Baharudin Mohamed Taib
Yang Berhormat Tuan Haji Baharudin Mohamed Taib | |
|---|---|
| بهارالدين بن محمد طيب | |
Baharudin bin Mohamed Taib | |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi Permas | |
| Menyandang jawatan 12 Mac 2022 | |
| Didahului oleh | |
| Majoriti | 7,926 (PRN-15 Johor) 29,505 (PRN-16 Johor) |
| Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang | |
| Menyandang jawatan 2018 Berkhidmat bersama Mohamed Khaled Nordin (Ketua Bahagian) Razani bin Abdul Rauf (Naib Ketua Bahagian) | |
| Pengerusi Yayasan Pasir Gudang | |
| Menyandang jawatan 2023 | |
| Ketua WHIP Majlis Bandaraya Pasir Gudang | |
| Dalam jawatan 2020–2021 | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 27 Januari 1965 |
| Kewarganegaraan | |
| Parti politik | |
| Gabungan politik lain | Barisan Nasional |
| Pendidikan | Diploma Sains Komputer |
| Tempat belajar | UiTM |
| Pekerjaan | Ahli Politik |
| Laman web | UMNO Bahagian Pasir Gudang |
| Nama panggilan | YB Bahar |
Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib (lahir 27 Januari 1965) ialah seorang ahli politik UMNO yang menyandang jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N43 Permas, Johor mewakili Barisan Nasional (BN). Beliau juga menyandang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Latar Belakang
[sunting | sunting sumber]Baharudin bin Mohamed Taib memperoleh Diploma Sains Komputer daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM). Sebelum menceburi politik sepenuh masa, beliau berkhidmat sebagai Pembantu Khas kepada Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin dari tahun 1994 hingga 2008, menemaninya semasa menyandang jawatan Ahli Parlimen Johor Bahru (1994–2004) dan kemudiannya Ahli Parlimen Pasir Gudang (2004–2008). Pengalaman ini memberi beliau pendedahan mendalam tentang landskap politik dan keperluan komuniti di kawasan Pasir Gudang.
Kerjaya Politik
[sunting | sunting sumber]Baharudin mula aktif dalam UMNO sejak awal 1990-an, bermula sebagai Ketua Pemuda UMNO Cawangan Rumah Pangsa Lumba Kuda pada 1992. Beliau kemudiannya berkhidmat dalam pelbagai jawatan di peringkat UMNO Bahagian Johor Bahru sebelum berpindah ke UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Pada Pilihan Raya Negeri Johor 2022, beliau menjadi calon BN bagi kerusi DUN N.43 Permas dan berjaya menang dengan majoriti 7,926 undi dalam pertembungan lima penjuru menentang calon-calon dari Perikatan Nasional, Parti Pejuang, Pakatan Harapan dan Warisan.[1]
Pada Pilihan Raya Negeri Johor 2026, Baharudin mempertahankan kerusi DUN N.43 Permas dengan memperoleh 51,274 undi dan majoriti 29,505 dalam pertembungan empat penjuru, menewaskan calon-calon dari Pakatan Harapan, Perikatan Nasional dan Parti Bersama Malaysia. Majoriti tersebut merupakan yang tertinggi bagi mana-mana kerusi DUN di Johor pada pilihan raya itu, sekali gus mencatat rekod majoriti terbesar dalam era moden Dewan Undangan Negeri Johor selepas reformasi pilihan raya demografi baharu.[perlu rujukan]
Yayasan Pasir Gudang
[sunting | sunting sumber]Sejak dilantik sebagai Pengerusi Yayasan Pasir Gudang pada 2023, Baharudin telah menerajui pelbagai program kebajikan dan pembangunan komuniti di kawasan Permas. Antara program yang dijalankan ialah Food Aid Programme MyKasih yang membantu golongan asnaf,[2] program Cermin Mata Membaca Percuma untuk warga Pasir Gudang,[3]serta penubuhan Pusat Jahitan Komuniti di beberapa kawasan termasuk Taman Rinting dan Tasek 64 bagi membantu golongan yang mempunyai kemahiran jahitan menambah pendapatan.[4]
