GFriend

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
GFriend
0801 쇼케이스 (1).jpg
GFriend in August 2017
Dari kiri ke kanan: Sowon, Eunha, Yerin, SinB, Umji, dan Yuju
Latar belakang
Berasal dariKorea Selatan Seoul, Korea Selatan
Genre
Tahun aktif2015 (2015)–sekarang
Syarikat rakaman
  • Source Music
  • King Records[1]
Laman sesawang
Official Daum Cafe
Japan Website
Ahli
  • Sowon
  • Yerin
  • Eunha
  • Yuju
  • SinB
  • Umji
Nama Korea
Hangul여자친구
Hanja女子親舊
Perumian SemakanYeoja Chingu
McCune–ReischauerYŏja Chingu

GFriend (Hangul: 여자친구; RR: Yeoja Chingu) ialah sebuah kumpulan wanita Korea Selatan yang dibentuk oleh Source Music pada tahun 2015.[2] Kumpulan ini terdiri daripada enam ahli: Sowon, Yerin, Eunha, Yuju, SinB dan Umji. Mereka membuat debut menerusi album mini, Season of Glass pada 16 Januari 2015.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

2015: Season of Glass, Flower Bud, dan kenaikan populariti[sunting | sunting sumber]

GFriend pada 2015

Pada 15 Januari 2015, GFriend mengeluarkan album mini pertama mereka, Season of Glass yang mengandungi lima buah lagu.[3] Lagu "Glass Bead" yang digubah oleh Seo Yong-bae dan Iggy menduduki tempat ke–12 di dalam carta mingguan Gaon.[4] Kumpulan ini memulakan promosi album mereka pada 16 Januari di dalam program muzik KBS, Music Bank. GFriend mengeluarkan album mini kedua mereka, Flower Bud dan video muzik untuk lagu "Me Gustas Tu" pada 23 Julai 2015.[5] GFriend memulakan promosi kumpulan pada tarikh yang sama dengan pengeluaran album iaitu pada 23 Julai 2015 di dalam M! Countdown.[6]

Kumpulan ini mendapat perhatian antarabangsa selepas video ahli GFriend meneruskan persembahan "Me Gustas Tu" walaupun terjatuh banyak kali di atas pentas licin menjadi viral pada bulan September 2015. Kumpulan ini dipuji kerana sikap profesional mereka terutamanya Yuju yang jatuh sebanyak lapan kali dan terseliuh jari semasa persembahan ini.[7] Pada 17 September 2015, GFriend sekali lagi mendapat perhatian sebagai satu-satunya kumpulan wanita untuk dicalonkan dalam kategori "Artis Korea Terbaik" di Anugerah Muzik Eropah MTV 2015.

2016: Snowflake, kemenangan muzik pertama dan LOL[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Januari 2016, GFriend mengeluarkan album mini ketiga mereka bertajuk Snowflake bersama lagu utama, "Rough". "Rough" adalah lagu terakhir untuk melengkapkan trilogi konsep sekolah tinggi GFriend bersama "Glass Bead" dan "Me Gustas Tu". GFriend memulakan promosi untuk Snowflake pada 26 Januari di dalam program muzik SBS MTV, The Show. Pada 2 Februari, GFriend menerima kemenangan program muzik pertama mereka untuk lagu "Rough" di dalam The Show. Mereka kemudiannya memenangi empat belas anugerah di dalam rancangan muzik termasuk memenangi "triple crown" pertama mereka di dalam M Countdown, Music Bank, Show Champion dan Inkigayo. Dengan 15 kemenangan, ia meletakkan mereka di tempat kedua untuk kemenangan terbanyak bagi sesebuah kumpulan wanita dibelakang Apink yang merekodkan 17 kemenangan menerusi "Luv". Lagu "Rough" juga menduduki tempat pertama di dalam ranking separuh pertama tahun 2016 Carta Gaon.[8]

GFriend di pentas semasa KCON16 LA, pada bulan 30 Julai 2016.

