBangtansonyeondan
McCune–ReischauerBangt'ansonyǒndan

BTS (방탄소년단) juga dikenali sebagai Bangtan Boys atau Beyond The Scene adalah sebuah grup vokal lelaki Korea Selatan yang dibentuk oleh syarikat rakaman Big Hit Entertainment. Kumpulan muzik ini memulakan penampilan sulung mereka dengan lagu "No More Dream" pada 13 Jun 2013. Mereka telah memenangi beberapa anugerah ketika tahun awal mereka seperti anugerah Artis Baru Tahun Ini di 2013 Melon Music Awards[1][2] dan Pendatang Baru Lelaki Terbaik di 2013 So-Loved Awards.[3] Mereka juga memenangi Anugerah "Top Social Artist" pada 22 Mei 2017 di Billboard Music Awards peringkat antarabangsa. Nama kumpulan ini mula tersebar ke seluruh dunia dengan lagunya "Blood Sweat & Tears" kerana konsepnya yang sangat menarik dan gaya persembahan yang mantap sehinggakan pada bulan Jun 2017, majalah Time menyenaraikan mereka sebagai antara 25 Orang Paling Berpengaruh di Internet. BTS juga mempunyai sebuah kumpulan peminat, dengan nama ARMY (Adorable Representive Mc of Youth) yang terdiri daripada pelbagai negara di sekitar dunia. Pada tahun 2019 BTS sekali lagi memenangi Billboard Music Awards dalam kategori ‘ Top Social Artist ‘ 3 tahun berturut-turut sekaligus mengalahkan Justin Bieber yang menjadi pemegang enam tahun yang memegang anugerah tersebut. Mereka turut juga memenangi anugerah "Top Duo/Group" dalam Billboard Music Award. [4] BTS juga pernah dulu dipuji Presiden Korea Selatan apabila album Love Yourself: Tear mereka berjaya menduduki Hot 200 Chart Top 10 dan berjaya mempromosikan Korea Selatan di serata dunia. Kini BTS dikenali sebagai artis kumpulan K-Pop pertama yang paling berpengaruh di dunia selepas PSY.


Peminat BTS dikenali sebagai ARMY.

Ahli[sunting | sunting sumber]

Nama ahli Pengenalan ringkas
RM
(알엠)
  • Nama penuh: Kim Nam-Joon (김남준)
  • Tarikh lahir : (1994-09-12) 12 September 1994 (umur 24)
  • Tempat lahir : Korea SelatanIlsan,Gyeonggi,Korea Selatan
  • Peranan : Penyanyi rap utama, ketua kumpulan
Jin
(진)
  • Nama penuh : Kim Seok-jin (김석진)
  • Tarikh lahir : (1992-12-04) 4 Disember 1992 (umur 26)
  • Tempat lahir : Korea Selatan Gwacheon, Gyeonggi, Korea Selatan
  • Peranan : Penyanyi vokal, visual
  • Dikenali : "worldwide handsome", "prince jin"
Suga
(슈가)
  • Nama penuh : Min Yoon-gi (민윤기)
  • Tarikh lahir : (1993-03-09) 9 Mac 1993 (umur 26)
  • Tempat lahir : Korea Selatan Daerah Utara, Daegu, Korea Selatan
  • Peranan :Penyanyi rap (ketua), Agust D (solo)
J-Hope
(제이홉)
  • Nama penuh : Jung Ho-seok (정호석)
  • Tarikh lahir : (1994-02-18) 18 Februari 1994 (umur 25)
  • Tempat lahir : Korea Selatan Gwangju, Korea Selatan
  • Peranan : Penyanyi rap, penari utama (ketua)
Jimin
(지민)
  • Nama penuh : Park Ji-min (박지민)
  • Tarikh lahir : (1995-10-13) 13 Oktober 1995 (umur 23)
  • Tempat lahir : Korea Selatan Busan, Korea Selatan
  • Peranan : Penyanyi vokal (utama), ahli Dance Line
V
(뷔)
  • Nama penuh : Kim Tae-hyung (김태형)
  • Tarikh lahir : (1995-12-30) 30 Disember 1995 (umur 23)
  • Tempat lahir : Korea Selatan Daegu, Korea Selatan
  • Peranan : Penyanyi vokal, penari, visual, pelakon (Hwarang: The Poet Warrior Youth)
Jungkook
(정국)
  • Nama penuh : Jeon Jung-kook (전정국)
  • Tarikh lahir : (1997-09-01) 1 September 1997 (umur 21)
  • Tempat lahir : Korea Selatan Busan, Korea Selatan
  • Peranan : Penyanyi vokal utama, penari utama, penyanyi rap, ahli termuda (maknae)/Center/Face of The Group

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Diskografi BTS
SENARAI ALBUM DAN SINGLE BTS

Diskografi Korea[sunting | sunting sumber]

Album studio
Album mini

Diskografi Jepun[sunting | sunting sumber]

Album
Album lain
  • 2014: 2 COOL 4 SKOOL / O!RUL8,2?

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Rancangan realiti

  • Raja Rookie: Channel Bangtan (신인왕: 채널 방탄) (SBS MTV)[5]
  • American Hustle Life (Mnet)
  • BTS GO! (Mnet Amerika)[6]
  • BTS RUN (Vlive)
  • Bon Voyage Season 1
  • Bon Voyage Season 2
  • Bon Voyage Season 3

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ elliefilet (2013-11-14). "Pemenang daripada 'Anugerah Muzik MelOn 2013'!" (dalam bahasa Inggeris). allkpop. Dicapai 2014-01-16. 
  2. ^ KRG (2013-11-14). "Bangtan Boys memenangi anugerah Pendatang Baru Tahun Ini di Anugerah Muzik Melon 2013" (dalam bahasa Inggeris). kpoprookies. Dicapai 2014-01-16. 
  3. ^ "Bangtan Boys (BTS) Menang Anugerah "Artis Baru Terbaik" di Anugerah So-Loved 2013 di Eropah" (dalam bahasa Inggeris). KpopStarz United Kingdom. 2013-12-07. Diarkibkan daripada asal pada 2014-01-09. Dicapai 2014-01-16. 
  4. ^ "The 25 Most Influential People on the Internet". Time. 
  5. ^ starsung (2013-08-23). "BTS (Bangtan Boys) to parody it up in variety show 'Rookie King Channel Bangtan'". allkpop – melalui allkpop.com. 
  6. ^ "SHOW : Mnet America - [Go!] Episode 7 - Go! BTS". Mnet Amerika. Dicapai 2014-09-04 – melalui mnetamerica.com. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]