Biografi (dari perkataan Greek bios bererti "hidup", dan graphein bererti "tulis") merupakan genre penulisan atau bentuk media lain seperti filem, berasaskan penulisan mengenai kehidupan seseorang. Walaupun biografi mungkin menumpu pada subjek rekaan ataupun bukan rekaan, istilah ini biasanya dikaitkan dengan bukan rekaan (non-fiction). Berbeza dengan profil atau vitae kurikulum, biografi mengembangkan sudut rumit dan menonjolkan perbezaan perwatakan termasuk pengalaman peribadi.
Sufian bin Haji Suhaimi (lahir 3 Mei 1992) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau popular menerusi single hits beliau iaitu "Terakhir" dan "Di Matamu". Lagu "Terakhir" dan "Di Matamu" turut layak ke Anugerah Juara Lagu ke-31 dan ke-33 yang berlangsung masing-masing pada 2017 dan 2019. Kedua-dua lagu tersebut digubah dan ditulis liriknya oleh beliau sendiri dengan dua rakannya iaitu Sirkhan dan Rinkarnaen.(Baca lagi...)
Shalma Eliana Bruhanutheen (lahir 27 Mac 2000) merupakan seorang penyanyi, pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan lagu-lagunya, "Janji Terindah" dan "Mahukah Kamu". Selain itu, Shalma juga pernah membintangi drama Lelaki Lingkungan Cinta (2020).(Baca lagi...)
Bantulah mengembangkan rencana-rencana yang berkaitan dengan biografi. Anda juga boleh memuatkan rencana-rencana yang berkaitan dengan biografi sekiranya rencana tersebut masih belum wujud.
Sekiranya anda berminat untuk menyumbang di laman ini atau berminat untuk memulakan rencana baru yang berkaitan dengan biografi, taipkan nama pengguna anda di sini. Kerjasama anda amat dihargai.