Pada 15 Jun, GFriend telah diumumkan akan membintangi bersama Mamamoo di dalam musim baru Showtime. Album studio pertama kumpulan ini, LOL dikeluarkan pada 11 Julai bersama lagu utama, "Navillera".[9] Pada 19 Julai, GFriend memenangi program muzik pertama mereka untuk lagu "Navillera" di dalam The Show.[10]

2017:The Awakening dan Parallel[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Februari 2017, Source Music mengumumkan bahawa GFriend akan membuat kemunculan kembali pada 6 Mac.[11] Pada 27 Februari 2017, tajuk album mini keempat mereka didedahkan sebagai The Awakening bersama lagu utama, "Fingertip".[12][13] Pada 1 Ogos 2017, GFriend mengeluarkan album mini kelima mereka, Parallel bersama lagu utama, "Love Whisper".[14] Pada bulan September, mereka mengeluarkan album Rainbow bersama lagu utama "Summer Rain".[15]

2018: Konsert solo pertama, Time for the Moon Night, debut Jepun, Sunny Summer, dan Memoria[sunting | sunting sumber]

GFriend memulakan tahun dengan konsert solo pertama mereka sejak debut bertajuk Season of GFriend pada 6 dan 7 Januari 2018.[16] Selepas konsert pertama mereka selesai, GFriend mengumumkan Jelajah Asia pertama mereka yang bermula di Taipei pada 28 Februari.[17] Pada 23 Februari, GFriend diumumkan telah menandatangani bersama King Records dan akan membuat debut di Jepun pada bulan Mei.[18][19] Album kompilasi debut mereka bertajuk Kyō Kara Watashitachi wa – GFriend 1st Best yang mengandugi versi Bahasa Jepun lagu "Me Gustas Tu" dijadual dikeluarkan pada 23 Mei.[20]

Pada bulan April, agensi GFriend mengesahkan bahawa kumpulan ini akan kembali pada 30 April menerusi album mini keenam mereka bertajuk Time for the Moon Night.[21] Album ini berjaya mencatat rekod baru untuk kumpulan ini dimana ia menduduki tempat teratas di dalam iTunes di 10 negara, membuat debut di tempat pertama dalam carta muat turun, album dan sosial Gaon dan lebih daripada 76,000 salinan terjual di Korea Selatan. Di dalam minggu kedua promosi album ini, GFriend memenangi enam anugerah di dalam program muzik, menjadikan "Time for the Moon Night" lagu pertama daripada tahun 2018 untuk memenangi kesemua anugerah di dalam program muzik.

Pada awal bulan Julai, ia telah diumumkan bahawa kumpulan ini akan kembali pada 19 Julai menerusi sebuah album mini istimewa musim panas bertajuk Sunny Summer yang akan mengandungi lima buah lagu baru.[22][23] Pada 2 Ogos, kumpulan ini mengumumkan semasa Summer Live in Japan bahawa mereka akan mengeluarkan single Bahasa Jepun pertama mereka bertajuk Japan 1st Single - Memoria / Yoru (Time for the Moon Night) yang mengandungi lagu "Memoria", sebuah versi Bahasa Jepun lagu "Time for the Moon Night" dan dijadual dikeluarkan pada 10 Oktober.[24]

2019: Time for Us, single Jepun, dan Fever Season[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Januari, GFriend mengeluarkan album studio kedua mereka, Time for Us, dengan lagu single utama "Sunrise"[25][26] Time for Us menjadi album terlaris grup penjualan Korea dengan lebih dari 86.000 salinan yang dijual berdasarkan Gaon Chart.[27] Pada 13 Februari, GFriend mengeluarkan album single Jepun kedua mereka, "Sunrise (JP ver.)/La Pam Pam".[28] Pada 13 Mac, GFriend mengeluarkan album single Jepun ketiga mereka, "Flower/Beautiful".[29]

Pada 1 Julai, GFriend mengeluarkan album mini ketujuh mereka, Fever Season, dengan single utama "Fever". Album mini terdiri daripada lapan buah lagu, termasuk versi instrumental untuk single utama mereka.[30]

Ahli[sunting | sunting sumber]

  • Sowon (소원)
  • Yerin (예린)
  • Eunha (은하)
  • Yuju (유주)
  • SinB (신비)
  • Umji (엄지)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Diskografi GFriend