Beliau turut aktif dalam menangani isu perumahan setinggan di kawasan Permas, antaranya melalui pembinaan Program Perumahan Rakyat (PPR) Cahaya Senibong di Permas Jaya yang bakal menempatkan 165 keluarga setinggan.[5]
Jawatan
[sunting | sunting sumber]Semasa
[sunting | sunting sumber]- Ahli Dewan Undangan Negeri N43 Permas (2022–kini)
- Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang (2018–kini)
- Pengerusi Yayasan Pasir Gudang (2023–kini)
- Bendahari UMNO Cawangan Rumah Pangsa Taman Molek (2004–kini)
Terdahulu
[sunting | sunting sumber]- Ketua WHIP Majlis Bandaraya Pasir Gudang (2020–2021)
- Pengerusi Jawatankuasa Permukiman Mukim-Mukim (JPMM) DUN Permas (2013–2018)
- Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Molek (2012–2015)
- AJK UMNO Bahagian Pasir Gudang (2004–2018)
- Bendahari Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru (1994–1996)
- AJK UMNO Bahagian Johor Bahru (1998–2004)
- Ketua UMNO Cawangan Bunga Raya (2000–2004)
- Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru (1996–1998)
- AJK Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru (1992–1994)
- Ketua Pemuda UMNO Cawangan Rumah Pangsa Lumba Kuda (1992–1994)
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]| Thn | Konstituensi | Calon | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2022 | N43 Permas | Baharudin Mohamed Taib (UMNO) | 23,492 | 41.93% | Tazul Arifin Nasri (BERSATU) | 15,566 | 27.78% | 56,027 | 7,926 | 55.70% | ||
| Syed Othman Abdullah (AMANAH) | 14,521 | 25.92% | ||||||||||
| Mohamed Ridza Busu (WARISAN) | 1,412 | 2.52% | ||||||||||
| Mahaya Ahad (PEJUANG) | 1,036 | 1.85% | ||||||||||
| 2026 | Baharudin Mohamed Taib (UMNO) | 51,274 | 64.77% | Sharon Teo Siew Hui (AMANAH) | 21,769 | 27.50% | 79,162 | 29,505 | 70.29% | |||
| Vela Tebakumaran (MIPP) | 2,972 | 3.75% | ||||||||||
| Zamil Najwah (BERSAMA) | 3,147 | 3.98% | ||||||||||
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Baharudin Calon DUN Permas Selesai Buang Undi". UMNO Online. 12 Mac 2022. Dicapai pada 5 Mei 2026.
- ↑ "Sumbangan Hari Raya Aidilfitri bersama YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib". Yayasan Pasir Gudang. 9 April 2023. Dicapai pada 5 Mei 2026.
- ↑ "Cermin Mata Membaca Percuma oleh ADUN Permas, Hj Bahar". UMNO Bahagian Pasir Gudang. 18 Februari 2023. Dicapai pada 5 Mei 2026.
- ↑ "Majlis Ramah Mesra bersama YB Bahar dan Perasmian Pusat Jahitan Komuniti Taman Rinting". Yayasan Pasir Gudang. 12 Julai 2024. Dicapai pada 5 Mei 2026.
- ↑ "Kerajaan Negeri, Persekutuan Kerjasama Tangani Isu Setinggan". Media Digital Johor. 3 Disember 2023. Dicapai pada 5 Mei 2026.
- ↑ "Semakan Keputusan Pilihan Raya Umum". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 5 Mei 2026. Angka peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi.
Pautan Luar
[sunting | sunting sumber]- Laman Rasmi UMNO Pasir Gudang
- Profil di Dewan Negeri Johor
- Kebajikan di Pasir Gudang
- Facebook Rasmi Baharudin bin Mohamed Taib
- Instagram Rasmi Baharudin bin Mohamed Taib
- TikTok Rasmi Baharudin bin Mohamed Taib
- Youtube Rasmi UMNOPG