Pencalonan dan anugerah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "GFRIEND artist page". King Records. 
  2. ^ "New Rookie Group GFriend Makes Debut with ′Glass Bead′ MV". Mwave. 16 Januari 2015. Dicapai 16 Januari 2015. 
  3. ^ "여자친구, 데뷔앨범 하이라이트 메들리 공개..'소녀감성'" (dalam bahasa Korea). Chosun. 14 Januari 2015. Dicapai 15 Januari 2015. 
  4. ^ "South Korea's Gaon weekly chart for January 11-January 17". Gaon Chart. 17 Januari 2015. Dicapai 10 April 2015. 
  5. ^ "GFriend reveals their new song "오늘부터 우리는" on Mnet M Countdown". StarNews. 23 Julai 2015. Dicapai 23 Julai 2015. 
  6. ^ "GFriend reveals new song "오늘부터 우리는" on Mnet M Countdown". StarNews. 23 Julai 2015. Dicapai 23 Julai 2015. 
  7. ^ Regan, Helen (7 September 2015). "This Video of a K-Pop Singer Falling 8 Times in 1 Song Will Inspire You to Keep Going No Matter What". Time. Dicapai 7 September 2015. 
  8. ^ Jackson, Julie (17 Julai 2016). "GFriend dominates Gaon Chart in first half of 2016". The Korea Herald. Dicapai 10 Disember 2016. 
  9. ^ Kim Yu-young (30 Jun 2016). "GFriend releases teaser photos for new album". koreaherald.com. Dicapai 3 Julai 2016. 
  10. ^ Lee Gyu-yeon (20 Julai 2016). "[화보] 여자친구, '너 그리고 나'로 컴백 후 첫 1위…'눈물 펑펑'" [[Pictorial] GFriend, first number one after 'You and I' comeback... "crying tears"]. Sports Hankook (dalam bahasa Korea). Dicapai 20 Julai 2016. 
  11. ^ "GFriend to release new EP next month". Yonhap News Agency. 23 Februari 2017. Dicapai 25 Februari 2017. 
  12. ^ "GFriend gears up for triumphant return". Yonhap News Agency. 3 Mac 2017. Dicapai 4 Mac 2017. 
  13. ^ ""리즈 경신"..컴백 앞둔 여자친구, 컴백 티저 깜짝 공개" (dalam bahasa Korea). star.mt.co.kr. 27 Februari 2017. Dicapai 27 Februari 2017. 
  14. ^ "GFriend drops new EP, joins summer music chart battle". Yonhap News Agency. 1 Ogos 2017. Dicapai 4 Ogos 2017. 
  15. ^ "Repackaged albums: Better value or shameless money grab?". Yonhap News Agency. 10 September 2017. Dicapai 26 September 2017. 
  16. ^ "Gfriend to hold first solo concerts". Yonhap News Agency. 28 November 2017. Dicapai 6 Januari 2018. 
  17. ^ "Gfriend to hold first-ever Asia tour". Yonhap News Agency. 11 Januari 2018. Dicapai 26 Februari 2018. 
  18. ^ "'Powerful' GFriend, will debut in Japan in May..." Naver. 23 Februari 2018. Dicapai 23 Februari 2018. 
  19. ^ "GFriend plans Japan debut in May". Yonhap News Agency. 23 Februari 2018. Dicapai 26 Februari 2018. 
  20. ^ "5月23日(水) デビューアルバム「今日から私たちは ~GFRIEND 1st BEST~」発売決定!". GFriend Japan Official Site. 5 Mac 2018. Dicapai 5 Mac 2018. 
  21. ^ "[공식입장] 여자친구, 30일 컴백 확정..새 앨범 스케줄러 공개". Naver. 16 April 2018. Dicapai 16 April 2018. 
  22. ^ Min, Sikyoon (9 Julai 2018). "GFriend rolls out plans for its 'Sunny Summer'". Kpop Herald. Dicapai 10 Julai 2018. 
  23. ^ "GFRIEND、ニューミニアルバム「Sunny Summer」カムバックスケジュールを公開". Kstyle (dalam bahasa Jepun). 9 Julai 2018. Dicapai 10 Julai 2018. 
  24. ^ "GFRIEND、初の日本オリジナルシングル「Memoria」10月10日に発売決定!大阪公演でサプライズ発表". Kstyle (dalam bahasa Jepun). 3 Ogos 2018. Dicapai 3 Ogos 2018. 
  25. ^ 박보람 (2019-01-14). "GFriend marks successful 4th anniv. with new full-length album". Yonhap News Agency (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2019-01-15. 
  26. ^ "여자친구 '해야' 업그레이드 파워청순 계속된다[6시★살롱]". 스타뉴스 (dalam bahasa Korea). 2019-01-14. Dicapai 2019-01-15. 
  27. ^ "2019년 01월 Album Chart". gaonchart.co.kr. Dicapai 2019-02-07. 
  28. ^ "GFRIENDが2カ月連続シングル発売、2月にフリーライブ開催も". Natalie Music (dalam bahasa Jepun). Dicapai 2019-02-17. 
  29. ^ "GFRIEND、タンゴ要素を取り入れた新曲「FLOWER」MV公開". Billboard Japan (dalam bahasa Jepun). Dicapai 2019-03-23. 
  30. ^ "GFRIEND Brings Fever Season With New Mini-Album & MV: Watch". E! Online (dalam bahasa Inggeris). July 3, 2019. Dicapai 2019-07-08. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]